Monday, May 23, 2011

Jom Masak..SHARK!!!!!

Assalamualaikum..

Ha......ri nie Jie kongsi sikit sal 1 resepi yang amat popular dikalangan suku bajau nie..dengar khabar suami kak Wafikah pun orang bajau juga, tapi tak tahu la pula bajau area mana walaupun suami beliau orang bajau, kak Wafiqah tak pernah dengar apa itu " Sinagol "hihihi, suami akak tak suka makan kowt....niway tanak panjang cerita jom Jie terangkan secara ringkas apa kejadah jenis resepi kali ini.

Sinagol nie, sejenis makanan yang istimewa bagi suku bajau, lebih sedap kalau dimakan dengan putu ( ubi kayu kukus ), sinagol juga adalah dari sejenis ikan iaitu ikan YU, jerung!!!!!!......tpi bukan jerung yang makan orang tu, ni anak2 jerung yang tersesat dilautan yang cetek , dalam bahasa bajau kitaowg panggil " Kalitan "...ikan nie bukan senang nak dapat tau, sebab tu la harga dipasaran agak mahal...Hari tu Jie beli 2 ekor ( saiz kecil ) je dah rm10..


BAHAN - BAHANNYA
  1. Ikan Yu
  2. Serai ikut sesuka hati je nk letak banyak ke tidak
  3. Kunyit hidup @ kunyit serbuk 
  4. Garam/aji sekucup rasa
  5. Cili...lagi pedas lagi pedas...lagilah sedap.
  6. Kuali / periuk untuk memasak..
  7. Bawang merah
  8. Minyak masak
 CARA MEMASAKNYA :-




Terlebih dahulu bersihkan ikan tersebut, asingkan hati ikan tersebut....setelah dibersihkan rebus ikan sehingga masak. Setelah masak sejukkan ikan tersebut dengan merendamnya kedalam air yang biasa, sambil itu buangkan pasir yang terdapat diatas kulit ikan tersebut, dengan mengosok perlahan2...








Setelah semua pasir2 yang terdapat, diatas kulit ikan tersebut sudah tiada...hancurkan ikan tersebut seperti gambar rajah diatas, jangan risau tulang ikan ini, tidak membahayakan jari2 anda...macam tulang sardin jak tu







Sementara itu, sila tumbuk atau kisar ( bawang merah, cili , kunyit hidup dan serai ), rujuk pic diatas


Sori kuali ni gelap sikit, kalu Jie masak api selalu pasang kuat kikiiki..baru terasa nikmat memasakny
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk atau dikisar, kemudian setelah naik bau, masukkan hati ikan yang telah diasingkan tadi .Sambil mengaul bahan2 diatas dalam kuali dalam masa yang sama, hancurkan hati ikan yang telah dimasukkan.

Setelah bahan2 yang ditumis separuh garing masukkan ikan yang telah dihancurkan tadi, gaul hingga sebati..masukkan garam dan aji secukup rasa .




SELAMAT MENCUBA !!! Selain itu, resepi ini boleh digantikan dengan ikan pari atau ikan buntal


Ikan buntal ni kiut je kalu mengembang, tapi if korang nak makan kena pandailah untuk membuang duri2 ikan nie, kalau tidak matila korang, duri ikan buntal nie, berbentuk ( korang tengokla lambang mercedes benz ), tidak ke naya kalau tetelan. Kalau ikan pari no komen la, mudah untuk di bersihkan..rasanya boleh tahan juga


11 juta comment :

Diari Si Froggie said...

tak pernah makan anak ikan jerung, manis erk rasanya?

Faieza Maddaru said...

aida : jang sebut ikan jerung...seram pulak, rasanya unik juga..lebih sedap ikan biasa, kalau nk makan pun xleh makan yang besar2. itu tak boleh da.....makan yg kecik2 dah la...,myb yang sebesar lengan tu bole lagi la, tapi kalu dah besar mcm orang x boleh makan dah...

1 = sebb kita xbole makan ikan yang makan org
2 = tak kan dapat ikan tu sebesar tu.

Diari Si Froggie said...

ops..pembetulan! anak2 ikan jerung yg x mkn org. hihi
ada rasa mcm ikan keli ke sembilang ke patin ke? hihi..
mmg sesuai masak yg sis tunjuk ne erk..
banyak nye tny..

Faieza Maddaru said...

aida : its ok dear....sembilang akak makan dan tau rasanya...tpi ikan patin ngn keli akak tak penah makan...kalu bab rasa tu mmg tak sama la, x pernah cuba g ngn ikan2 tu...tapi resepi tersebut boleh digantikan dengan ikan pari atau ikan buntal....ikan yang beduri2 tu.

Anonymous said...

ohhh ni pula. Tapi memang tak pernah tgk pun..dan tak pernah dengar..hehe jie tinggal sebelah sandakan kker? suami akak org tuaran. slalu mkn ambuyat ja..huhu itu pun semasa arwah mertua mak dan bapa masih ada. Sekarang tak pernah makan dah..huhu

Faieza Maddaru said...

Kak Wafiqa : Ambuyat tu apa pula kak?? tak penah dengar pula..owh suami akak orang tuaran, jauhny...jie asal sempornah, tp mmbesar di Lahad Datu....

Unknown said...

wah masakan ikan jerung?
tak pernah rase.
tengok ikan tu pon dah takot. hehe.

Anys Ali said...

hee sedap tak? tak pernah rasa pulak :D

Faieza Maddaru said...

Bella : yang besar mmg menakutkan, x penah lagi orang buat mbik yang dah bole makan org....ikan ni kalu besar je berani.....kalu kecik tu, pukat pun takut....

Faieza Maddaru said...

Anys Ali : sedap jug, klau tak sedap orang tak buat, hincik azmi yang fes_time makan pun kata sedap...mcm ikan bakar katanya..

ezy.fia said...

mcm seram je nk mkn ikan buntal..
ihiks

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment