Ha......ri nie Jie kongsi sikit sal 1 resepi yang amat popular dikalangan suku bajau nie..dengar khabar suami kak Wafikah pun orang bajau juga, tapi tak tahu la pula bajau area mana walaupun suami beliau orang bajau, kak Wafiqah tak pernah dengar apa itu " Sinagol "hihihi, suami akak tak suka makan kowt....niway tanak panjang cerita jom Jie terangkan secara ringkas apa kejadah jenis resepi kali ini.
Sinagol nie, sejenis makanan yang istimewa bagi suku bajau, lebih sedap kalau dimakan dengan putu ( ubi kayu kukus ), sinagol juga adalah dari sejenis ikan iaitu ikan YU, jerung!!!!!!......tpi bukan jerung yang makan orang tu, ni anak2 jerung yang tersesat dilautan yang cetek , dalam bahasa bajau kitaowg panggil " Kalitan "...ikan nie bukan senang nak dapat tau, sebab tu la harga dipasaran agak mahal...Hari tu Jie beli 2 ekor ( saiz kecil ) je dah rm10..BAHAN - BAHANNYA
- Ikan Yu
- Serai ikut sesuka hati je nk letak banyak ke tidak
- Kunyit hidup @ kunyit serbuk
- Garam/aji sekucup rasa
- Cili...lagi pedas lagi pedas...lagilah sedap.
- Kuali / periuk untuk memasak..
- Bawang merah
- Minyak masak
Terlebih dahulu bersihkan ikan tersebut, asingkan hati ikan tersebut....setelah dibersihkan rebus ikan sehingga masak. Setelah masak sejukkan ikan tersebut dengan merendamnya kedalam air yang biasa, sambil itu buangkan pasir yang terdapat diatas kulit ikan tersebut, dengan mengosok perlahan2...
Setelah semua pasir2 yang terdapat, diatas kulit ikan tersebut sudah tiada...hancurkan ikan tersebut seperti gambar rajah diatas, jangan risau tulang ikan ini, tidak membahayakan jari2 anda...macam tulang sardin jak tu
Sementara itu, sila tumbuk atau kisar ( bawang merah, cili , kunyit hidup dan serai ), rujuk pic diatas
![]() |
| Sori kuali ni gelap sikit, kalu Jie masak api selalu pasang kuat kikiiki..baru terasa nikmat memasakny |
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk atau dikisar, kemudian setelah naik bau, masukkan hati ikan yang telah diasingkan tadi .Sambil mengaul bahan2 diatas dalam kuali dalam masa yang sama, hancurkan hati ikan yang telah dimasukkan.
Setelah bahan2 yang ditumis separuh garing masukkan ikan yang telah dihancurkan tadi, gaul hingga sebati..masukkan garam dan aji secukup rasa .
SELAMAT MENCUBA !!! Selain itu, resepi ini boleh digantikan dengan ikan pari atau ikan buntal





