Saturday, December 10, 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aksi Mulut Terlampau !!!






Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia, jadilah seperti perut jangan jadi seperti otak, sebab kalau perut ia akan mengeluarkan segala benda yang tidak baik dalam perut, kalau makanan yang basi atau tak baik, perut tidak akan menyimpan lama, kerana perut tahu jika disimpan terlalu lama ia akan memudaratkan perut. Tidak seperti otak….otak akan menyimpan segala yang baik malah yang buruk dalam dirinya dan akan menyimpannya untuk diingat ..dipusing-pusingkan dalam otak dan jika ia menyakitkan maka sakitlah hati..

Seperti yang kita tahu, mulut yang celaka akan membinasakan diri sendiri..bak kata pepatah KERANA MULUT BADAN BINASA . Oleh itu jagalah setiap bait perkataan yang kita tuturkan, bagi padangan Jie memang sangat celaka mulut yang suka mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Mulut yang celaka juga ..adalah mereka yang suka menyibuk hal orang lain, tak da angin tak da ribut tetiba nak menyamar jadi orang lain…Apa yang lebih mengecewakan kalau individu tersebut adalah otang yang kita kenali ..huhu. Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah, tidak perlu menyamar sebagai sesiapa atau sebagai pencarian hakiki …carilah diri kamu dalam sarang kedengkian mu…

Mulut celaka…memang celaka tahap ninja bila seorang anak melemparkan kata – kata kesat terhadap ayah atau pun ibu mereka, kalau ada dalam family Jie macam tu…tak kisah adik ke abang ke, kakak ke..memang Jie akan bagi pengajaran secukupnya…tapi tu la setakat ini, tidak ada seorang pun lagi adik – adik atau cousin bercakap kurang ajar terhadap ibubapa masing – masing. Jie rasa sedih dan terkilan dan terfikir apa yang ada dan bagaimana perasaan anak – anak yang berani mengeluarkan kata- kata kesat terhadap ibubapa mereka…

Amat celaka bagi mulut yang suka menuduh orang lain tanpa usul periksa, bayangkan sebab mulut saja orang boleh saja berkelahi…buang karan betul !!! lain kali kalau nak tuduh orang lain siasat dulu betul – betul kalau sudah terbukti apa lagi…serang lor, hahahaha…..tapi kalau dah ada bukti yang awak tu curang, hahaha jangan nak menafikan dan tuduh orang lain pula…scenario masyarakat ,memang bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang , tapi selalulah kita muhasabah diri agar kita dapat mengawal diri kita daripada berbuat sesuatu yang tidak berfaedah, macam menyibuk hal orang lain, mengutuk orang lain wal hal kita sendiri belum tentu baik…entah – entah lebih buruk daripada orang yang kita kutuk. 

Pernah tak Jie kutuk orang ??? Bukan manusialah kalau Jie kata tidak pernah….Jie selalu saja membalas kutukan orang dengan mendiamkan diri, bila apa yang mereka katakan itu tidak benar…rasa macam nak senyum sampai ketelinga..kalah doraemon!! ??? doraemon ??? berikan ciri – ciri doraemon…doraemon gemuk, pendek, berwarna biru ( iklan semata – mata ). Jangan kerana mulut doraemon bertukar jadi warna merah !!

Amat mengecewakan juga bila cerita kita ditokok tambahkan, tak sabar pula nak berhadapan dengan orang – orang yang macam tu, bila jumpa nanti nak buat apa ya ??? Senyum padanya lor, biar dia malu dengan dirinya sendiri….sekali lagi nak bagitahu entry kali ini bertajuk KERANA MULUT BADAN BINASA , Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH swt yang sentiasa mendengar doa – doa hambaNya. Kebenaran muncul dikemudian hari…

P/s : Sama – samalah kita perbetulkan diri, berhentilah daripada melakukan kerja – kerja yang tidak mendatangkan faedah, aku punya segalanya…aku punya ALLAH, aku punya family yang sangat bahagia walaupun kami miskin, aku bahagia dengan hidup ku yang penuh warna warni…walaupun kadang – kadang duka bertandang, aku bersyukur kerana aku punya keluarga yang sangat mengambil berat terhadapku, nak kata aku nie anak emas tak juga . YES!!!! Aku perlu buktikan. Mana yang baik itu jadikan teladan mana yang sebaliknya jauhilah .


BODOH BOLEH DIAJAR, MULUT JANGAN KURANG AJAR , KALAU MASIH KURANG AJAR, NANTI KENA PENAMPAMPAR.

Sekian,

4 juta comment :

Anonymous said...

lempang je! kadang2 kan,,mulut orang memang tak leh nak tutup ,,susah tol

Faieza Maddaru said...

Lumrah hidup dear....tak kan leh ditutup, melainkan diri sndiri yang mnutupnya.....tengok tebal mana iman ....

bannie said...

kadang2 mak da hajo anak elok2..ntah tiba2 pergaulan dgn kwn2 tu buat mulut anak jadi LASER...ishhh
jenguk dan komen http://fanialulaby.blogspot.com

Faieza Maddaru said...

se7 ngn bannie....berdoalah agar ank2 kita tidak jdi seperti itu...

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment