Saturday, December 10, 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aksi Mulut Terlampau !!!






Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia, jadilah seperti perut jangan jadi seperti otak, sebab kalau perut ia akan mengeluarkan segala benda yang tidak baik dalam perut, kalau makanan yang basi atau tak baik, perut tidak akan menyimpan lama, kerana perut tahu jika disimpan terlalu lama ia akan memudaratkan perut. Tidak seperti otak….otak akan menyimpan segala yang baik malah yang buruk dalam dirinya dan akan menyimpannya untuk diingat ..dipusing-pusingkan dalam otak dan jika ia menyakitkan maka sakitlah hati..

Seperti yang kita tahu, mulut yang celaka akan membinasakan diri sendiri..bak kata pepatah KERANA MULUT BADAN BINASA . Oleh itu jagalah setiap bait perkataan yang kita tuturkan, bagi padangan Jie memang sangat celaka mulut yang suka mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Mulut yang celaka juga ..adalah mereka yang suka menyibuk hal orang lain, tak da angin tak da ribut tetiba nak menyamar jadi orang lain…Apa yang lebih mengecewakan kalau individu tersebut adalah otang yang kita kenali ..huhu. Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah, tidak perlu menyamar sebagai sesiapa atau sebagai pencarian hakiki …carilah diri kamu dalam sarang kedengkian mu…

Mulut celaka…memang celaka tahap ninja bila seorang anak melemparkan kata – kata kesat terhadap ayah atau pun ibu mereka, kalau ada dalam family Jie macam tu…tak kisah adik ke abang ke, kakak ke..memang Jie akan bagi pengajaran secukupnya…tapi tu la setakat ini, tidak ada seorang pun lagi adik – adik atau cousin bercakap kurang ajar terhadap ibubapa masing – masing. Jie rasa sedih dan terkilan dan terfikir apa yang ada dan bagaimana perasaan anak – anak yang berani mengeluarkan kata- kata kesat terhadap ibubapa mereka…

Amat celaka bagi mulut yang suka menuduh orang lain tanpa usul periksa, bayangkan sebab mulut saja orang boleh saja berkelahi…buang karan betul !!! lain kali kalau nak tuduh orang lain siasat dulu betul – betul kalau sudah terbukti apa lagi…serang lor, hahahaha…..tapi kalau dah ada bukti yang awak tu curang, hahaha jangan nak menafikan dan tuduh orang lain pula…scenario masyarakat ,memang bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang , tapi selalulah kita muhasabah diri agar kita dapat mengawal diri kita daripada berbuat sesuatu yang tidak berfaedah, macam menyibuk hal orang lain, mengutuk orang lain wal hal kita sendiri belum tentu baik…entah – entah lebih buruk daripada orang yang kita kutuk. 

Pernah tak Jie kutuk orang ??? Bukan manusialah kalau Jie kata tidak pernah….Jie selalu saja membalas kutukan orang dengan mendiamkan diri, bila apa yang mereka katakan itu tidak benar…rasa macam nak senyum sampai ketelinga..kalah doraemon!! ??? doraemon ??? berikan ciri – ciri doraemon…doraemon gemuk, pendek, berwarna biru ( iklan semata – mata ). Jangan kerana mulut doraemon bertukar jadi warna merah !!

Amat mengecewakan juga bila cerita kita ditokok tambahkan, tak sabar pula nak berhadapan dengan orang – orang yang macam tu, bila jumpa nanti nak buat apa ya ??? Senyum padanya lor, biar dia malu dengan dirinya sendiri….sekali lagi nak bagitahu entry kali ini bertajuk KERANA MULUT BADAN BINASA , Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH swt yang sentiasa mendengar doa – doa hambaNya. Kebenaran muncul dikemudian hari…

P/s : Sama – samalah kita perbetulkan diri, berhentilah daripada melakukan kerja – kerja yang tidak mendatangkan faedah, aku punya segalanya…aku punya ALLAH, aku punya family yang sangat bahagia walaupun kami miskin, aku bahagia dengan hidup ku yang penuh warna warni…walaupun kadang – kadang duka bertandang, aku bersyukur kerana aku punya keluarga yang sangat mengambil berat terhadapku, nak kata aku nie anak emas tak juga . YES!!!! Aku perlu buktikan. Mana yang baik itu jadikan teladan mana yang sebaliknya jauhilah .


BODOH BOLEH DIAJAR, MULUT JANGAN KURANG AJAR , KALAU MASIH KURANG AJAR, NANTI KENA PENAMPAMPAR.

Sekian,

Saturday, November 19, 2011

Cinta Jarak Jauh..... Best ke???

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Hi semua…saja buat tajuk konon gempak...hihihihi, semoga anda semua sihat walafiat ya, dah lama tak on9 hihihihi…apa – apa pun syukur Alhamdulillah , malam nie Jie berkesempatan nak update blog . Alhamdulillah kini Jie berada disamping bapa dan mama, adik beradik ..serta family lain, rindu terhadap family sudah pun terubat…tapi rindu lain pula yang bertandang …mood : happy nak membulatkan diri kat umah Mama ....Tq so much pada yang sudi singgah di_blog Jie hiihihi...InsyaALLAH lepas selesai kenduri nikah adik sepupu Jie akan aktif semula ber_blogging , sekarang nie agak sibuk sedikit ...InsyaALLAH Jie akan membalas kunjungan rakan - rakan blog yang lain ...

Sekadar penyeri n3


Setakat nie tidak ada apa – apa yang menarik sangat pun, Cuma nak share jer…kalau menyampah sila pandang kanan laptop anda, lepas cari butang CLOSE …dan selamat jalan romeo hahahahaha…..Dipagi raya haji yang mulia, En azxforces la yang hantar Jie dan adik ke LCCT..dengan mata bengkaknya, pipi tembamnya jam 5 pagi, kami dah bertolak ke Airport…Uhu sedihlah juga sebab nak tinggalkan beliau sorang – sorang kat KL, tapi ada baiknya jugala…hihihi, sebelum masuk kebalai pelepasan tu, sempat sembang dengan ayah en azxforces ( bapa dia pesan kalau nak betolak call beliau )…Alhamdulillah sempatlah sembang dengan beliau dan kali ini sembang melalui phone dah dapat tangkap apa yang beliau cakap…



wit my Miebey...di airport Tawau


Bercinta jarak jauh ok tak ??? Ada sesetengah orang kata OK dan sebaliknya…Macam – macam dugaan la…kemungkinan tak kekal la, Mula berubah, putus ditengah jalan….itu sering kita dengar, paling yang kurang enak didengar “ Kau dah sampai situ, kau dah berubah ” . Tapi Jie tegas dan tetap pada prinsip Aku percaya dengan kau, tapi sekali kau khianati aku, yang betul-betul menyakitkan aku..AWAS!!!! selamanya aku tak akan merubah keputusan ku untuk meninggalkan mu..hua..hua..hua.. Kasihku hanya untuk yang benar – benar ikhlas bukan untuk dipersendakan… buat apa nak sayang sangat pada orang yang belum pasti jadi milik kita??? Tapi jujur Jie percayakan en azxforces sebab Jie kenal beliau bagaimana…apa yang penting restu orang tua InsyaALLAH jadi pendorong kepada kesetiaan kami. 

Jom layan Lirik lagu ini :_ nak mengembalikan mood kenduri nikah my ex lecturer...di Felda Besaout

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Mood : happy jumpa semua family dikampung...sehati dan sejiwa semua pakai pink, Tiada yang lebih penting dalam hidup Jie melainkan mereka2 yang Jie kasihi (^_^) cuma kecewa sedikit sebab tak dapat jumpa dengan Fafa Fazila...niway ..love u all...MARI BERJALAN DIATAS TITI, KORANG SEMUA TETAP DALAM HATI

Thursday, November 3, 2011

Menangis Kerana Mereka dan Hidup

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Kamu sering membuat ku menangis, dengan itu sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya
Dalam hidup nie, kita berhadapan dengan bermacam - macam jenis orang yang pelbagai tingkah....masing - masing menjalani kehidupan dengan cara tersendiri . Meskipun rambut sama hitam, sama perang namun hati tetap akan lain - lain . Kadang - kadang Jie terfikir, macam manalah agaknya si Polan ini menjalani kehidupannya.....Tidak dinafikan adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan tingkah laku seseorang yang kita tidak gemari atau senangi, tapi disebabkan hal yang tertentu atau pun tugas...akhirnya kita terpaksa juga berhadapan dengan orang tersebut....

Untuk kali ini, Jie nak share_kan mengenai insan - insan ataupun mereka - mereka yang sama ada Jie kenal atau pun tidak yang akan membuatkan Jie rasa sebak dan terharu bila melihat....bagi Jie walaupun Jie tak mengenali mereka, cukup apa yang Jie saksikan menunjukkan kebesaran ALLAH yang telah menjadikan setiap mahluknya.....dan sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya...

Pertama sekali melihat lelaki yang berserban..
Why : Sebab akan terkenangkan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw, terkenang keperibadian baginda...dan membuatkan Jie insaf hihihihihi.....Yang kedua, menatap wajah ibu dan ayah Jie sendiri....lebih - lebih lagi ketika mereka sedang tidur, semoga Allah memberikan kekuatan yang berpanjangan agar Jie dapat membuat mereka sentiasa bahagia... Yang ketiga , mendengar tangisan bayi...Why : Kerana Jie tak rasa apa yang sedang bayi itu rasakan , adakah ia sedang menanggung sakit ataupun sedang rasa ...

Seterusnya melihat orang makan ...uhuhuhu lebih - lebih lagi lelaki, tak tahu kenapa...apa yang pasti Jie tak tahu adakah lelaki tersebut memang makan macam tu atau adakah dia benar - benar lapar dan mesti dia letih sebab kerja demi diri dan keluarganya. Jie...memang tabik dengan lelaki yang berkerja keras ...lelaki sahaja...sebab Jie tak pernah tengok perempuan makan macam lelaki makan...tak ingat dunia...hahahaha...
Lepas tu, menyaksikan perpaduan, ataupun kerjasama ....sebagai contoh mereka - mereka yang beraksi diatas pentas dengan bersungguh - sungguh...sampaikan dato Siti Nurhaliza buat persembahan pun Jie jadi boleh sebak tau...melihat kesungguhan beliau...untuk mencari rezeki, dan pemain bola sepak...huhuhhuhu kesian, kesana sini kejar bola...dah dapat bola tendang balik, selain itu melihat penderitaan saudara islam di negara yang bergolak...tengok gambar je pun mata dah boleh bocor...tak tahu la kalau menyaksikan depan mata...semoga usaha dan kegigihan yang telah dibuat akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan membuahkan kejayaan yang terunggul.







Seterusnya mereka yang mencari rezeki dilaut....buatlah apa pun perkerjaan didunia nie, masing - masing mempunyai risiko..tapi Jie paling tak tahan melihat mereka yang mencari rezeki dilaut ataupun spesis air nie....Jie pernah ikut kelaut dengan bapa masa sekolah rendah dulu la...pengalaman itu amat berharga buat diri Jie, bukan senang rupanya menangkap ikan dilaut...kalau Jie balik kekampung bapa diPulau Larapan Semporna....( naik kapal family ) sementara menunggu ketibaan keluarga yang lain datang dari daerah masing - masing...sempatlah tengok anak - anak kapal, mempersiapkan diri untuk berlayar menangkap ikan, disamping melihat nelayan- nelayan kecil menangkap ikan...uhuhu semoga urusan mereka dipermudahkan...




Dan mereka yang lepak - lepak duduk ditepi jalan ataupun tangga....rasa uhuhu, hanya tuhan saja yang tahu...bagaimana kehidupan mereka, semoga mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup
meskipun pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi...

Oleh itu sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya .....
Pelbagai ragam, inilah keadaan dunia yang kurang sempurna kelazatannya, banyak tuntutannya ..pelbagai jenis warna dan corak kehidupan, dicampur dengan kemewahan serta kesusahan, berbaur dengan kesulitan dan akhirnya kita lelah untuk menghadapinya. Kita tidak pernah memperolehi seorang anak, suami/isteri serta teman - teman , pekerjaan , pangkat melainkan didalamnya terdapat banyak perkara yang dapat meresahakan dan kadang - kadang menyakitkan hati pun ada juga...Oleh yang demikian bersabarlah menghadapi kehidupan yang kita jalani ....

Sekian terima kasih...

Sunday, October 30, 2011

Kalau Ada Jodoh Kita Jumpa Lagi!!!


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Teringat dialog MiaSara dalam cerita sekali lagi, kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye en Hail Amir ...upss bukan bertemu jodoh dengan jejaka dalam gambar ini, iklan semata - mata....jodoh pertemuan , ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajati, apa yang penting berdoalah kepadaNYA agar kita diberikan yang terbaik....Jie percaya pada jodoh yang telah ditentukan ALLAH.

Berkat kilat dan ribut kat UiTM , tak pasal2 jumpa en Hail amir ...emm kebetulan baju sedondon lak tu, dia tiru Jie kowt, Jie memang suka pakai jubah warna hitam (^_^) motif gambar : nak kalahkan cemin mata en hail amir.....









Basket is raga, wood i kayu
Bila I terjaga, I terus ingat U
This is kulit Kerang , jumpa tepi kayu
I cakap terus terang, I rindu gila kat U

Hai semua....siapa yang kena belasah semalam?? lepas perlawanan habis....huissshhhh macam - macamkan kerenah manusia nie, kalau yang kalah bakar bendera yang menang ok juga ( tapi tak disarankan )  ...tapi ini yang menang pula pergi bakar bendera yang kalah.... Kan dah kena belasah, moral dari cerita ini...belajarlah menghormati negeri ataupun orang lain . Maaflah Jie bukanlah peminat bola sepak hiihi.. TAHNIAH buat pemenang ya...(^_^). menang kalah adat bertanding ....

Ok, sekian untuk laporan bola sepak kali ini ...

Tips bagi mereka yang ada pakwe yang selalu menyakitkan hati...

Ini bagi kaum wanita atau sebaliknya yang sayang tahap gaban terhadap pasangan masing - masing ...tapi yang selalu dikhianati....dan seolah2 kalau putus " ibarat dunia sudah berakhir, bila kau putuskan aku !!!" tanak keluar bilik la, tanak makan la..tanak mandi la...ehh..busuk la tak mandi.....!!! walaupun korang sayang tahap gila2, belum tentu dia jodoh anda!!!! sekali dua boleh dimaafkan, tapi kalau dah berkali - kali ?? ok jangan putus asa cuba buat nie...Selepas solat ...dan setiap kali anda disakiti atau dikhianati berdoalah kepadaNYA : 

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Ya Allah ya tuhan Ku, Jika dia bukan jodoh ku dan bukanlah yang terbaik untuk ku, jauhkanlah diriku dari dirinya dan hilangkanlah perasaan kasih ku terhadapnya amin ya rabbal alamin  ...

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”
Allah Maha mendengar setiap doa2 hambanya

Single is simple , couple is trouble!!!

Bila dah dipertemukan dengan yang baik, silalah hargai.....bukan senang nak cari yang baik zaman sekarang nie, bincang elok - elok ...rancang betul - betul dan ambil kata sepakat...hargailah mereka yang menghargai diri kita ....pesanan ini dibawakan khas oleh celcom....berhati - hatilah dijalan raya, pandu dengan cermat ingatlah orang yang tersayang (^_^) kalau jatuh...sila bangun sendiri ok!!!!  dun wuri..." mari berjalan diatas titi, awak tetap dalam hati "  P/s : Kata hati ku, tak salah jika anda meminati Jie cuma apa yang Jie harapkan jangan disalah ertikan teguran yang Jie berikan....Jie tetap sayang korang, hormat menghormati itu penting...sekali kita bersahabat....selamanya ia kan kekal bersahabat, Jie hargai (^_^) Mood : hilang ingatan 24 jam, tiba-tiba ada orang ***********



Sekian Terima Kasih....

Thursday, October 27, 2011

Nak Ambil Hati Bakal Mertua ?

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..






Tips sempoi nak Ambil Hati Bakal Mertua :-


  1. Cukup menghormati beliau ataupun orang lain sebagai orang yang lebih tua daripada kita
  2. Curahkan kasih sayang kepada mereka .
  3. Kalau dah sayang pada anak, familynya pun kena sayang juga
  4. Sentiasa menjaga kata - kata ( cakap perkara- perkara yang baik )
  5. Bila beliau ajak berbual sila beri perhatian yang penuh....
  6. Sentiasa senyum...( jangan senyum sorang2 pula !!!)
  7. Apa yang penting jangan bersikap pilih kasih ( tafsir sendiri ok!!!! )
  8. InsyaALLAH kalau dah jadi family jagalah kebajikan mereka
  9. Dan penting jangan biarkan mereka rasa terabai
  10. Sentiasalah jaga hati mereka dan membuat mereka selalu tersenyum, girang dan gembira....



Sila ikuti tips diatas, kalau nak cepat berumahtangga....HAHAHAHAHAHAHAHA....I, i love you like a love song baby, And i keep hitting repeat-peat-peat-peat-peat-peat . Mood : tengah angau dengan lagu Selena Gomez hihihi.....

OK dah...tamau Sedeh2x.....!!!

Dikesempatan ini juga Jie nak ucapkan kepada Ema Suraya ( betul ke nama dia ) yang festime jumpa....sangat chomel muka dia, ada iras2 kak ngah en azxforces....hihihi..seronok duduk2 depan Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM sambil menyaksikan kilat sambung menyambung , hujan yang lebat tahap gaban..sementara menunggu cik Su  habis konvo.....lepas tu pusing2 kat Shah Alam cari jalan pulang....


Label : Lawak,happy, sedeh, gatal nak nikah, Shah alam, Selena Gomez.
Sekian....

Monday, October 24, 2011

Tag_dari CTK jom jawab soalan

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Terima kasih sebab sudi datang membaca soalan dan jawapan disini, terima kasih kepada CTK yang telah meng_tag Jie tuk jawab soalan dibawah (^_^) enjoy!!!!!,







SOALAN - yang hitam soalan ..yang merah jawapan ....hihihi

1)  Nama gelaran kamu apa?yang negatif..hihi
 Burung hantu / helang !!!

2)  Time besday kamu.apa adiah yang kamu harapkan?*jwpn jangan mlmpau n xmasuk dek akal :P
Package percutian mengelilingi dunia...!!

3)  Makanan dan minuman yg kamu gemar? (ini soalan budak2 tp penting lau ct nk blnje nanti ! :D)

Suka makanan spesis kentang!!

4)  Apa yang kamu rasa nak beli tapi xtercapai lagi?n berikan sebab knp x mencapainya? :P


Nak beli mesin jahit, kenapa tak dapat lagi....tunggulah 1 hari nanti, sebab sekarang pakai mesin jahit Mama je..

5)  Kalau kamu gadoh ngan bf kamu,apa kamu buat?merajuk xnk layan or lawan balik? :D
Kalau ?? Akan merajuk sekejap...lepas tu dia pujuk , ok balik hahahaha.....


6)  Sapa artis yang kamu betul2 nak jumpe? :)
Dah jumpa ...Dato Siti Nurhaliza ( jumpa kat klcc time ada majlis hari wanita kebangsaan )

7)  Apa hObi kamu bila kamu rasa bosan sangat? saje nk nyibuk :P

Blogging ...kalau tenet tak ada ? akan membuat sesuatu yang boleh memuaskan hati, memasak atau buat kuih

8)  Apekah 'something' yang kamu dah buat untuk banggakan mak ayah kamu?
Tak tahulah pula, cukup dengan melihat Mama dan bapa happy tersenyum.

9)  Kalau saya xlawat blog kamu sebab xder mase or mungkin terlupe..sudi x kamu datang jenguk sendiri? *sOalan cepumas

InsyaALLAH

10)  Kamu adew kucen x? bape ekOr? :D

Ada...sekarang tinggal seekor jew!!

11)  Lagu apa yang kamu  suka dengar setakat neh? :)

Semua lagu Nancy Ajram   

Soalan saya (soalan berani mati ?? )

  1. Tujuan anda ada blog ?
  2. Warna baju yang anda sedang pakai ketika menjawab soalan ini ?
  3. Siapa individu yang kamu percayai untuk berkongsi suka duka?
  4. Apa perkara yang boleh membuat kamu bahagia atau gembira?
  5. Sayur yang anda suka ?
  6. Jika dibagi pilihan mana yang akan kamu pilih ikan atau ayam ..kenapa?
  7. Nak nikah nanti , nak pakai baju warna apa ?
  8. Kejadian yang ngeri bagi kamu yang pernah berlaku ?
  9. Bila melihat sesuatu yang sepatutnya berlaku, apakah tindakan kamu ?
  10. Apa yang anda akan kata sekiranya kamu telah dipertemukan dengan orang yang sombong?
  11. Komen kamu tentang perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia ?

Jie nak tag mereka sebab Jie nak tahu jawapan dari mereka :Daripada ditag, ini game sebenarnya kamu kena buat 11 soalan dan tag pada 11 orang dan begitulah yang ditag akan buat perkara sama .Selamat Menjawab
kepada :-
  1.   Miza LafvaLiSz ( Jie suka nick name die ...manarik!! )
  2. Fifie6288 ( Nama sebenar adalah Shariffah Fairuz Fifiazlizah nak tahu yang lain pula ) 
  3. Miss N ( Pernah jumpa tuan punya blog, tapi x perasan dia pemilik blog Miss N's World )
  4. D'sayang GMA ( Blog adik Jie yang pemalas sangat nak update)
CUKUP 4 ORANG DULU...YANG SELEBIHNYA AKAN MENYUSUL
SETERUSNYA JIE NAK TAG blogger yang ke5 untuk jawab soalan iaitu :-
5. En FADZLI AMIR
sebab TAG die ? Terkasima dengan gambar header beliau.....so, hihihi nak kenal lagi bole tak? ..hiiihhii

Kalau rajin dan kamu memang nak tahu jawapan dar kawan kamu join lah games ni..copy banner comey tu dan teruskan permainan best taw! bolehla kita mengenali rakan blog kita..kalau tak nak join tak mengapa, tolong jawab soalan Jie pon da ok..copy paste je pastu jawabsebagai penyeri je neh :D untuk jawab soalan Jie ikutlah nak jawab kat mne2 pon..hehe kat entri baru kamu ke kat ruangan komen Jie ke asalkan jawab ..TERIMA KASEH ATAS PERHATIAN ANDA:)....100% copy paste ayat CTK dan nak copy dari sini pula sila tekan ctrl C ye...

Sekian..

Tuesday, October 18, 2011

All about RINDU !!!!!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Rindu tahap gaban ngan mereka - mereka  yang pernah buat hidupku bahagia dan ceria...apa yang pasti, saat ini dan detik ini, rindu sesangat kat Mama dan bapa yang berada disepang, dan pada masa yang sama rindu sesangat terhadap Ibu dan ayah yang berada diLenga Pagoh ya ALLAH ya tuhan ku berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan,berikanlah mereka semangat untuk meneruskan hidup ini,amin ya rabbalalamin sayang Mama, bapa, Ibu dan Ayah.....motif : hati berbunga - bunga...kalah bunga matahari 



Jie rindu adik - adik Jie lebih2 lagi yang ada diSabah huh tak sabar rasanya nak balik kampung, huargggghhhh rindunya kat sepupu - sepupu Jie, lama tak jumpa diorang....rindu serindu...rindunya.......!!!!!!! Jie rindu sahabat - sahabat Jie...Wini, Arabela, edok, Juna, Aloy, Azroi, Jan, Yan ,Wan....Leleys, Ruth, Noy...Ina, Anna, K.Ida...huarggggghhh dan banyak lagi lor...Jie rindu nak gelak ramai - ramai, nak nangis ramai - ramai....huuhuhuhu, Ya ALLAH ya tuhan ku syukur Alhamdulillah keranaMU menghadirkan insan2 yang terbaik dalam hidupku.....Jie ada ramai rakan - rakan blogger yang baik-baik, boleh tak kalau Jie nak gigit korang semua...huargggggghhh GERAM NI!!!!!!!!!!!

Motif : Hilang ingatan sekejap.....

Friday, September 23, 2011

Lepas ini Nak Beli and Makan tak??

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua 

APA AKAN JADI..... Kalau binatang ada facebook .. agak2 apa status mereka ?
 
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah
CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~
KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sape bapaknye. I bingung nk jwb ape. I sendiri lupa bapaknye sape..
AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupe wat kenduri arwah untuk aku ye…
NYAMUK lagi : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa~             
KUCING Jantan : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
BABI : Aku bengang btol la...dye gi pijak taik kucing tapi nama aku yangg disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yg berak kt depan umah ko .. tension2..
Hi...nasib baik binatang tak ada facebook, itu hanya iklan semata - mata..ni nak cerita sal ais krim yang orang selalu orang jual kehulur hilir (*_*) yang biasa terjadi di kawasan kampun - kampung , bandar pun ada juga la...semua orang suka makan kan3x.....sedap, lagi sedap kalau makan dengan roti kaya ..apa yang Jie nak kongsi disini, adalah....mengapa Jie memilih dalam pencarian ais krim seperti ini..maksudnya makan tu ....makan juga, tapi tengok penjualnya dulu.
Terlebih dahulu, nak bagitau orang yang dalam pic diatas
tidak ada kena mengena dengan n3 ini, ini gambar Jie skodeng kat google




Nak tahu apa ceritanya?? 
Kejadian ini, belasan tahun yang lepas.....yang menyebabkan kesannya sampai sekarang, Jie tinggal kat kawasan FELDA, so adalah orang jual benda nie, pusing-pusing keliling kampung dulu harganya 50sen 1 kon tu....sekarang tak tahu la pula...Jie tak pernah nampak atau jumpa lagi orang perempuan jual benda ni, selalu lelaki, bercerita pasal lelaki....apa yang korang fikir ??

Straight to the point....tetapi sebelum itu ( sila baca ayat seterusnya hanya dengan 1 nafas )
Dalam perjalanan dari kampung A ke kampung B...tetiba penjual terasa nak buang air, dah tak ada tandas ...sepanjang jalan singgah sekejap kat bawah pokok...lepas tu tak basuh apa pun termasuk tangan, sambung balik perjalanan...dalam perjalanan sampai kat kawasan perumahan, lupa dah apa yang dia buat tadi ( bukannya nak pergi cari toilet/atau singgah tumpang rumah sesiapa nak basuh tangan )...jalan - jalan pusing kampung sambil bunyi tit...tit..tit, maka banyak lah orang nak beli tambahan pula kalau musim panas....lupa dah penjual tu tadi buang kan??? mestilah dia pegang, pas tu tak basuh tangan....jual ais krim pula ,kalau nak masukkan krim dalam kon tu, tangan mana yang akan pegang kon tersebut???

Tobat!!!!!! hehehe, Jie just nak share je kadang - kadang ada juga sahabat Jie tanya dan kata Jie memilih mengada2 tebiat nak mampus !!!, nak juga ais krim yang dah siap kena bungkus (entah bersih ke tidak !!)...kalau kalau pesen macam ini, atau kat Mcd ke...tengok orang tu pakai cover hand ke tidak hehehe. So lepas ni jangan tanya mengapa Jie mengada - ngada , walaupun tak sama dan tak semua orang macam tu, namun sejarah tetap sama dan tak akan berubah ...

n3 ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana2 syarikat aiskrim...hahaha..
Sekian,

Wednesday, September 7, 2011

Melatih Diri Untuk Tidak Menjadi Sombong



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua


Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan meninggi diri...bila ada org memberi pujian maka jawabla dengan merendah diri , seperti tercatat dalam hadis sejahat-jahat manusia adalah manusia yang tidak mengerjakan solat dan sombong, kadang - kadang kita tidak sedar akan setiap bait perkataan yang kita ucapkan...memek muka atau tingkah laku kita membuatkan kita jadi sombong secara disengajakan ataupun tidak ..




Contoh situasi dan jawablah


1- Awak ni catiklah, sweet sangat...jawablah emm pakai bedak, cuba tak pakai kamu pun takut nak tengok
 
2- Wah besarnya kereta kamu, kereta baru ye ...jawablah Ye..tu pun kereta bank, tiga bulan tak bayar dia tarik la balik.

3- Subhanallah merdunya suara kamu jawablah.... Suara ni Allah bagi pinjam je, bila2 masa je kena tarik balik.

4- Bestlah kamu naik pangkat dapat jawatan baru hebat!! jawablah ..Best kamu kata, esok lusa akhirat nanti Allah tanya tanggunjawab aku ni.. 

5- Wah kamu lulusan luar negeri, pandai2x...jawablah ( Ilmu saya nie pun, orang lain bagi...xde orang mengajar , xdalah ilmu saya pak Ji )

6- Cun la, awak nie ..masuk campus ngan kereta sendiri ..jawablah ( Kereta Ayah I la, I guna..my father yang bayarkan )


Macam mana kita nak tahu diri kita atau orang lain sombong 


Situasinya :-


1- Cantiknya kereta kamu Mat, dijawab pula.....( Tengoklah kereta siapa ?? ) cuba orang lain kata eh buruknya kereta kamu....dia sendiri pun tak akan mengaku itu keretanya


2- Alooo pendeknya kakak dia, mana 1 kakak mana 1 adik nie...adik menjawab ( Hihihihi...itu pun buat-buat rendah, cian akak )......


3- Sedaplah suara kamu...orang sombong akan menjawab ( Itu baru sikit...belum tarik lagi..)


4- Aku tengok anak kamu yang no 2 tu...makin besar makin cun pula....orang sombong akan kata ( Semua anak2 aku memang cun2 belaka, hang takda dua puluh ribu hang diam )




Jika ada org yang meninggi diri,bolehla kita juga meninggi dari dihadapany agar org itu tidak lagi meninggi diri dan x terus bangga diri..contoh ayat dan situasi  :- (Ni tuk ketogeri makcik2 or sesiapa yang suka cakap lebih2 )


Cik Kiah : ni ha, anak aku beli kereta besar...x tau keta ape, belakangnya pad pad...alpad kalau tak silap, tak tau muat ke jalan kat kampung ni, nk juga beli kereta besar...


Senah : emm anak ada duit, anak sy yang no 2 tu lagi 1 , dia beli helikopter..tak tau la nak mendarat kat mana ..kat padang la kowt..... ( insyaAllah orang tu xkan sebut lagi pasal alpad tu dengan niat kita, tak mahu Cik Kiah akan terus dilebal " Joyah "...)
Tetapi sombong yang digalakkan dalam islam dan sebagai wadah kehidupan adalah sombong seorang isteri ...sombong yang bermaksud " Tegas "...sedar bahawa diri sudah bersuami, begitu juga dengan seorang suami yang baik (^_^).Banyak lagi ni nak kongsi...tapi hari ini cukup setakat ini dulu ya....Semoga ALLAH menjauhkan diri kita daripada sifat sombong dan angkuh...

Tuesday, July 5, 2011

Tips Untuk Kening yang Macam Sabut Kelapa

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.....
Dihari yang penuh ceria ini...Jie nak kongsi sedikit tip kecantikan yang tak berapa nak cantik untuk anda....
tak banyak pun, cuma disini Jie ingin berkongsi bersama anda...Macam mana nak buat kening tak jadi serabut...pendek kata ' kemas ' ...la, lebih - lebih lagi yang kaum hawa, penampilan diri kena jaga .....

Orang selalu kata kat Jie
" Kening awak hitam sangat la "
" Kakak pakai celak ( pelukis kening ) ya "
" Hitam pula kening mu tu "
" Kening Jie tak ya cukur dah tebentuk pun " ( kalau ada show )
" Kemasnya kening akak, senang kerja sy kak "....
kadang-kadang tu siap tonyoh - tonyoh kening Jie nak tengok ade kesan pelukis kening ke tidak...

Pedulikan dengan ayat mereka tu, ya Allah ya tuhan ku sesungguhnya pujian itu hanyalah milikmu, hindarkanlah hatiku dari dari perasaan riak...Tipsnya sungguh mudah, tapi SILA JANGAN TERKEJUT OK!!!!....mungkin bagi yang firts time dengar mesti fikir, pengotornya ...tak ada cara lain ka?? . Dulu kening Jie serabut juga macam sabut kelapa...

Tip untuk kemaskan dan hitamkan kening

Rajin2kan tolak atau angkat kening menggunakan jari anda,(macam dalam gambar disebelah nie ) amalkan selalu tau....lepas tu kalau nak hitamkan lagi kening tu, selepas mandi dengan menggunakan jari letakkan pada lidah sehingga jari basah kemudian kemaskan atau sapukan pada kening anda....


InsyaALLAH....akan menampakkan hasilnya, Jie amalkan cara nie, sejak dibangku sekolah menengah lagi...petua dari nenek Jie, dan juga Ayah ( ayah amat prihatin dengan Jie ngan adik2 ).......semua adik2 Jie mengamalkan cara yang sama, sebab tu bila orang tanya cukur kening ke?? OH TIDAK!!!!!....

Pengotor????.... ala air liur sendiri juga, bukan suruh ambil liur orang lain pun, hahaha.....Masa tinggal diasrama dulu, kalau pagi - pagi tu, nak bersiap pegi sekolah, masing - masing depan cermin, adalah juga orang tegur...lama-lama dorang pun join berkaki- kaki...Hana pun sama, kata Jie pelik...pelik tu la yang bagus..

Selamat mencuba, InsyaALLAH kalau anda selalu amalkan hasilnya akan memuaskan hati, Jie amalkan benda nie sejak dibangku sekolah lagi lebih kurang 10 tahun yang lalu, so kalau korang mula sekarang 10 tahun akan datang korang akan nampak hasilnya....kalau umur anda ketika ini, 10 tahun...umur anda 20 tahun nanti cantiklah kening anda...kalau umur korang dah 90 tahun sekarang..agak-agak 10 tahun lagi anda masih hidup tak?? jangan marah gurau jak...

Sebenarnya nak tunggu hasilnya tak adalah sampai begitu lama, yang penting korang rajin amalkan InsyaALLAH nampaklah perubahanya..tak perlulah tunggu bertahun-tahun lamanya


Sekian Terima kasih..jumpa di_n3 yang lain...:)


Sunday, June 12, 2011

Jangan Tikam Saya Dari Belakang

Assalamualaikum wtb dan semalam sejahtera kepada anda semua...


 
TIKAM BELAKANG ??

Sila ambil pisau, tikamla sesuka hati....hahaha, nak tahu apa maksud sebenarnya walaupun korang dah sedia maklum apa maksudnya...sila tanya puan google ke..cik Wiki ke...apa2 saja la..
Kalau korang jumpa manusia jenis macam ini, say je kat diorang!!!!
  • tak perlu gentar dan cepat melatah dengan sikap manusia yang gemar mengutuk atau memcerca org lain, sedangkan manusia itu tidak punya apa2...:):)
  • jika mengaku kalah..bukan bererti KALAH, biarlah kalah disisi manusia , tetapi menang disisi Allah sy kan temui hikmahnya, yg cukup manis daripada kutukan kamu...:):), sayalah hamba ALLAH yang paling gembira ketika ini, kerana dapat melawan manusia seperti kamu....
  • kutukan2 kamu itu tidak akan mengoyahkan saya sedikit pun :-)   :-)

Monday, May 23, 2011

Jom Masak..SHARK!!!!!

Assalamualaikum..

Ha......ri nie Jie kongsi sikit sal 1 resepi yang amat popular dikalangan suku bajau nie..dengar khabar suami kak Wafikah pun orang bajau juga, tapi tak tahu la pula bajau area mana walaupun suami beliau orang bajau, kak Wafiqah tak pernah dengar apa itu " Sinagol "hihihi, suami akak tak suka makan kowt....niway tanak panjang cerita jom Jie terangkan secara ringkas apa kejadah jenis resepi kali ini.

Sinagol nie, sejenis makanan yang istimewa bagi suku bajau, lebih sedap kalau dimakan dengan putu ( ubi kayu kukus ), sinagol juga adalah dari sejenis ikan iaitu ikan YU, jerung!!!!!!......tpi bukan jerung yang makan orang tu, ni anak2 jerung yang tersesat dilautan yang cetek , dalam bahasa bajau kitaowg panggil " Kalitan "...ikan nie bukan senang nak dapat tau, sebab tu la harga dipasaran agak mahal...Hari tu Jie beli 2 ekor ( saiz kecil ) je dah rm10..


BAHAN - BAHANNYA
  1. Ikan Yu
  2. Serai ikut sesuka hati je nk letak banyak ke tidak
  3. Kunyit hidup @ kunyit serbuk 
  4. Garam/aji sekucup rasa
  5. Cili...lagi pedas lagi pedas...lagilah sedap.
  6. Kuali / periuk untuk memasak..
  7. Bawang merah
  8. Minyak masak
 CARA MEMASAKNYA :-




Terlebih dahulu bersihkan ikan tersebut, asingkan hati ikan tersebut....setelah dibersihkan rebus ikan sehingga masak. Setelah masak sejukkan ikan tersebut dengan merendamnya kedalam air yang biasa, sambil itu buangkan pasir yang terdapat diatas kulit ikan tersebut, dengan mengosok perlahan2...








Setelah semua pasir2 yang terdapat, diatas kulit ikan tersebut sudah tiada...hancurkan ikan tersebut seperti gambar rajah diatas, jangan risau tulang ikan ini, tidak membahayakan jari2 anda...macam tulang sardin jak tu







Sementara itu, sila tumbuk atau kisar ( bawang merah, cili , kunyit hidup dan serai ), rujuk pic diatas


Sori kuali ni gelap sikit, kalu Jie masak api selalu pasang kuat kikiiki..baru terasa nikmat memasakny
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk atau dikisar, kemudian setelah naik bau, masukkan hati ikan yang telah diasingkan tadi .Sambil mengaul bahan2 diatas dalam kuali dalam masa yang sama, hancurkan hati ikan yang telah dimasukkan.

Setelah bahan2 yang ditumis separuh garing masukkan ikan yang telah dihancurkan tadi, gaul hingga sebati..masukkan garam dan aji secukup rasa .




SELAMAT MENCUBA !!! Selain itu, resepi ini boleh digantikan dengan ikan pari atau ikan buntal


Ikan buntal ni kiut je kalu mengembang, tapi if korang nak makan kena pandailah untuk membuang duri2 ikan nie, kalau tidak matila korang, duri ikan buntal nie, berbentuk ( korang tengokla lambang mercedes benz ), tidak ke naya kalau tetelan. Kalau ikan pari no komen la, mudah untuk di bersihkan..rasanya boleh tahan juga


Saturday, April 30, 2011

Radiation part 1

My first posting (HKKB) tenok film dulu, ok ke x ok ..baru bagi doc @ pt
Assalamualaikum
Hai…korang tau x medical imaging tu ape ?? belajar sal ape?? Jom nk share sikit, first time dulu…Qu pun blurr juga dengan ‘ medical imaging ’ nie,Isi borang masuk IPT, dengan bertemankan my parents tercinta….isi punya isi nk mbik kos ape, g la tanda kat physiotrpy,

balik rumah entah mana dapat hidayah nak tukar kos pula, time tu juga call en.remy bagtau nak tukar kos…ambil la medical imaging, sebenarnya masih blurr lagi tau…sebab bila ingat hospital fokus pada dokter, dan nurse je..!! staff lain Qu x mbik kira da…masuk sem 2, bermula dunia ku di medical imaging..best sesangat x nyesal mbik kos medical imaging..first posting Qu dapat government hospital, first time kendalikan general  xray , uhu pengalaman yang x bole ku lupa sampai bila2

standard_ la kan mula2 belajar ,CXR je yang bole..hahaha, tp nasip bek la first posting tu dapat government kan, repeat pun…x kisah hahaha, sepital kaya  ambil la film berapa banyak pun. But yang seelok-eloknya kurangkan repeat yer…kesian kat patient, kalau hospital swasta memang kena jimat film, kedekut !!!
Jadi radiographer  ni, kerja  senang jew, but kena kuat sikit lor..kang datang patient yang kat troli yang agak debab sikit, x ka naye dibuatnya…..pernah juga jie dapat patient yang saizny jauh berbeza daripada jie ..owg puteh biasalah rangka besau2, nasib baik buat CXR jew tu pun cassette tak muat, apex of lung dia x masuk la, CPA dia cut lor…uhu kena mbik separuh2 pas tu pandai2la radiologist sambung film tu  hahaha…

Ade gak owg x tau ape tu radiographer …adeh2, pernah sma ngan memba lama b4 masuk kelas      “ok la, nnti kita sms...jap g kelas anatomy nk stat da  ”
“ anatomy tu ap? Pelik je dengar kelas buat bom ke ” memba ku x puas ati masih ntar sms
Adeh2..klakar juga time tu…bgtau la kat dia, klas anatomy tu kita blajar sal suma part yang ada pada tubuh badan manusia..
Tak cukup ngn tu ade lak owg tanya “ radiographer ” keja dia apa?? Buat radio ya..Uhuhu…rasa mcm nk gigit2 jew kan!! Xplain la kat dorang eksen macam dah tau sangat sal JXR..hihihi..
Korang penah x mbik x ray??? First jumpa radiographer tu ape soalan yang dorang tanya ??( kita mbik contoh CXR tau AXR )


Soalan petama if awk pempuan
·         Cik x mengandung ke ?                                                                                                                          
if korang y x kawen bila dengar  soalan tu, korang marah x ? mcm nk gigit2 je JXR tu kan..

·         Klu JXR yg baik sikit dorang kan tanya “ bila tarikh last cik datang bulan ? ” soalan x ganas tpi maksudnya sama jew nk tau korang pregnant ke tidak….klu korang tak ingt tariknye,hah cari sampai dapat!!!

Kalau lelaki pula ?? lelaki best sikit tak ya tnya pregnant ke tidak or LMP dia bila…juz suwuh diorang bukak baju je, opss!!! Sila jangan lempang or terajang JXR tersebut ya..dah memang keja dorang macam tu, skrip suma sama jew…itu prosdr kami bekeja if korang nk mbik CXR..nasib baik la dunia sekarang dah moden, kalau tak,macam diera 40an lah la korang mbik XRAY bogel depan JXR….klu tengok buku2 sifu2 qu kat Hospital suma buku itam puteh,mesin pun zaman kuno punya.Tapi kat Malaysia nie,masih ada Hospital yang mengamalkan sistem bogel bila ambil xray, tidak boleh la dinyatakan disini ya ,kang tak pasal2 korang tanak g hospital tu, lingkup – lingkup !! cuci mata memba2 jie posting kat sana..huhuhu..

Kenapa perlu tanya soalan2 tu, kenapa kena buka baju..??
Ibu2 bapa2, adik2 …kena tanya, klu JXR x tanya, korang kena bgtau yang korang sedang pregnant…radiasi tu boleh membunuh sel pertumbuhan baby tau lebih2 lagi yg first, second, 3rd sem sian kat baby lor, x pasal2 pula bby lahir x cukup sifat…penah ad kes belaku, ade sorang pempuan nie buat AXR,…JXR tanyala mengandung ke tidak, sebab npak gayanny mcm tengah sarat, pompuan tu kata TIDAK!!….sain la borang kata diri x mengandung..last2 bila cuci film nampakla tulang baby yang ade dalam perot dia..kejam sungguh pempuan tu.

Perlu bukak bajunya dong, sebab tanak ada artefact kat film ok…kowt2 la ade jarum ke, pin ke kat baju korang..bek buka awal2 kang kalau gambar tak cantik ada bendasing pula tu, x pasal2 korang kena mbik sekali lagi, dah dapat radiasi free…kalau dapat JXR or RDgst yang tua dah nyanyok xke dia kata korang ade kanser, sebab ade samting kat imej lung yang ada dalam film tu padahal imej tu adalah pin baju korang jew.. eh...jangan main2 tau, penah belaku gelak qu dibuatnya si ibu nangis2 diberitahu anak dia ada kanser, 2 3 kali kena buat balik..kalau x caya jom tengok picture kat bawah nie.

Gambar x-ray di atas adalah dari perut seekor anjing bernama Molly. Jika diamati terdapat beberapa klip coli (metal bra clips) di dalam perut anjing tersebut. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing tersebut, Michael Jefferson, dia mengeluarkan sedozen pakaian dalam wanita termasuk coli dan seluar dalam seberat lima kilogram dari dalam perut Molly.

Banyak lagi nak kongsi nie, nanti kita sambung di lain hari ya, anak jie dah bising nk mamam katanya...:-D elleeehh perasan la pula..hahaha.nk g dinner :-D



Thursday, April 28, 2011

Surat Cinta !!!

                                                                                                            Cinta hatiku
                                                                                                                     P/s 1590,99100
                                                                                                           18 0kt 2007
                                                                                                                                  
Assalamualaikum w.b.t.....!!!

Terlebih dahulu daku memohon jutaan kemaafan sebelum daku lebih lanjut, Melakar coretan yang amat penuh makna. Terlalu banyak DOSA daku lakukan terhadap dirimu , terlalu banyak salah yang telah daku cipta sehingga melahirkan rasa benci disanubarimu, semua atas kebodohan ku yang bodoh kerna hanya memikirkan diriku , daku terlalu berdosa pada dirimu walhal sering membuat dirimu mengalirkan air mata.

Ketahuilah oleh dirimu bahawa sesungguhnya coretan ku ini benar belaka waima lahir dari hatiku yang kuncup segenggam cuma, diriku tak seceria seperti dulu dan pastinya dirimu juga seperti daku kan?? ....maafkanlah daku !!!! 

Akhir kata dari ku, bukan mudah untuk hatiku terhakis dilanda badai...bukan mudah hati ku pudar ditiup sang bayu dan bukan mudah hatiku hancur merekah di panah sang mentari...kerna yang pastu hati ku adalah karang yang tetap teguh menghadapi apa jua dugaan yang menghalang niat suci cinta kita...

Salam rindu dan kasihku untuk mu.....!!!!

                                                                                                                                       yang setia
                                                                                                                                   ~ cinta hatiku ~


Hahaha...mimpi ke ape, x bole blah !!! trimas pada Bicara Pujangga sebab bagi idea ntah ape2 nie, korang rasa best x klu korang dapat surat macam nie, pada Qu ntah pape!!! harap dijauhkan...
  1. Pada adam2 diluar sana, jauhkanlah diri anda daripada menulis surat2 sebegini pada orang yang anda cintai, kerana nampak sangat korang nie sllu mnyakitkan hati hahaha, cuba la setia sikit !!!
  2. Hey ladies , if korang ade BF y macam dalam surat tu....say bye je !!! sah2 dia selalu sakitkan hati ladies.
Hahahaha, kejam x klu macam tu !!!?? sekali skala kejam apa salahnya hihhi...:-) ok la bye adios amigos ngn surat cinta nie..