Sunday, November 13, 2016

:: ANNISA REBEN ::

Assalamualaikum semua...
tu dia.....last update entah zaman bila

Malam ni kita sembang - sembang ye
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga hari ini.

Genap setahun aku jual tudung (^_^) . Dah kaya ka belum?? hahhahahah
kaya tu tak lah, bolehlah buat pendapatan sampingan ... tapi serius aku suka dengan apa yang aku buat dan dah 2 minggu " Annisa Reben " aku jual, korang dah beli ke belum??


Nak tahu asal usul annisa reben ???
Part 1
Yes ...itu nama anak ku Nur Aufa Althoffunnisa, sejak kecik lagi suka tengok Aufa pakai headband ...tapi Aufa tak suka pakai , kejap2 je bukak...jeles tngok baby2 org lain, pakai macam2 tapi Aufa tak selesa...

Sampailah Aufa bertudung, last year....time bulan puasa lagi tu, Aufa pun betudung walaupun kejap2 bukak ...ok la baby sekurang2ny baby belajar jugak pakai tudung.
Macam2 korbankan tudung supaya muat dengan Aufa, yg jadi mangsa tudung syria nenek hihihihihihi ambik jak gunting kasi kecik ada 3 helai kowt..
Then 1 hari tu..... potong pulak aidijuma ku kasi kecil tuk bagi dia pakai, ada lebih kain AJ buat reben...tampal jak reben tu, sumpah menyesal tak ambil gambar boleh bukak n pasang kat mana pun...mcm comel pulakkan..
Sumpah menyesal tak ambik time tu..sebab ingt suka2 jak kan...tak terfikir pulak nk simpan😌😁😁😁😁😁Why 1 x try buat tudung baby yg ada reben ???
Gigih google bentuk tudung yg menarik ... jatuh hati dengan base tudung ( apetah nama die )
Berbekalkan mesin jait yg ada aku try korbankan tshirt husband nak buat tudung..
Yesss... menjadi ...

Then ...oneday , sy cari tailor yg boleh jahit base tudung tu...ade kowt dlm 10 helai gitu, sampai je terus pasang reben ...kalau korang perasan( pembeli annisa reben yg pertama ) first batch tu kain die agak keras sedikit. Comel Aufa pakai....maka terjual la Annisa reben tu...guna nama Annisa reben ... sy ngn husband suka nama " Annisa ".

First batch buat 10 helai je, untuk tempoh percubaan . Alhamdulillah sambutan menggalakkan warna yang paling laku peach pink , aku pun suka colour tu...nampak lembut jee ...emmm umur semakin meninggkat ni idea nak tulis panjang - panjang tu  macam tak nak keluar pulak hihihihihihi...
jom layan pic ANNISA REBEN first batch and second batch.


Annisa reben sempena nama Anak aku Nur Aufa Althofunnisa , ambil " Annisa je. bagi nama " Annisa Reben sebab ada reben sebijik,  lebih kurang saiz 6 inci (^_^). Jomm layan siapa yang belum beli , sila dapatkan dengan kadar segera (^_^) .


 








Nampak macam besar aje reben tu....hahahha taklah besar sngt, macam ni la bila tangan xda seni ambil gambar....More info boleh skodeng Page  Dainda.Hijab 
Ok lah nanti aku update lagi ya (^_^)

Thursday, May 26, 2016

:: Happy anniversary Syg ::

Assalamualaikum..

Tajuk kemain lagi sayang sayang pulakan 

Sapa tak sayang laki kan ( bahasa pasar gitu )



Dear Husband, 



Terima kasih sayang kerana sentiasa mengingatkan kami pada sang pencipta .Happy anniversary cinta .semoga 3 tahun yang berlalu ni..mengukuhkan lagi rumahtangga kita

Terima kasih atas segala keringat syg mencari nafkah tuk sara kita sekeluarga.Terima kasih sebab sediakan tempat kami berteduh dari panas dan hujan.. hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikkn syg terhadap kami.



Tnx sayang sebab terima diri ini seadanya..sabar layan kerenah kami berdua ( aku & Oppa ). Yang paling penting syg bukan saja jadi pelindung kami....syg juga jaga2 adik - adik .U r the best hubby in the world . I'm happy to be your wife.


Syukur Alhamdulillah to Allah..
Satu isteri mu pinta...bila syg sudah berada diatas janganlah lupakan kami..
Namun jika ia ujian tuk kami ...kami redha

Happy anniversary cinta ..
Semoga 3 tahun yang berlalu ni..mengukuhkan lagi rumahtangga kita In shaa Allah hingga ke Jannah Allah.

Sekian...

Wednesday, July 29, 2015

:: Kronologi baju raya 2015 ::

Assalamualaikum wtb, salam aidilfitri

Seronok sangat hari raya tahun ni, dapat beraya dengan family tercinta disamping suami dan anak tersayang..Apa perkara yang berlaku raya kali ini, sampaikan aku post dalam blog kesayangan ku ni.

Dengan kuasa veto yang ada pada aku, tema raya tahun ini aku yang pilih ....adik2 aku ikut jak, sedangkan diorang ada  baju pilihan sendiri, alasan aku yang paling kukuh tahun ni ank buat kenduri Akikah Aufa ( setelah sekian lama tertunda ). 

Baju raya ini memerlukan 16 meter kain untuk kami sekeluarga kecuali hubby dan bapa kesayangan. Apa yang sweet sangat tentang baju raya kami ni, semua ( yang kaum hawa ) pakai jenama sendiri 
 " Dainda " yang penting smart & sweet dipakai. kah..kah..kah.. dah ada jenama sediri konon. Kalaulah aku tak ambil medical imaging dulu... mesti sekarang ni aku dah jadi Fashion Designer macam  Hatta Dol Mat (berangan jak lebih ).  Nanti aku update entry berkenaan " Dainda "  tunggu ye.

Sambung cerita baju raya. Baju raya kami ( aku, aufa, mama, baizura ) Siap awal, sebab aku jahit sendiri... yang lagi dua orang aku terpaksa pos kain ke Sabah , untuk adik aku yang 2 orang lagi tempah kat orang lain, nak buat baju apa pun ikut suka.... 


Alkisanya baju mereka, orang paling last hantar kat tukang jahit.. treng teng teng, 2 hari sebelum raya adik aku pergi ambil baju tu...hahaha baju raya tak siap lagi, potong pun belum...ok fine, malam takbir pergi lagi..akhirnya tak siap jugak, huaaaa hibanya time tu.. tak kan adik aku tak ada baju raya ? Aku dah terbayang muka monyok adik aku yang bongsu. Bukan tak beli baju lain untuk diorang, tak seronoklah pakai tak sama tema..


Sebagai tukang jahit yang tak bertauliah, sedih juga adik - adik tak ada baju raya ...nanti tak mau cuci pinggan sebab baju raya tak ada...hahahaha, berbekalkan semangat raya malam tu jugak aku potong kain tu then siapkan baju adik aku yang dua orang ni, aku start jahit dalam pukul 10 malam, jam 1 siap dah.... laju tak?? (sila kata Fuyooo laju - laju ) Hahahahaha.. jubah je, potong sikit buat leher, pasang lengan , sambung kiri kanan.... then siap, streka sikit dah boleh pakai . 


First time adik aku temankan menjahit... temankan sampai baju siap !! Kalau tak ......aku terkepit ke ..terhantuk ke, kat mesin jahit tu.. diorang buat dono je... siap ugut bagai, kalau tak temankan tak ada baju raya ..mihahaha...  Alhamdulillah baju tu siap dengan izin Allah.., dah siap,  kejutkan adik bongsu nak test baju, cita rasa dia amat tinggi... so apa-apa pun kena test dulu kalau tak suka, nanti lansung tak keluar bilik mihahaha...


Untuk hubby, selama dah kahwin ..tahun ni baru hubby beli baju raya ,tahun pertama kahwin alkisah tak beli baju raya sebab baju wife tertinggal kat Sg.Long.....tahun ke2 pun tak beli juga sebab, ada baju yang mama belikan untuk hubby yang tak pernah pakai lagi, kaum adam ni tak kisah sangat, berbanding kaum hawa, baru raya tak ada....raya tak jadi terus. mihaha....Alhamdulillah juga raya tahun ni first time beli baju untuk bapa yang betul.- betul ngan dengan bapa, selesa pakai...kalau tak, baju terlebih besar, baju terlebih kecil ...bla..bla..bla... bapa pakai pun tak selesa, tahun ni yahuuuuu.... berjaya . Tq siapa yang tolong jahitkan baju tu...


Baby ibu comel sangat pakai jubah dipagi raya, tak berkesempatan nak pakaikan tudung untuk Aufa, sebab diaaaa..... akan tarik - tarik tudung tu sampai tertanggal. jangankan tudung ikat rambut pun tak mau, ikat sekejap ja...lepas tu dengan sengaja dia akan serabutkan rambutnya. Oklah tu..umur setahun lebih ni ..peel memang macam tu. Apa-apa pun anak ibu tetap comel....


Sekian terima kasih...




Friday, May 1, 2015

:: Holiday Sehari ::

Assalamulaikum ....



Lama aku cari tempat nak bawa Nuaufa gie main air, masuk sunway lagoon tak boleh lagi ... Nak pergi air terjun, mama tak sarankan... dengan bantuan makcik google, macam-macam taman tema yang aku jumpa, yang kecil ..yang besar,yang seram pun ada... dah jumpa yang berkenan, orang kata tempat tu tak bersih...

Pic : Makcik google

Nak bersuka ria, keselamatan Nuaufa paling utama... Memandangkan cuti kami amat singkat kami pilih taman tema di Gold coast international resort dibanting,kira-kira 45minit dari rumah kami.Walaupun dekat, kami bercadang untuk bermalam disana, booking bilik melalui Agoda.

Lepas suami servis kereta, kami pun mulakan perjalanan, ke Aeon big mahkota cheras nak isi perut dulu sekali gus cari pelampung tuk Nuaufa..

Sampai kat Resort , kami terus check in....hati dah riang nampak orang main air, bawa anak masing-masing... selesai urusan dikaunter , naiklah kami ketingkat 8, Alhamdulillah bilik kami menghadap lautan biru.. nampaklah kapal lalu lalang....



Disebabkan kami check in jam 3ptg , kami ada masa 4jam saja berkubang di taman tema itu...
Sepanjang perjalanan dari bilik ke taman tema..aku asyik tiup pelampung Nuaufa..sampai naik merah muka...tiket dewasa RM37 sorang ( kami beli tiket untuk 4orang ) kanak- kanak hanya RM21 bagi 2 tahun keatas...murah bukan?? Syukur Alhamdulilla dipermudahkan..

Ketidaksabaran melonjak dalam jiwa, tak habis-habis tiup pelampung.. tiba-tiba staff kat taman tema tu tegur " Kak kat sana ada angin " sambil tangan menunjuk kesatu sudut .. Allah..... punya penat aku tiup, ada pam angin rupanya..hahahhaa...

Makaaa.......
Seronoklah kami bermain air, mula-mula Nuaufa macam terpinga- pinga tengok orang disekeliling. Sedih hati tak sempat belikan baju renang tuk Nuaufa..redha je la , bukan main seronok lagi anak ibu main air, angkat sikit pun meronta - ronta nak masuk balik dalam air, taraaaa layan gambar pula..








Baby tak suka duduk dalam pelampung tu...tak boleh kena air sangat...Bahagianya tengok family kecil ku ini, semoga Allah berikan kami kebahagiaan yang berpanjangan..

Aku punya blog .... ikut suka nak post apa (^_^)
Tnx...


Sunday, March 22, 2015

:: Sayangku Nuaufa ::

Assalamualikum
You ollss...


AWAS !!! BANYAK GAMBAR

ada jugak entry baru kan... kalau endak besawang ni blog






Hujung minggu yang membosankan, sejak bertambah lagi seorang radiographer kat tempat kerja aku, jadual aku pun jadi berubah , dah ada kerja petang ..... kerja pagi 9am- 5pm, shiff petang 3pm-11pm...tak kisahlah kerja petang ke pagi janji sehari kerja 8 jam, macam best je kerja petang ....sebelah pagi boleh kemas rumah , masak dan lain-lain... bajet isteri yang rajin, padahal setiap pagi laki aku tunggang langgang cari setoking sebelah kemana, sebelah lagi nun jauh disana......kihkihkih


Kerja petang ni ....ada masa nak main - main dengan baby, tapi asal balik kerja baby dah tidur, semoga Allah memberi kekuatan kepada kami sekeluarga... Hari ini, aku masuk kerja petang disebabkan baby berada nun jauh dikampung, aku masuk kerja awal ( bukan nak kerja pun / nak update blog kat kedai mamak ni ) .. Mihahaha... entah 2 tiga hari ni aku jadi sedih duduk rumah sorang - sorang , terasa tak meriah hidup.... rindu dengan Nuafa tak dapat dikira dengan jari.. Nasib baik laut cina selatan ni dalam..aku pula tak tahu berenang ...kikikikikiki sabarlah wahai hati... 

Hobi aku dimasa ketiadaan Nuaufa, aku akan jalan - jalan ke Mall sampai penat ... yang jadi mangsa  
" The Mines ", kat situlah aku hilangkan boring..masuk kedai keluar kedai, beli barang baby kat " baby palace & poney " menjadi satu kemestian ok !!! , dulu masa tak ada baby, aku tak pandang lansung pun kedai tu, sekarang ...macam sakit je jiwa kalau tak singgah sana.. selain tu aku selalu ke IOI mall kat putrajaya, kat sana pun ada banyak kedai barang - barang baby...



Memang betul orang kata ... kalau dah ada anak ni, baju sendiri dah tak ingat ...asyik beli baju baby.... Entahlah setiap kali keluar  , sakit mata kalau tak beli baju baby....Mama dah pesan tak payah beli baju lagi, dah banyak baju Aufa ..yang belum pakai pun ada lagi. eeemmm rasa tak sah kalau nampak baju baru tapi tak beli....naaaaakkkk jugak...

huh.. penat aku membebel...

Layan kerenah Nuaufa sekejap...




Apa yang orang besar nak makan , dia pun sebok nak juga.... 
Ronda-ronda ..jumpa pulak lolipop ni , firstime Nuaufa rasa kemanisan Lolipop itu..



Apa yang orang besar buat dia pun sebok....nak jugak (^_^) makin hari makin macam - macam kerenahnya
nenek nak teropong kampong pun tak boleh dah.. (^_^)



Dalam kereta... sekejap duduk dengan ibu , tak sampai 3 minit nak pndah tempat atok ngan nenek... dah duduk belakang...x sempat duduk nak gi tempat ibu pula, pusing - pusing jak kerjanya..



Muka baru bangun..... disebalik wajah yang ceria ni, tersembunyi satu rasiah...taraaaa...
amat meminati iklan UTC, pantang lagu tu main kat TV , sebok nak tengok walaupun dihalang..







Nak pi kenduri kahwin, baju baru beli semalam olss , semata-mata nak attend weeding besfen ibu...
Orang kata ...muka dia macam aku ?? / Baby suka kacau - kacau jam ayah....sebab tu ibu beli jam
pink tu walaupun endak hidup kan... boleh baby main - main dengan Jam tu, jam tangan ayah besar .Tak sesuai dengan Baby...



  

Suka sangat main belon ni... pernah satu hari, aku cuba rakam dia main bubble ni... setiap kali dia tengok balik video tu.. dia anak menagis semahu - mahunya, sampaikan atok pun pujuk...






Mydoter dah 10 bulan ... Alhamudlillah semoga Allah berikan kesihatan yang berpanjangan kepadanya , semoga anak ibu jadi anak yang solehah.. (^_^).. Ibu sentiasa rindukan sayang, duduk dengan nenek & atok jangan nakal- nakal , jangan susahkan atok dan nenek.. sayang baby...

Sekian terima kasih..



Friday, March 6, 2015

:: Happy Life ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






Pertama sekali nak jerit kaw2.... hi semua...
Lama x tak update blog ..( pembuka kata bagi org yang dah lama tak update blog )
Update sikit....now dah canggih, update blog guna phone jak...tak perlu on lappy lagi..

Now...life aku ok ok saja.. siang kerja malam dengan family.. sekarang Nuaufa dah 10 bulan... macam - macam bunyi keluar dari mulut... bunyi mercun .. no..no..no.. kadang - kadang sebut oh no ...Tersangatlah comel anak ku yang satu-satunya... letih macam mana pun, kalau tengok Nuaufa... semuanya hilang .. Perasaan yang tidak dapat diungkapkan bila tengok Baby..


Alhamdulillah, baby sihat , now baby dah ada 5 batang gigi... tapi risau juga sebab baby tak nak makan 😂 ... bagi makan 2 3 suap dah geleng-geleng kepala.. sambil no...no...no .. ( tamau makan letew)  hati ibu mana tak risau...anak tak mau makan... dah campur sayur pun.... masih tak nak makan .Badan baby dah makin susut.. nenek baby pun cakap perkara yang sama...baby minum susu EnfaLAc A+..... Alhamdulillah walaupun tak makan baby cepat kenyang.. malah makin kuat menyusu.... huk..huk..huk...

Baby...baby... ibu sayang baby..wat evapun ayah ngan ibu akak buat yang terbaik untuk baby...

Agak banyak ketinggalan bila dah tak selalu update blog... apa lagi nak ber_blogwalking
... life dah tak sama macam dulu... masa single ... selepas balik kerja, boleh lagi update blog ... santai - santai gitu, dah berdua... masa nak update blog tu dah berkurang... kalau betul2 free baru update ... itu pun berbulan nak update.. Now..dah bertiga memang tak cukup masa.. pegang phone.. Baby sebok nak call ayahnya...sebok nak helo..helo.. pantang dengar orang sebut hello ... terus letak phone kat telinga walaupun tunggang terbalik......

En Zauj pulak... makin sihat dan sihat...malah lagi sihat... entah agaknya dah berapa Kg ....syukur Alhamdulillah..Zauj sihat makna bini pandai jaga.. yahuuu marilah kita menyihatkan suami kita tanpa hadnya...hihihihihi Semoga zauj terus success....dah berjaya nanti jangan lupa kami 😄...

Sekian.....aku merapu
Nanti sambung lagi....

Tuesday, July 1, 2014

:: Nur Aufa Althofunnisa ::



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nur Aufa Althofunnisa 
Anak ibu yang sangat sweet...
Ibu tak sangka akan dikurniakan
Cahaya mata yang sungguh comel

Nur Aufa Althofunnisa
Suatu hari nanti, rumah ini akan dihisai
Suaramu memanggil "Ibu & Ayah "
Gelak ketawa jadi penawar hati ibu & Ayah

Nur Aufa Althofunnisa
Ibu hanya ingin melihat 
Anak ibu berjaya didunia dan akhirat
Menjadi anak solehah..

Nur Aufa Althofunnisa
Permata hati ibu & ayah
Penawar duka lara ibu & ayah
Penyelamat ibu & ayah diakhirat nanti.

Puisi hentam kromok...
Post kali ini nak sembang tentang Mydoter..

Nama Nuaufa ...
Sejak baby dalam perot lagi Aku dan suami dah cari - cari nama , malah ada beberapa pilihan nama ...
antaranya ....

1- Nur Duryatul Jannah
2- Nur Dhofyatul Aisy`
3- Nur Heliza Ejamilaynie 
4- Nur Aufa Althofunnisa

Semua nama diatas aku suka, kalau boleh nak cantumkan semua nak kasi nama baby...hahaha, last2 pilih Nur Aufa Althofunnisa, dan nama tersebut telah dipersetujui oleh Suami.Muda2han anak ibu jadi wanita yang lemah lembut ..dan bersopan santun.. Nama Nur Aufa Althofunnisa menjadi pilihan setelah melihat wajah baby yang baru keluar dari rahim ku... walaupun Nur Duryatul Jannah pilihan utama, bila tengok baby.. terus pilih Nur Aufa Althofunnisa.




Nama manja aku pilih Nuaufa ...gabungan NUR dan juga AUFA , cara sebut kena betul 
sebut NU pas tu baru sebut AUFA, ada dua suku kata . Kadang2 bila aku panggil2 main2 ke... aku akan sebut NUAFATAFUNISA (sekali nafas ). Mejoriti orang panggil Aufa...  
tak kisahlah nak panggil apa janji yang elok - elok.. (^_^)

Nuaufa lahir waktu subuh jam 5.50am , selepas dimandikan oleh pihak hospital, sampailah ke wad...dan balik rumah baby tidur memanjang...sampaikan nurse basuh muka baby dengan air, nak kasi dia bangun...tapi tak berjaya,..... risau juga takut baby kena demam kuning...

Hari kedua..barulah Nuaufa menangis semahu - mahunya nak susu...kesian sangat2 ngan baby sebab air susu ibu tak mau keluar...sampaikan minta suami beli susu formula , tanak tengok baby lapar.....last2 kena paksa juga bagi Nuaufa isap susu ibu walaupun sakeeeettt...Alhamdulillah rezeki baby untuk merasa susu ibu... feeling happy 


Hari berganti hari... terserlah sikap Nuaufa...tak banyak kerenah, hanya akan menangis bila dia lapar..(^_^) elok je.... senang nak jaga, suka bila dimandikan... nak tengok die suka, time mandikan dia... terus terang sepanjang berpantang nie, baru 4 kali aku mandikan Nuaufa.. yang lain tu Mama yang mandikan, seronok bila mandikan dia..

Saat - saat yang paling saya tunggu, bila Nuaufa ketawa ...coooommmmeeeeellll sangat2...bukan senang nak tengok dia ketawa, asyik tidur memanjang..lumrah baby , tidur pun boleh senyum... Nuaufa mewarisi mata aku ( orang kata la...) ..kalau dia dah jegilkan mata...Ya Allah comelll sangat2 .. 

Baby lahir je...tak tahu ikut muka siapa, maklumlah time tu muka kembang2 lagi.. pastu selang beberapa hari, orang dah cakap Nuaufa ikut muka suami...walaupun ramai yang kata macam tu, aku masih tak nampak lagi baby ikut muka siapa...tapi mama kata, muka Nuaufa sama ngan aku ( not 100% ) time aku baru lahir ( ini berarti semasa kecil kelihatan comel jugakla ...hahahaha tambling kiri kanan depan belakang )....IKLAN KEJAP dan baru tahu masa aku lahir, keluar hospital ..sampai rumah family kasi aku makan bubur..Mama kata, aku lapar ..asyik menangis , bila dah makan bubur baru diam.... nasib baik Nuaufa tak macam tu...ikut perangai ayah kowt... 


Jadual hari-hari Baby...
Pagi2 jam 7.30am mandi....
lepas mandi menyusu sekejap..lepas tu tidur
bila dia bangun ..sama ada dia main2 sendiri atau menangis ( nak susu )
dah kenyang tidur balik...

Jam 5.00pm Nuaufa akan mandi lagi...
time bejaga malam tu, takda sangat...syukur Alhamdulillah , sebab Nuaufa akan bangun jam 3 pai 4 hanya untuk menyusu, dah kenyang tidur lagi... tepat Jam 7.30am..baby.akan dikejutkan becoz time to mandi...



Sekian...

Tuesday, June 24, 2014

::Pengalaman Bersalin Yang Mengerikan ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera (^_^)



Hureyyyyy... now aku dah jadi ibu ( sambil lompat2 macam kera dapat pisang hahahahaha ) Alhamdulillah now dah 26 hari berpantang , selama pantang ni Mama yang jaga ... ambik kau berpantang cara kampung segala kayu - kayu akar diminum..tips tuk keringkan luka bersalin, biasanya orang sarankan basuh dengan air garam... tapi aku mama, bagi air dari rebusan daun jambu...



Post kali ini tak lain tak bukan nak share pengalam bersalin mana yang boleh dikongsi untuk jadi panduan, dan InsyaALLAH bila baby dah besar , biar dia tahu macam mana ibunya melahirkanya. Jadi sweet memori silam. Sebelum besalin banyak baca blog-blog mengenai pengalaman besalin nie, ambil mood katanya...



Taraaaaa......bermulalah alkisah



Due date aku 28 Mei 2014

27 Mei 2014 tu, aku dah rasa contraction ( sebelum ni asyik tertanya - tanya macam manalah nak tahu contraction tu ) ..tapi tanda - tanda nak besalin tu tak ada lagi, so aku gagahkan diri tahan sakit kat rumah, sakit boleh tahanlah ....contraction selang 15 minit, lepas tu 10..... lepas tu makin kerap pulak, jam 10 malam memang tak tahan dah, ajak hubby pergi hospital, doctor check jalan baru 1cm...masa tu agak ramai patient, Doctor suruh aku jalan2.....tengok TV, daripada aku buat semua tu baik aku duduk sebelah hubby ..merenggek kat hubby, hahahaha....





Selang beberapa jam, contraction makin menggila kalau dah 1cm sakitnya dah tak boleh tahan aga-agak sakit nak tunggu 10cm tu macam mana ??....last2 nurse panggil nak tengok gerak baby... Memandangkan due date lagi sehari Doctor tak benarkan aku pulang, Time tu ward semua penuh..tak ada satu pun kosong , Nurse bagi aku rehat kat satu bilik...berguling-guling aku dibuatnya... Jam 3:00 am baru diorang bagi aku painkiller ...barulah aku boleh tidur ...pagi2 aku bangun jadi pening contraction rasa sikit2 je...




28 Mei 2014

Then aku dipindahkan kesatu bilik bersebelahan dengan labor room...Dalam bilik aku ada partner tapi tak kenal pun ,...Puan tu pulak jalan baby dah 3cm...disebabkan wad dan labor room penuh gila babas... Puan tersebut di refer ke hospital lain atas faktor keselamatan. dah nama pun dekat dengan labor room asyik dengar orang menjerit sakit...sakit..aku pulak yang cuak, dah dengar jerit2 ..tiba2 dengar suara baby nangis .. berbunga2 pulak hati aku dibuatnya... aku pujuk hati tuk tidur...supaya tak rasa sangat contarction...yang makin menjadi2.





Bangun dari tidur, hanya aku sorang je kat dalam bilik tu.... Pastu rasa nak ke tandas, tengok2 dah ada tanda nak bersalin ( tanda yang pertama lendir + darah akan keluar ) ...Aku rasa macam nak lompat2 dalam tandas happy baby dah nak keluar.. hahaha .. boring duduk sorang2,  aku jalan2 kuar jumpa hubby tersayang.. sebab bilik tu kat labor room lelaki tidak dibenarkan masuk..



Jam 4:00pm 28 mei 2014 aku dipindahkan ke wad...berpinar2 mata tengok ramainya orang nak beranak... Waktu melawat hubby , mama dan bapa datang huh...takdalah boring sangat sebelum mama bapa balik, bapa sempat cakap suh aku kuatkan semangat, Mama sempat cium dahi ku mama kata muda2han semua selamat..huh time tu rasa macam nak pergi medan perang dah... lepas diorang balik Doctor check jalan tengok dah ada perubahan 2cm , lega sikit.....



Bermalam di Ward...
Contraction makin kerap... makin sakit ( sakit berganda2 dari sengugut ) dahlah aku nie sengugut pun boleh pengsan sebab tak tahan sakit ..inikan pula nak tahan contarction tu... Sebab sakit sangat sekali lagi malam tu aku di bagi painkiller.... bolehlah mamai sikit, terpaksa err.... Doctor dah check jalan baru 2cm, beguling-guling je atas katil tahan sakit...Nak sedapkan hati sms ngan hubby..





Makin tengah malam makin sakit pula, pas tu kerap kencing ( tanda - tanda nak bersalin la tuh ).... lamanya tahan sakit, tak tahan sangat call minta hubby datang rumah ngan hospital tak jauh ....sementara tunggu hubby datang tu...aku kena sound ngan nurse  " Adik jangan menjerit ..nanti orang lain takut "..... aku tak peduli dah apa nurse tu cakap yang aku tau sakit gila babas....Last2 doctor check jalan dah 7cm , Fuhhhh.... patutlah sakit sangat dah 7cm...kelam kabut hantar ke labor room ... tengah sebuk  pasang drip, tukar katil... Hubby pun sampai  ( tenang hati sat ) tiba2 rasa tekencing ...suh hubby check, tengok2 air ketuban dah pecah...




29 Mei 2014
Jam 4.00am masuk labor room...otw gie labor room tu sempat dengar hubby sembang ngan nurse ..hubby bagitahu aku ni tak tahan sakit, nasib baik nurse tu paham....sampai labor room Doctor check jalan dah 8cm..Ya ALLAH lagi berapa jam nak tahan sakit tuk sampai ke 10cm... Nurse tu soh aku mengucap banyak2 .... sakit sangat, betulah orang kata beranak ni memang bertarung nyawa sampaikan aku terfikir kalau Allah nak ambil nyawa aku time tu..ambilah aku redha... yang penting anak aku selamat..



Sekali lagi hati tenang tengok hubby dah sampai nak temankan aku lahirkan zuriatnya..merenggek kat hubby..hubby tak henti2 suh aku baca, Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin ... antara hidup dan mati , redha mati sebab dah tak tahan sakit sangat / gembira sebab dalam beberapa minit lagi pertama kali memegang anak sendiri.. selepas 9 bulan baby dalam rahim 

Tetiba rasa nak buang air, walaupun aku tahu kita akan rasa nak buang air sebab time tu baby dah tekan bahagian rectum ...dah tahu macam tu tetap juga cakap kat nurse tu nak buang air... Tak tahan sangat aku teran je...walaupun Doctor cakap jangan teran ( jangan tiru aksi ini, sebab ia akan menyebabkan kepala bayi dan rahim ibu akan bengkak ) then suruh hubby panggil Nurse sebab tak tahan sangat...Doctor pun masuk sekali check jalan dah 9cm ..tunggu lagi setengah jam tuk 10cm, mata aku tertumpu pada jam kat dinding nak tunggu jam 5.30am.... sambil sedut oksigen bagi mamai sikit...


Setengah jam dah belalu, hureyyyyy dah boleh teran .....
tapi sebelum tu doctor bagitahu kena gunting sikit, kalau tak baby tak boleh keluar...aku dah cuak...tapi contraction punya pasal aku iya je....dan tak rasa pun bila diorang bagi bius dan gunting....tak rasa pun...

first teran tu...Doctor bagi semangat pandai teran, suh hubby tengok kepala baby dah nampak ( boleh pulak time tu aku fikir....ahhh itu semua tipu kamu semua saja nak sedapkan hati aku ).... tapi memang time tu hubby kata kepala baby dah nampak...Second meneran...gagal, nafas putus2, Doctor bagitahu teran macam first tadi..kalau putus2 baby tak akan keluar....Fuh... kali ketiga, ambil nafas panjang...teran sekuat hati ( aku tak tahu rupa aku macam mana time tu, mesti huduh semacam hahahaha..) sekali nafas jew tepat jam 5.50 baby dah kuar.....terus dengar Doctor, nurse, hubby...Alhamdulillah dah, dah habis...tahniah dah jadi ibu.... serius aku tak rasa bila baby keluar, yang aku perasan, bila Doctor angkat dan letak baby kat dada aku time tu perasaan susah nak digambarkan airmata kesyukuran .... Sempat cakap kat hubby " Anak kita "

Masa doctor angkat baby, baby nangis bila doctor letak kat dada baby diam...pas tu Nurse ambil baby....dia nangis balik...

Time peluk baby tu, baby buka mata...time tu rasa bahagia sangat-sangat, rasa dunia nie milik aku yang punya...lembut je kulit die....baby jegilkan mata tengok aku ( walaupun baby tak nampak lagi )..baby nak tunjuk kat ibu betapa comelnya dia.....dan saat itu terasa sangat kebahagian hati seorang suami.... Nurse ambil baby dari dakapan aku bagi Hubby azan/iqamatkan baby... 

Berkat doa semua ..(^_^) .Syukur Alhamdulillah baby lahir dengan sihat Alhamdulillah sebab aku bersalin normal 


Dah sakit tahan contraction...ingat baby dah keluar sakit 100% hilang, rupanya tidak lagi....kena jahit lagi sakit, lagi sakit dari beranak...tapi Doctor tu memang ramah setiap kali dia nak jahit dia akan bagitahu so aku bolehlah kuatkan mental....nasib baik 6 jahitan ..so aku boleh bayangkan macam mana 6 jahitan tu... sebelom ni tengok orang lain kena jahit...now diri sendiri baru tau sakitnya...hahahaha....

Kalau ingat balik agak mengerikan, tapi bila dah dalam situasi tu tak fikir dah ngeri atau tidak...yang penting baby cepat keluar and selamat...bila dah berminggu belalu, rasa macam nak gustan balik...sweet memory yang indah - indah tu... first time pegang baby sendiri....hubby temankan aku besalin juga 1 memory yang indah (^_^) ..tnx sayang..


Taraaaa... Fresshhhhh baru kuar dari perot ibu...
time ni ..pipi baby kemerah merahan ..



                                                    
             Lilypie First Birthday tickers
                                          My baby 2.76kg ... lahir 29 Mei 2014 jam 5.50am


Selepas melahirkan baby ..boleh pulak aku minta milo panas kat nurse tu, rasa lapar sangat minum 2 cups ok...!! Bila baby dah siap ..ready nak naik wad balik, baby tidur jak.... nak sangat2 pegang dia, tapi masa tu badan lemah sangat hanya mampu tengok baby.... Hubby dah tunggu kat wad, bila semua dah ok, hubby bergegas pulang kerumah ambil mama ngan bapa.... 

Sebak tak terkata bila tengok mama ngan bapa pegang baby... buat kali pertama mereka memegang cucu sendiri.... after 2 month mama bapa jaga aku ayat pertama bapa pegang baby 

" kenapa begini rupa kami ni atok " ...  Mama pulak terus tukarkan baju dan pampers baby...sebab Baby dah uk..uk... (^_^) 



Tnx all (^_^)..
noktah publish!!!....

Saturday, February 22, 2014

:: My First Baby ::



Assalmualaikum dan salam sejahtera....


Siapa yang tidak teruja nak jadi seorang ibu.... Allah telah menjanjikan bermulanya sakit wanita yang akan melahirkan anak, sedikit demi sedikit dosanya akan diampunkan Allah. Now baby Jie dah berusia 26 minggu...


diawal usia kandungan, alahan taklah teruk sangat... morning sickness tak teruk sangat, kalau pagi2 memang tak rasa apa-apa, cergas semacam.... hari - hari masak untuk hubby.... tapi yang payahnya kalau petang asyik nak muntah... tengah malam asyik pegi toilet, hubby tidur pun dah tak lena.... asyik terjaga.... lepas tu tak suka hidu atau terhidu bau makanan or masakan yang wangi, memang tekak akan loya.. makan sikit pown boleh keluar balik . Aku boleh terima makanan yang aku masak saja....

Balik dari kerja aku akan baring terus kat sofa, or bilik.... sampailah hubby balik, tak mampu nak buat apa...serangan seterusnya ... demam berhari-hari, sinus pun serang.... batuk yang teruk sampaikan kat tepi katil letak baldi untuk buang kahak.. tidur pun tak boleh nak baring, tak boleh nak bernafas sangat  ada kalanya jam 3 pagi ke klinik ambil nebuliser ....en suamilah yang temankan... sekali hubby post gambar ambil neb kat FB... bertalu2 terima call dari family...




Ntah bila masanya hubby ambil pic nie.... bila dah sihat baru nampak kat FB



Tak cukup dengan itu... awal2 kehamilan, sangat - sangat sensitif... senang menagis kadang - kadang hangin tak tentu pasal... sikit - sikit sedih nak mama...nak mama, sabar je la en suami melayan kerenahku.... pernah sekali time demam ..masa tidur Jie mimpi mama datang jaga Jie kat rumah, bila terjaga cuba tengok sekeliling tak da sapa2 , terus menangis teresak2......terkejut suami yang tengah mengemas ruang tamu, puas hubby tanya mengapa..last2 jawab ...nak mama ... kalau ingat balik mengada-ngadanya aku..

Bulan ke empat kehamilan, dah sihat seperti sediakala..... pening2 mual2 dah tak ada..
sampaikan kadang - kadang bergerak aktif lupa pulak yang ada baby dalam diri....  Nak tahu?? memang saat mengandung adalah saat yang paling indah dalam hidup seorang wanita, kalau boleh setiap saat detik rasa nak share dengan hubby... walaupun dah tengah malam, kalau baby bergerak sanggup tarik tangan hubby letak kat perut... nak bagi hubby rasa baby bergerak..  setiap jam 9 malam...hari2 pulak tu baby akan bergerak aktif... suka sangat bila baby gerak2..  

Oklah penat dah membebel ni...

Nak share pic 4D baby Jie..... ( ade juga orang tak faham macam mana nak tengok pic nie )
happy sangat - sangat, sebelum ni Jie hanya buat untuk orang lain... scan baby orang, edit gambar ...buat vd untuk orang lain....,now my turn pulak.... sesiapa berminat nak scan baby cenggini , email kat Jie...nanti Jie bagi detail ...Pakej VD + Picture paling best buat 3d/4D ni, gambar clear 24-28 minggu...area Cheras & Kajang .

ENJOY ......!!

Ayah baby kata , pic baby nampak paling sweet...


Anak ibu kuarkn lidah (^_^)


90% masa yang ada untuk tidur... ye ke ??


Ayah baby kata.... hidung baby macam hidung ibu baby


Suka tengok picture ni, macam muka ayah baby


Its a girl or boy ???




Uhu... nak tunjuk kuat nie ....cayang baby..



Hubby, bapa...mama, adik2 dan doctor kata baby macam muka Jie..... hahahaha, tak sabarnya nak tunggu baby lahir, 14 minggu saja lagi...nak tengok betul tak sangkaan mereka2 ... makin hari makin sayang.. Syukur Alhamdulillah atas anugerah yang Allah berikan. 


Ok ...nanti sambung lagi.....

Thank all ..