Saturday, January 14, 2012

Aku Tak Nak Jadi Seperti Bunga Raya

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

 
Buang yang keruh ambil yang jernih....dear ratu segala B****, Sorry sebab marah - marah awak ri tu......kite gtau kat Mama ( bajet anak manja )...mama kata " sabar " jak la....jumpa di akhirat nanti lor, kat dunia nie tak da masa nak cari awak...tapi di akhirat nanti awak sendiri yang datang jumpa kite walaupun kite tak minta...get ready je la nak jawab apa nanti...pissssssss (^_^)v


Aku tak nak jadi seperti bunga raya...??
kenapa ??

Bunga yang kembang mekar dan cantik itu jarang yang wangi, begitulah orang yang cantik jarang berbudi…Apabila si gadis dipuji dengan kata – kata “ awak ni cantiklah ” maka akan menguntumlah sebuah senyuman lebar sampai ketelinga….Tersipu – sipulah dia, siapa yang tidak seronok dikatakan cantik dan lawa ? Begitulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain pula bagi si mukmin yang berasa dirinya miskin dengan TuhanNya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘ perasaan ’ kerana sedar dirinya punya kelebihan, kata orang …wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya . Dia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya . Kemana diarah kesitulah perginya…alangkah dayusnya dia. Tapi apa jadi kalau isteri dia tak cantik ?? malu membawa isteri jumpa teman-teman la..apatah lagi nak ke majlis dinner . Terbiar isteri terbongkang dirumah jaga anak ….

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai , mengugut, merajuk hendak balik kampung minta cerai. Alangkah indahnya jika isteri yang cantik rupawan itu tadi, mengunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin…sejuk mata mak memandang…Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi , lebih – lebih lagi isteri yang cantik dan derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya . Cantik warnanya harumnya tiada…

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, mentaati suaminya dan kedua – dua orang tuanya , malah sentiasa mencari keredhaan –Nya ..ibarat bunga cempaka, tiada rupa tapi harumnya memikat jiwa .Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang ..kasihan sibunga raya tidak dijual atau dipakai orang..tapi di Malaysia bunga raya merupakan bunga kebangsaan…

Bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan berikan , baik buruk cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya . Yang cantik ataupun hodoh sama-sama perlukan persediaan . Akan tiba saatnya wajah yang cantik itu dikerumuni ulat – ulat , ditimbusi tanah yang bersalutkan cacing ..berdindingkan liang lahad yang gelap dan sunyi . Tatkala itu bersandinglah si cantik dengan kematian, tidak lagi kelihatan wajah yang cantik dan hodoh, semuanya menjadi hidangan cacing.Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Kenangilah nasib diri dihari penghisaban .Segala pinjaman Tuhan itu, kemana dan untuk apa kita gunakan nikmat Allah yang berikan..

P/s : Wahai sicantik jelita sentiasalah merendahkan hatimu. Lunakan hati, tenangkan perasaan . Lihatlah keseluruh penjuru alam,  dimana saja mata menjurus pasti ada kebesaran ALLAH . Donggakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah kebumi hijau..kompom pening sekejap hahaha…dan pasti itu berlaku hanya dengan izin ALLAH SWT.

Sekian aku merapu...

Saturday, January 7, 2012

Jodoh Pertemuan ditentukan ALLAH

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera...
Alhamdulillah sehingga kesaat ini kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan 



Semua orang tahu jodoh pertemuan ditentukan ALLAH dan kita sebagai hambaNya , hendaklah berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik...orang selalu kata, macam mana suaminya begitulah isterinya....aku kenal suaminya walaupun tak kenal si isteri...kalau dia dah bersuamikan si polan bin si pondan, xyah nak kenal la...kalau dah banggang...bangganglah jawabnya

Apa yang dikatakan jodoh pertemuan ...tidak semestinya kita akan selamanya bersama orang tersebut, bila - bila masa saja jika ALLAH mengkehendaki kita putus jodoh dengan individu tersebut, maka terputuslah dan itu biasa orang panggil " Tak da jodoh "....nak buat macam mana, syukurinya jangan tangisinya...kerana dia bukanlah yang terbaik untuk kita...sebab tu kita tak da jodoh dengan dia...tapi kalau dah ade yang baik pas tu ko buat hal...itu kira ko g jahanam lor..

Tetiba aku teringat kisah pagi tadi....

Bermulanya kisah aku dengan Dr ****
Pagi tadi, sebaik saja aku melangkah masuk kebilik farmasi sebab nak punch card, kebetulan Dr ada disitu...tengah gosip lah tu...hahahaha, dengan selamba katak aku say morning kat dia macam yang selalu kat Dr lain... lepas tu lepak2 kejap dengan staff farmasi, biasalah pagi - pagi patient tak ramai lagi.....aku perasan Dr tu asyik pandang aku je, macam memikirkan  sesuatu...aku tengok die dan terus senyum ....sepanjang aku kerja kat situ , itu first time aku tengok Dr tu...Dr LOCUM tuk sehari je....

Akhirnya tercetus juga apa Dr tu nak cakap 
" Saya macam pernah jumpa awakla " Dr tu kata
aku jawab lor " Ye ke Dr kat mana ?? "

Dr tu makin banyak tanya pula....
" Sebelum ni awak, pernah kerja kat mana ? "

Aku sebut je kat mana aku pernah posting time study...dalam banyak2 aku sebut tu...xde satu pun yang menarik perhatian Dr tu...

" Mungkin orang lain kowt Dr...." aku cakap kat dokter tu...

walaupun perbualan kami terhenti...otak aku terus berfikir, aku macam pernah jumpa Dr nie..tapi kat mana ya...fikir punya fikir, lepas lunch baru aku ingat aku jumpa Dr tu kat Hospital Kajang...3 kali buat appoitment dengan beliau, siap beliau ingatkan aku balik...sepatutnya 1 satu lagi appoitment aku ngan dengan beliau nak bagitahu result darah aku...tapi aku tak pegiiii...pown buat suspen je aku ada sakit jantung hhahaha..Tak sangka pula benda tu dah tiga tahun berlalu ...Allah temukan kami kembali sebagai rakan sepasukan dalam tugas...

Jodoh pertemuan ditentukan Allah,
kadang - kadang jodoh kita adalah orang kita tidak sangka - sangka , mamat ni la yang aku kutuk - kutuk dulu tak sangka pula jadi laki aku....pernah dengarkan ayat seumpama itu....

Tidak kurangnya orang kata ...tempat kerja untuk mencari jodoh atau pun dalam kata lainya bertemu jodoh ditempat kerja......dan lagi orang selalu kata tempat kerja adalah medan untuk mencari pasangan...hahahaha, tidak semestinya, kebanyakkan berlaku memang macam tu la......si suami kerja dihospital ini..tub tab...tub tab si isteri pula jadi HR ditempat yang sama.....yang lagi best kalau dua2 Dr, bizinya tak tahu lah macam mana....ada yang suami kerja dilandang....tub tab..tub tab isterinya pula jadi kerja kat syarikat yang sama...itu kan jodoh yang telah ditetapkan ALLAH, sama - samalah kita berdoa agar kita berusaha untuk terus maju kehadapan...

Sekian aku merapu malam ini....
Tnx ..