Assalamualaikum...dan salam sejahtera
Salam Aidilfitri (^_^) updates sekali gus...
2 minggu berlalu, aku jadi sawan tunggu cuti raya ...jasad saja ditempat kerja tapi jiwa di_Sabah sudah....
Excited yang pertama....
Alhamdulillah sampai juga di Lapangan terbang Kota Kinabalu, first time ikut penerbangan ke Kota Kinabalu....My cousin yang ambil gie airport, sempatla juga pusing-pusing di bandaraya KK, sebelum naik bas jam 1.30pm ke Lahad Datu... Seram sejuk dibuatnya sebab first time naik bas express ke Lahad Datu, almaklumlah aku nie daif sangat tentang naik2 bas nie...sejak kecil lagi, kalau nak gie mana2 mesti naik kereta bapa, tak ada can nak naik bas Dyana..huk3x !!!! . Aku balik tak de sapa sangat yang tahu, melainkan my hincik azxforces ( sebab dia yang hantar gie LCCT ),Cousin aku ( sebab dia yang ambil aku kat airport KK )...then my big boss ( terpaksa bagitahu sebab aku sampai LAHAD DATU jam 11 malam...takott!!! ) .....
| Singgah dulu..sebelum berambus!!!! |
Adik-adik ku tekejut badak...tengok aku balik . Aku bagitahu diorang aku balik Sabah15 ogos.....Tapi 13 ogos tu aku dah berambus dari KL..... happy sesangat, time aku balik...family tengah buat persiapan tuk sambut raya...sempatlah juga aku tolong mama jahit kain langsir rumah tahun nie....warna pink lagi tu.
Dah jumpa family mestilah happykan...rasa lega, tapi itu belum berakhir lagi.....excited pula tunggu nak balik kampung bapa & mama.... bertapa gumbiranya aku, sampai tak terkata syukur Alhamdulillah...setelah 5 tahun akhirnya dapat juga aku menyambut 1 syawal dengan family tercinta ..., aku share gambar saja la na...
| Semangat nak balik Kg Bapa, di Pulau Larapan... |
| Mood : Memberanikan diri...berdiri diatas bot yang terhoyong-hayang, hihihihi...lepas my laling snap...terus duduk diam2 |
| Pulau Larapan... mengambil masa 25 - 30 minit dari Pekan Semporna.... time nie aku dah set dalam kepala, petang nanti aku nak jelajah jeti tersebut!!!!! nak berada ditengah- tengah laut.... |
| Tak nak menghampakan diri..lepak jugalah sebentar, walaupun tak jauh...lebih kurang seratus meter dari rumah family.. |
EXCITED Tak Habis - Habis lagi..
Dipagi SYAWAL .....(^_^)
After 5 tahun....raya 2012 , aku dapat juga gie sembahyang raya dengan family....kalau tak pagi syawal tu aku akan berada dalam perut kapal terbang...hihihihi...niway syukur Alhamdulillah....lebih mengembirakan aku, bila raya kat kampung bapa ( setahun sekali kowt balik sini...kadang2 bertahun2 tak balik....so kalau ada peluang tu jadi orang jakun la sekejap...) berbalik dengan pagi syawal tadi....
Aku generasi yang ke_5 kat Kampung.... hanya generasi yang pertama ( pengasas kampung ) yang telah tiada..Ayah aku generasi yang ke_4 . Senasip ...moyang, atok, bapa dan aku sendiri merupakan anak sulung setiap generasi....hihihihi...
Dikampung ni, adat orang bajau itu masih kuat....dan masih teruskan , tanpa ada sedikit pun perubahan....seperti biasa pagi raya akan didahului dengan solat sunat hari raya....dan seperti kebiasaanya yang menjadi imam adalah moyang kami...
| Sudah tentulah ini semua family aku...lepas sembahyang, kami akan bermaaf2an di masjid.... mengikut turutan , kalau nak salam kena duduk elok-elok.... baru nampak sopan..... (^_^) |
Bila dah perot kekenyangan disebelah petang tu, memang berehat sajalah....tunggu masa nak berambus gie kampung Mama pula di Pulau Bum-Bum..... sementara tu sempat la juga snap pic nie...
EXCITED Tak Habis - Habis....
Petang tu kami terus balik kampung Mama....kat sana tak da yang best sangat....cuma happy sebab jumpa family , cousin2 aku yang bertahun2 tak jumpa...time ni lah kami mengeratkan hubungan sesama kami..
EXCITED Tak Habis - Habis..
beraya sakan dikampung mama...lepas balik umah bapa..meniti hari2 berlalu, time beraya dengan sahabat2 sepermainan pula...bukan senang untuk kami berkumpul semula...di musim perayaan...Alhamdulillah tahun ni impian menjadi kenyataan...
| Rasidah + faieza + saidah + monaidah + huzaimah = Siti raslinda moniza last kitaorang jumpa semua...masa upper six dulu.... |
| Alang2 mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lenggan...MERDEKARAYA.. |
EXCITED Tak Habis - Habis...
My bestfriend...dah kawen...(^_^) aku panggil die " Arabela "....kalau jodoh tak kemana...mereka berdua nie couple sejak fom 4 lagi...aduyai...lamanya.... jadilah aku photographer yang tak bertauliah...
EXCITED Tak Habis - Habis.....
Family pula buat rumah terbuka...di hari raya yang ke6.. tugas aku tolong mama masak then yang pling penting adalah MAKAN..... Tak sangka rumah terbuka yang tak berapa nak terbuka ini, menemukan aku dengan guru2 ku masa sekolah dulu...wadduuhhh 6 tahun ndak jumpa dorang, enam tahun jugaklah aku tinggalkan sekolah ku....
| Ini angkara malas mau sterika tudung....baju warna lain tiba2 tudung warna hijau...(^_^) |
| Baju raya yang aku jahitkan untuk adik2 aku...comel kan???? hihihihihi... Baizurah...Aku...Luzimah....Hasnawiah.. |
| Hihihihi...OTW nak gie airport Sandakan...terjumpa ngan anak saudara aku, yang fes time jumpa..(^_^) Nur Alisya |
P/s : Kadang-kadang tidak semua perkara yang menbahagiakan itu milik kita....oleh itu sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita perolehi (^_^) insyaAllah .....

4 juta comment :
salam hari raya .......
da pki braces ek. bestnye
Salam sejahtera. Saya Awie Omar dari awieomar.blogspot. Baru follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Tak perlu buat apa apa entri. Hanya follow blog "Awie Omar" dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Harap sudi la menyertainya. Ganjaran pasti ada untuk pemenang :)
Hidup sabah!