Friday, June 15, 2012

Updates (^_^) JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA

Assalamualaikum wtb dan salam sejahterah...


Kesibukan melanda diri ini, banyak report yang kena siapkan sebelum gi holiday.....nak pasing kat my boss, dah bersawang blog saya nie, Niway...semoga sihat2 selalu (^_^)


eksen nak tayang braces ....hihihi bukannya nampak pown!!!!



Now setelah pakai braces hampir 2 minggu, sakit tahap gaban sudah x dirasai (^_^) dengan jayanya boleh makan sesuka hati..cuma masih kurang selesa, sekali suap makanan rasa macam semak jak kat dalam mulut, paling best dan tak boleh blah, hari keempat pakai braces....disebabkan tak tahan sangat dengan kesakitan, Jie tarik braces sampai ada yang tercabut...OMG, jangan tiru aksi tersebut kerana ia akan menganggu rawatan... (^_^), untuk rujukan Jie selalu tanya orang yang dah lama pakai braces...doctor Philips dan staff nurse ( Afiqah )......

Tiba2 aku dapat sms nie dari adik ku...

" (^_^) aq mngis tnda gmbira, kakak q bgia ...lucu tau, bpa gna handfre,
 g dgr, ngn aq skli, xfham dah pck ckp " ( aku menangis tanda gembira, kakak ku bahagia...lucu, bapa guna handfre bagi aku dengar , tak paham sangat pakcik cakap )

Hal ini berlaku ..ada sedikit perbincangan antara family saya dengan my BFF, cerita orang tua..malas nak masuk campur....tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, just tunggu keputusan family yang lain..hik3x...
...(^_^), hajat pakcik dah lepas nak sembang wit my father, pada mulanya pak cik selalu tanya saya
" ayah faieza, paham tak kalau pakcik cakap " (cuba saja la, belum cuba belum tahu, ) 
akhirnya DONE!!!, anda semua dibenarkan bertandang ke Sabah !!! Now masing2 tengah sibuk buat persediaan...nak sambut tetamu dari jauh...(^_^), dan tentunya aku pun sibuk survey sana sini, beli 2 3 4 5 barang yang aku suka untuk raya nie.....hik3x 

Jom layan....

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Tnx sebab sudi membaca,
sekian ...

wassalam...

8 juta comment :

ctk said...

wah, dh pkai braces ye..makin lawa la pasni ye :D

Himawari Mirsada said...

bkn mencr yg sempurna,tp ckup skadar sdp dipanndang =)

Faieza Maddaru said...

ctk : uhu...x cantik pun, cuma selesa je la pas nie..hihihihi

Faieza Maddaru said...

elyana mirsada : amin2x.....sejuk ati...

ejulz said...

tahniah.. :) menerima seadanya perlu ada pada dua 2 pihak.. kalau sebelah pihak je yg menerima seadanya xkan menjadi jugak.. :)

Anonymous said...

Kau emangnya ndak akn bhagia selamanya

Faieza Maddaru said...

ejulz : insyaALLAH semoga diprmudahkan :)

Botak said...

kalau diri sendiri tak sempurna., jangan memandai cari yg sempurna.,
memang takkan jumpa lah jawabnya., :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment