سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..
Buang yang keruh ambil yang jernih....dear ratu segala B****, Sorry sebab marah - marah awak ri tu......kite gtau kat Mama ( bajet anak manja )...mama kata " sabar " jak la....jumpa di akhirat nanti lor, kat dunia nie tak da masa nak cari awak...tapi di akhirat nanti awak sendiri yang datang jumpa kite walaupun kite tak minta...get ready je la nak jawab apa nanti...pissssssss (^_^)v
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..
Aku tak nak jadi seperti bunga raya...??
kenapa ??
Bunga yang kembang mekar dan cantik itu jarang yang wangi, begitulah orang yang cantik jarang berbudi…Apabila si gadis dipuji dengan kata – kata “ awak ni cantiklah ” maka akan menguntumlah sebuah senyuman lebar sampai ketelinga….Tersipu – sipulah dia, siapa yang tidak seronok dikatakan cantik dan lawa ? Begitulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain pula bagi si mukmin yang berasa dirinya miskin dengan TuhanNya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘ perasaan ’ kerana sedar dirinya punya kelebihan, kata orang …wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya . Dia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya . Kemana diarah kesitulah perginya…alangkah dayusnya dia. Tapi apa jadi kalau isteri dia tak cantik ?? malu membawa isteri jumpa teman-teman la..apatah lagi nak ke majlis dinner . Terbiar isteri terbongkang dirumah jaga anak ….
Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai , mengugut, merajuk hendak balik kampung minta cerai. Alangkah indahnya jika isteri yang cantik rupawan itu tadi, mengunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin…sejuk mata mak memandang…Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi , lebih – lebih lagi isteri yang cantik dan derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya . Cantik warnanya harumnya tiada…
Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, mentaati suaminya dan kedua – dua orang tuanya , malah sentiasa mencari keredhaan –Nya ..ibarat bunga cempaka, tiada rupa tapi harumnya memikat jiwa .Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang ..kasihan sibunga raya tidak dijual atau dipakai orang..tapi di Malaysia bunga raya merupakan bunga kebangsaan…
Bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan berikan , baik buruk cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya . Yang cantik ataupun hodoh sama-sama perlukan persediaan . Akan tiba saatnya wajah yang cantik itu dikerumuni ulat – ulat , ditimbusi tanah yang bersalutkan cacing ..berdindingkan liang lahad yang gelap dan sunyi . Tatkala itu bersandinglah si cantik dengan kematian, tidak lagi kelihatan wajah yang cantik dan hodoh, semuanya menjadi hidangan cacing.Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Kenangilah nasib diri dihari penghisaban .Segala pinjaman Tuhan itu, kemana dan untuk apa kita gunakan nikmat Allah yang berikan..
P/s : Wahai sicantik jelita sentiasalah merendahkan hatimu. Lunakan hati, tenangkan perasaan . Lihatlah keseluruh penjuru alam, dimana saja mata menjurus pasti ada kebesaran ALLAH . Donggakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah kebumi hijau..kompom pening sekejap hahaha…dan pasti itu berlaku hanya dengan izin ALLAH SWT.
Sekian aku merapu...
Sekian aku merapu...

16 juta comment :
syukur lah,, syukur lah.. :)
hye,done folow u.folow me back k. :)
anda di tag di blog saya. jmput dtg lihat ye. :)
suka dgn entry ni...wanita yang cantik tidak kemana pun...
aku amir : syukur alhamdulillah (^_^)
merpati2sejoli : tnk dear...nnti kite join ek....hihihi
anwar...: tnkszzz....
stuju tu..selalu la mrndh dri..
p/s: yui dh msukkan dlm blglist ea..
nuyui : tq daer...hihihihi
nice entry dear..
mcm pepatah ustaz azhar idrus...
"Carilah isteri yg boleh membahagiakan kamu,xcomey xpe, bleh tutup lampu"
hehe
cantik itu subjektif..cantik tak boleh dinilai dari rupa..tapi itulah yang jadi zaman sekarang ni..sykur dikurniakan ALLAH sebagai insan yang sempurna...ada idung..ada mata..ada mulut...=)
Faiz : hihihi...xkan nk makan pun tutup lampu, hua2x...niway setiap yg berlaku ada hikmahnya...
Wana : agree wit u dear.....
bersyukur dgn segala kurniaannnya.
cantik bukannya abadi.. jika kebaikan dinilai dengan rupa paras..nescaya meranalah manusia...
nice entry.. :)
jum jd yg cntik luar n dlm..hihi thnks follow ye :) slm ukhuwwah