Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nur Aufa Althofunnisa
Anak ibu yang sangat sweet...
Ibu tak sangka akan dikurniakan
Cahaya mata yang sungguh comel
Nur Aufa Althofunnisa
Suatu hari nanti, rumah ini akan dihisai
Suaramu memanggil "Ibu & Ayah "
Gelak ketawa jadi penawar hati ibu & Ayah
Nur Aufa Althofunnisa
Ibu hanya ingin melihat
Anak ibu berjaya didunia dan akhirat
Menjadi anak solehah..
Nur Aufa Althofunnisa
Permata hati ibu & ayah
Penawar duka lara ibu & ayah
Penyelamat ibu & ayah diakhirat nanti.
Puisi hentam kromok...
Post kali ini nak sembang tentang Mydoter..
Nama Nuaufa ...
Sejak baby dalam perot lagi Aku dan suami dah cari - cari nama , malah ada beberapa pilihan nama ...
antaranya ....
1- Nur Duryatul Jannah
2- Nur Dhofyatul Aisy`
3- Nur Heliza Ejamilaynie
4- Nur Aufa Althofunnisa
Semua nama diatas aku suka, kalau boleh nak cantumkan semua nak kasi nama baby...hahaha, last2 pilih Nur Aufa Althofunnisa, dan nama tersebut telah dipersetujui oleh Suami.Muda2han anak ibu jadi wanita yang lemah lembut ..dan bersopan santun.. Nama Nur Aufa Althofunnisa menjadi pilihan setelah melihat wajah baby yang baru keluar dari rahim ku... walaupun Nur Duryatul Jannah pilihan utama, bila tengok baby.. terus pilih Nur Aufa Althofunnisa.
![]() |
Nama manja aku pilih Nuaufa ...gabungan NUR dan juga AUFA , cara sebut kena betul
sebut NU pas tu baru sebut AUFA, ada dua suku kata . Kadang2 bila aku panggil2 main2 ke... aku akan sebut NUAFATAFUNISA (sekali nafas ). Mejoriti orang panggil Aufa...
tak kisahlah nak panggil apa janji yang elok - elok.. (^_^)
Nuaufa lahir waktu subuh jam 5.50am , selepas dimandikan oleh pihak hospital, sampailah ke wad...dan balik rumah baby tidur memanjang...sampaikan nurse basuh muka baby dengan air, nak kasi dia bangun...tapi tak berjaya,..... risau juga takut baby kena demam kuning...
Hari kedua..barulah Nuaufa menangis semahu - mahunya nak susu...kesian sangat2 ngan baby sebab air susu ibu tak mau keluar...sampaikan minta suami beli susu formula , tanak tengok baby lapar.....last2 kena paksa juga bagi Nuaufa isap susu ibu walaupun sakeeeettt...Alhamdulillah rezeki baby untuk merasa susu ibu... feeling happy
Hari berganti hari... terserlah sikap Nuaufa...tak banyak kerenah, hanya akan menangis bila dia lapar..(^_^) elok je.... senang nak jaga, suka bila dimandikan... nak tengok die suka, time mandikan dia... terus terang sepanjang berpantang nie, baru 4 kali aku mandikan Nuaufa.. yang lain tu Mama yang mandikan, seronok bila mandikan dia..
Saat - saat yang paling saya tunggu, bila Nuaufa ketawa ...coooommmmeeeeellll sangat2...bukan senang nak tengok dia ketawa, asyik tidur memanjang..lumrah baby , tidur pun boleh senyum... Nuaufa mewarisi mata aku ( orang kata la...) ..kalau dia dah jegilkan mata...Ya Allah comelll sangat2 ..
Baby lahir je...tak tahu ikut muka siapa, maklumlah time tu muka kembang2 lagi.. pastu selang beberapa hari, orang dah cakap Nuaufa ikut muka suami...walaupun ramai yang kata macam tu, aku masih tak nampak lagi baby ikut muka siapa...tapi mama kata, muka Nuaufa sama ngan aku ( not 100% ) time aku baru lahir ( ini berarti semasa kecil kelihatan comel jugakla ...hahahaha tambling kiri kanan depan belakang )....IKLAN KEJAP dan baru tahu masa aku lahir, keluar hospital ..sampai rumah family kasi aku makan bubur..Mama kata, aku lapar ..asyik menangis , bila dah makan bubur baru diam.... nasib baik Nuaufa tak macam tu...ikut perangai ayah kowt...
Jadual hari-hari Baby...
Pagi2 jam 7.30am mandi....
lepas mandi menyusu sekejap..lepas tu tidur
bila dia bangun ..sama ada dia main2 sendiri atau menangis ( nak susu )
dah kenyang tidur balik...
Jam 5.00pm Nuaufa akan mandi lagi...
time bejaga malam tu, takda sangat...syukur Alhamdulillah , sebab Nuaufa akan bangun jam 3 pai 4 hanya untuk menyusu, dah kenyang tidur lagi... tepat Jam 7.30am..baby.akan dikejutkan becoz time to mandi...
Sekian...
