Friday, September 23, 2011

Lepas ini Nak Beli and Makan tak??

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua 

APA AKAN JADI..... Kalau binatang ada facebook .. agak2 apa status mereka ?
 
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah
CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~
KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sape bapaknye. I bingung nk jwb ape. I sendiri lupa bapaknye sape..
AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupe wat kenduri arwah untuk aku ye…
NYAMUK lagi : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa~             
KUCING Jantan : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
BABI : Aku bengang btol la...dye gi pijak taik kucing tapi nama aku yangg disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yg berak kt depan umah ko .. tension2..
Hi...nasib baik binatang tak ada facebook, itu hanya iklan semata - mata..ni nak cerita sal ais krim yang orang selalu orang jual kehulur hilir (*_*) yang biasa terjadi di kawasan kampun - kampung , bandar pun ada juga la...semua orang suka makan kan3x.....sedap, lagi sedap kalau makan dengan roti kaya ..apa yang Jie nak kongsi disini, adalah....mengapa Jie memilih dalam pencarian ais krim seperti ini..maksudnya makan tu ....makan juga, tapi tengok penjualnya dulu.
Terlebih dahulu, nak bagitau orang yang dalam pic diatas
tidak ada kena mengena dengan n3 ini, ini gambar Jie skodeng kat google




Nak tahu apa ceritanya?? 
Kejadian ini, belasan tahun yang lepas.....yang menyebabkan kesannya sampai sekarang, Jie tinggal kat kawasan FELDA, so adalah orang jual benda nie, pusing-pusing keliling kampung dulu harganya 50sen 1 kon tu....sekarang tak tahu la pula...Jie tak pernah nampak atau jumpa lagi orang perempuan jual benda ni, selalu lelaki, bercerita pasal lelaki....apa yang korang fikir ??

Straight to the point....tetapi sebelum itu ( sila baca ayat seterusnya hanya dengan 1 nafas )
Dalam perjalanan dari kampung A ke kampung B...tetiba penjual terasa nak buang air, dah tak ada tandas ...sepanjang jalan singgah sekejap kat bawah pokok...lepas tu tak basuh apa pun termasuk tangan, sambung balik perjalanan...dalam perjalanan sampai kat kawasan perumahan, lupa dah apa yang dia buat tadi ( bukannya nak pergi cari toilet/atau singgah tumpang rumah sesiapa nak basuh tangan )...jalan - jalan pusing kampung sambil bunyi tit...tit..tit, maka banyak lah orang nak beli tambahan pula kalau musim panas....lupa dah penjual tu tadi buang kan??? mestilah dia pegang, pas tu tak basuh tangan....jual ais krim pula ,kalau nak masukkan krim dalam kon tu, tangan mana yang akan pegang kon tersebut???

Tobat!!!!!! hehehe, Jie just nak share je kadang - kadang ada juga sahabat Jie tanya dan kata Jie memilih mengada2 tebiat nak mampus !!!, nak juga ais krim yang dah siap kena bungkus (entah bersih ke tidak !!)...kalau kalau pesen macam ini, atau kat Mcd ke...tengok orang tu pakai cover hand ke tidak hehehe. So lepas ni jangan tanya mengapa Jie mengada - ngada , walaupun tak sama dan tak semua orang macam tu, namun sejarah tetap sama dan tak akan berubah ...

n3 ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana2 syarikat aiskrim...hahaha..
Sekian,

Wednesday, September 7, 2011

Melatih Diri Untuk Tidak Menjadi Sombong



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua


Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan meninggi diri...bila ada org memberi pujian maka jawabla dengan merendah diri , seperti tercatat dalam hadis sejahat-jahat manusia adalah manusia yang tidak mengerjakan solat dan sombong, kadang - kadang kita tidak sedar akan setiap bait perkataan yang kita ucapkan...memek muka atau tingkah laku kita membuatkan kita jadi sombong secara disengajakan ataupun tidak ..




Contoh situasi dan jawablah


1- Awak ni catiklah, sweet sangat...jawablah emm pakai bedak, cuba tak pakai kamu pun takut nak tengok
 
2- Wah besarnya kereta kamu, kereta baru ye ...jawablah Ye..tu pun kereta bank, tiga bulan tak bayar dia tarik la balik.

3- Subhanallah merdunya suara kamu jawablah.... Suara ni Allah bagi pinjam je, bila2 masa je kena tarik balik.

4- Bestlah kamu naik pangkat dapat jawatan baru hebat!! jawablah ..Best kamu kata, esok lusa akhirat nanti Allah tanya tanggunjawab aku ni.. 

5- Wah kamu lulusan luar negeri, pandai2x...jawablah ( Ilmu saya nie pun, orang lain bagi...xde orang mengajar , xdalah ilmu saya pak Ji )

6- Cun la, awak nie ..masuk campus ngan kereta sendiri ..jawablah ( Kereta Ayah I la, I guna..my father yang bayarkan )


Macam mana kita nak tahu diri kita atau orang lain sombong 


Situasinya :-


1- Cantiknya kereta kamu Mat, dijawab pula.....( Tengoklah kereta siapa ?? ) cuba orang lain kata eh buruknya kereta kamu....dia sendiri pun tak akan mengaku itu keretanya


2- Alooo pendeknya kakak dia, mana 1 kakak mana 1 adik nie...adik menjawab ( Hihihihi...itu pun buat-buat rendah, cian akak )......


3- Sedaplah suara kamu...orang sombong akan menjawab ( Itu baru sikit...belum tarik lagi..)


4- Aku tengok anak kamu yang no 2 tu...makin besar makin cun pula....orang sombong akan kata ( Semua anak2 aku memang cun2 belaka, hang takda dua puluh ribu hang diam )




Jika ada org yang meninggi diri,bolehla kita juga meninggi dari dihadapany agar org itu tidak lagi meninggi diri dan x terus bangga diri..contoh ayat dan situasi  :- (Ni tuk ketogeri makcik2 or sesiapa yang suka cakap lebih2 )


Cik Kiah : ni ha, anak aku beli kereta besar...x tau keta ape, belakangnya pad pad...alpad kalau tak silap, tak tau muat ke jalan kat kampung ni, nk juga beli kereta besar...


Senah : emm anak ada duit, anak sy yang no 2 tu lagi 1 , dia beli helikopter..tak tau la nak mendarat kat mana ..kat padang la kowt..... ( insyaAllah orang tu xkan sebut lagi pasal alpad tu dengan niat kita, tak mahu Cik Kiah akan terus dilebal " Joyah "...)
Tetapi sombong yang digalakkan dalam islam dan sebagai wadah kehidupan adalah sombong seorang isteri ...sombong yang bermaksud " Tegas "...sedar bahawa diri sudah bersuami, begitu juga dengan seorang suami yang baik (^_^).Banyak lagi ni nak kongsi...tapi hari ini cukup setakat ini dulu ya....Semoga ALLAH menjauhkan diri kita daripada sifat sombong dan angkuh...

Tuesday, July 5, 2011

Tips Untuk Kening yang Macam Sabut Kelapa

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.....
Dihari yang penuh ceria ini...Jie nak kongsi sedikit tip kecantikan yang tak berapa nak cantik untuk anda....
tak banyak pun, cuma disini Jie ingin berkongsi bersama anda...Macam mana nak buat kening tak jadi serabut...pendek kata ' kemas ' ...la, lebih - lebih lagi yang kaum hawa, penampilan diri kena jaga .....

Orang selalu kata kat Jie
" Kening awak hitam sangat la "
" Kakak pakai celak ( pelukis kening ) ya "
" Hitam pula kening mu tu "
" Kening Jie tak ya cukur dah tebentuk pun " ( kalau ada show )
" Kemasnya kening akak, senang kerja sy kak "....
kadang-kadang tu siap tonyoh - tonyoh kening Jie nak tengok ade kesan pelukis kening ke tidak...

Pedulikan dengan ayat mereka tu, ya Allah ya tuhan ku sesungguhnya pujian itu hanyalah milikmu, hindarkanlah hatiku dari dari perasaan riak...Tipsnya sungguh mudah, tapi SILA JANGAN TERKEJUT OK!!!!....mungkin bagi yang firts time dengar mesti fikir, pengotornya ...tak ada cara lain ka?? . Dulu kening Jie serabut juga macam sabut kelapa...

Tip untuk kemaskan dan hitamkan kening

Rajin2kan tolak atau angkat kening menggunakan jari anda,(macam dalam gambar disebelah nie ) amalkan selalu tau....lepas tu kalau nak hitamkan lagi kening tu, selepas mandi dengan menggunakan jari letakkan pada lidah sehingga jari basah kemudian kemaskan atau sapukan pada kening anda....


InsyaALLAH....akan menampakkan hasilnya, Jie amalkan cara nie, sejak dibangku sekolah menengah lagi...petua dari nenek Jie, dan juga Ayah ( ayah amat prihatin dengan Jie ngan adik2 ).......semua adik2 Jie mengamalkan cara yang sama, sebab tu bila orang tanya cukur kening ke?? OH TIDAK!!!!!....

Pengotor????.... ala air liur sendiri juga, bukan suruh ambil liur orang lain pun, hahaha.....Masa tinggal diasrama dulu, kalau pagi - pagi tu, nak bersiap pegi sekolah, masing - masing depan cermin, adalah juga orang tegur...lama-lama dorang pun join berkaki- kaki...Hana pun sama, kata Jie pelik...pelik tu la yang bagus..

Selamat mencuba, InsyaALLAH kalau anda selalu amalkan hasilnya akan memuaskan hati, Jie amalkan benda nie sejak dibangku sekolah lagi lebih kurang 10 tahun yang lalu, so kalau korang mula sekarang 10 tahun akan datang korang akan nampak hasilnya....kalau umur anda ketika ini, 10 tahun...umur anda 20 tahun nanti cantiklah kening anda...kalau umur korang dah 90 tahun sekarang..agak-agak 10 tahun lagi anda masih hidup tak?? jangan marah gurau jak...

Sebenarnya nak tunggu hasilnya tak adalah sampai begitu lama, yang penting korang rajin amalkan InsyaALLAH nampaklah perubahanya..tak perlulah tunggu bertahun-tahun lamanya


Sekian Terima kasih..jumpa di_n3 yang lain...:)


Sunday, June 12, 2011

Jangan Tikam Saya Dari Belakang

Assalamualaikum wtb dan semalam sejahtera kepada anda semua...


 
TIKAM BELAKANG ??

Sila ambil pisau, tikamla sesuka hati....hahaha, nak tahu apa maksud sebenarnya walaupun korang dah sedia maklum apa maksudnya...sila tanya puan google ke..cik Wiki ke...apa2 saja la..
Kalau korang jumpa manusia jenis macam ini, say je kat diorang!!!!
  • tak perlu gentar dan cepat melatah dengan sikap manusia yang gemar mengutuk atau memcerca org lain, sedangkan manusia itu tidak punya apa2...:):)
  • jika mengaku kalah..bukan bererti KALAH, biarlah kalah disisi manusia , tetapi menang disisi Allah sy kan temui hikmahnya, yg cukup manis daripada kutukan kamu...:):), sayalah hamba ALLAH yang paling gembira ketika ini, kerana dapat melawan manusia seperti kamu....
  • kutukan2 kamu itu tidak akan mengoyahkan saya sedikit pun :-)   :-)

Monday, May 23, 2011

Jom Masak..SHARK!!!!!

Assalamualaikum..

Ha......ri nie Jie kongsi sikit sal 1 resepi yang amat popular dikalangan suku bajau nie..dengar khabar suami kak Wafikah pun orang bajau juga, tapi tak tahu la pula bajau area mana walaupun suami beliau orang bajau, kak Wafiqah tak pernah dengar apa itu " Sinagol "hihihi, suami akak tak suka makan kowt....niway tanak panjang cerita jom Jie terangkan secara ringkas apa kejadah jenis resepi kali ini.

Sinagol nie, sejenis makanan yang istimewa bagi suku bajau, lebih sedap kalau dimakan dengan putu ( ubi kayu kukus ), sinagol juga adalah dari sejenis ikan iaitu ikan YU, jerung!!!!!!......tpi bukan jerung yang makan orang tu, ni anak2 jerung yang tersesat dilautan yang cetek , dalam bahasa bajau kitaowg panggil " Kalitan "...ikan nie bukan senang nak dapat tau, sebab tu la harga dipasaran agak mahal...Hari tu Jie beli 2 ekor ( saiz kecil ) je dah rm10..


BAHAN - BAHANNYA
  1. Ikan Yu
  2. Serai ikut sesuka hati je nk letak banyak ke tidak
  3. Kunyit hidup @ kunyit serbuk 
  4. Garam/aji sekucup rasa
  5. Cili...lagi pedas lagi pedas...lagilah sedap.
  6. Kuali / periuk untuk memasak..
  7. Bawang merah
  8. Minyak masak
 CARA MEMASAKNYA :-




Terlebih dahulu bersihkan ikan tersebut, asingkan hati ikan tersebut....setelah dibersihkan rebus ikan sehingga masak. Setelah masak sejukkan ikan tersebut dengan merendamnya kedalam air yang biasa, sambil itu buangkan pasir yang terdapat diatas kulit ikan tersebut, dengan mengosok perlahan2...








Setelah semua pasir2 yang terdapat, diatas kulit ikan tersebut sudah tiada...hancurkan ikan tersebut seperti gambar rajah diatas, jangan risau tulang ikan ini, tidak membahayakan jari2 anda...macam tulang sardin jak tu







Sementara itu, sila tumbuk atau kisar ( bawang merah, cili , kunyit hidup dan serai ), rujuk pic diatas


Sori kuali ni gelap sikit, kalu Jie masak api selalu pasang kuat kikiiki..baru terasa nikmat memasakny
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk atau dikisar, kemudian setelah naik bau, masukkan hati ikan yang telah diasingkan tadi .Sambil mengaul bahan2 diatas dalam kuali dalam masa yang sama, hancurkan hati ikan yang telah dimasukkan.

Setelah bahan2 yang ditumis separuh garing masukkan ikan yang telah dihancurkan tadi, gaul hingga sebati..masukkan garam dan aji secukup rasa .




SELAMAT MENCUBA !!! Selain itu, resepi ini boleh digantikan dengan ikan pari atau ikan buntal


Ikan buntal ni kiut je kalu mengembang, tapi if korang nak makan kena pandailah untuk membuang duri2 ikan nie, kalau tidak matila korang, duri ikan buntal nie, berbentuk ( korang tengokla lambang mercedes benz ), tidak ke naya kalau tetelan. Kalau ikan pari no komen la, mudah untuk di bersihkan..rasanya boleh tahan juga


Saturday, April 30, 2011

Radiation part 1

My first posting (HKKB) tenok film dulu, ok ke x ok ..baru bagi doc @ pt
Assalamualaikum
Hai…korang tau x medical imaging tu ape ?? belajar sal ape?? Jom nk share sikit, first time dulu…Qu pun blurr juga dengan ‘ medical imaging ’ nie,Isi borang masuk IPT, dengan bertemankan my parents tercinta….isi punya isi nk mbik kos ape, g la tanda kat physiotrpy,

balik rumah entah mana dapat hidayah nak tukar kos pula, time tu juga call en.remy bagtau nak tukar kos…ambil la medical imaging, sebenarnya masih blurr lagi tau…sebab bila ingat hospital fokus pada dokter, dan nurse je..!! staff lain Qu x mbik kira da…masuk sem 2, bermula dunia ku di medical imaging..best sesangat x nyesal mbik kos medical imaging..first posting Qu dapat government hospital, first time kendalikan general  xray , uhu pengalaman yang x bole ku lupa sampai bila2

standard_ la kan mula2 belajar ,CXR je yang bole..hahaha, tp nasip bek la first posting tu dapat government kan, repeat pun…x kisah hahaha, sepital kaya  ambil la film berapa banyak pun. But yang seelok-eloknya kurangkan repeat yer…kesian kat patient, kalau hospital swasta memang kena jimat film, kedekut !!!
Jadi radiographer  ni, kerja  senang jew, but kena kuat sikit lor..kang datang patient yang kat troli yang agak debab sikit, x ka naye dibuatnya…..pernah juga jie dapat patient yang saizny jauh berbeza daripada jie ..owg puteh biasalah rangka besau2, nasib baik buat CXR jew tu pun cassette tak muat, apex of lung dia x masuk la, CPA dia cut lor…uhu kena mbik separuh2 pas tu pandai2la radiologist sambung film tu  hahaha…

Ade gak owg x tau ape tu radiographer …adeh2, pernah sma ngan memba lama b4 masuk kelas      “ok la, nnti kita sms...jap g kelas anatomy nk stat da  ”
“ anatomy tu ap? Pelik je dengar kelas buat bom ke ” memba ku x puas ati masih ntar sms
Adeh2..klakar juga time tu…bgtau la kat dia, klas anatomy tu kita blajar sal suma part yang ada pada tubuh badan manusia..
Tak cukup ngn tu ade lak owg tanya “ radiographer ” keja dia apa?? Buat radio ya..Uhuhu…rasa mcm nk gigit2 jew kan!! Xplain la kat dorang eksen macam dah tau sangat sal JXR..hihihi..
Korang penah x mbik x ray??? First jumpa radiographer tu ape soalan yang dorang tanya ??( kita mbik contoh CXR tau AXR )


Soalan petama if awk pempuan
·         Cik x mengandung ke ?                                                                                                                          
if korang y x kawen bila dengar  soalan tu, korang marah x ? mcm nk gigit2 je JXR tu kan..

·         Klu JXR yg baik sikit dorang kan tanya “ bila tarikh last cik datang bulan ? ” soalan x ganas tpi maksudnya sama jew nk tau korang pregnant ke tidak….klu korang tak ingt tariknye,hah cari sampai dapat!!!

Kalau lelaki pula ?? lelaki best sikit tak ya tnya pregnant ke tidak or LMP dia bila…juz suwuh diorang bukak baju je, opss!!! Sila jangan lempang or terajang JXR tersebut ya..dah memang keja dorang macam tu, skrip suma sama jew…itu prosdr kami bekeja if korang nk mbik CXR..nasib baik la dunia sekarang dah moden, kalau tak,macam diera 40an lah la korang mbik XRAY bogel depan JXR….klu tengok buku2 sifu2 qu kat Hospital suma buku itam puteh,mesin pun zaman kuno punya.Tapi kat Malaysia nie,masih ada Hospital yang mengamalkan sistem bogel bila ambil xray, tidak boleh la dinyatakan disini ya ,kang tak pasal2 korang tanak g hospital tu, lingkup – lingkup !! cuci mata memba2 jie posting kat sana..huhuhu..

Kenapa perlu tanya soalan2 tu, kenapa kena buka baju..??
Ibu2 bapa2, adik2 …kena tanya, klu JXR x tanya, korang kena bgtau yang korang sedang pregnant…radiasi tu boleh membunuh sel pertumbuhan baby tau lebih2 lagi yg first, second, 3rd sem sian kat baby lor, x pasal2 pula bby lahir x cukup sifat…penah ad kes belaku, ade sorang pempuan nie buat AXR,…JXR tanyala mengandung ke tidak, sebab npak gayanny mcm tengah sarat, pompuan tu kata TIDAK!!….sain la borang kata diri x mengandung..last2 bila cuci film nampakla tulang baby yang ade dalam perot dia..kejam sungguh pempuan tu.

Perlu bukak bajunya dong, sebab tanak ada artefact kat film ok…kowt2 la ade jarum ke, pin ke kat baju korang..bek buka awal2 kang kalau gambar tak cantik ada bendasing pula tu, x pasal2 korang kena mbik sekali lagi, dah dapat radiasi free…kalau dapat JXR or RDgst yang tua dah nyanyok xke dia kata korang ade kanser, sebab ade samting kat imej lung yang ada dalam film tu padahal imej tu adalah pin baju korang jew.. eh...jangan main2 tau, penah belaku gelak qu dibuatnya si ibu nangis2 diberitahu anak dia ada kanser, 2 3 kali kena buat balik..kalau x caya jom tengok picture kat bawah nie.

Gambar x-ray di atas adalah dari perut seekor anjing bernama Molly. Jika diamati terdapat beberapa klip coli (metal bra clips) di dalam perut anjing tersebut. Menurut doktor haiwan yang merawat anjing tersebut, Michael Jefferson, dia mengeluarkan sedozen pakaian dalam wanita termasuk coli dan seluar dalam seberat lima kilogram dari dalam perut Molly.

Banyak lagi nak kongsi nie, nanti kita sambung di lain hari ya, anak jie dah bising nk mamam katanya...:-D elleeehh perasan la pula..hahaha.nk g dinner :-D



Thursday, April 28, 2011

Surat Cinta !!!

                                                                                                            Cinta hatiku
                                                                                                                     P/s 1590,99100
                                                                                                           18 0kt 2007
                                                                                                                                  
Assalamualaikum w.b.t.....!!!

Terlebih dahulu daku memohon jutaan kemaafan sebelum daku lebih lanjut, Melakar coretan yang amat penuh makna. Terlalu banyak DOSA daku lakukan terhadap dirimu , terlalu banyak salah yang telah daku cipta sehingga melahirkan rasa benci disanubarimu, semua atas kebodohan ku yang bodoh kerna hanya memikirkan diriku , daku terlalu berdosa pada dirimu walhal sering membuat dirimu mengalirkan air mata.

Ketahuilah oleh dirimu bahawa sesungguhnya coretan ku ini benar belaka waima lahir dari hatiku yang kuncup segenggam cuma, diriku tak seceria seperti dulu dan pastinya dirimu juga seperti daku kan?? ....maafkanlah daku !!!! 

Akhir kata dari ku, bukan mudah untuk hatiku terhakis dilanda badai...bukan mudah hati ku pudar ditiup sang bayu dan bukan mudah hatiku hancur merekah di panah sang mentari...kerna yang pastu hati ku adalah karang yang tetap teguh menghadapi apa jua dugaan yang menghalang niat suci cinta kita...

Salam rindu dan kasihku untuk mu.....!!!!

                                                                                                                                       yang setia
                                                                                                                                   ~ cinta hatiku ~


Hahaha...mimpi ke ape, x bole blah !!! trimas pada Bicara Pujangga sebab bagi idea ntah ape2 nie, korang rasa best x klu korang dapat surat macam nie, pada Qu ntah pape!!! harap dijauhkan...
  1. Pada adam2 diluar sana, jauhkanlah diri anda daripada menulis surat2 sebegini pada orang yang anda cintai, kerana nampak sangat korang nie sllu mnyakitkan hati hahaha, cuba la setia sikit !!!
  2. Hey ladies , if korang ade BF y macam dalam surat tu....say bye je !!! sah2 dia selalu sakitkan hati ladies.
Hahahaha, kejam x klu macam tu !!!?? sekali skala kejam apa salahnya hihhi...:-) ok la bye adios amigos ngn surat cinta nie..



Sunday, February 6, 2011

MAKE LIFE 100%

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is Equal To :-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Calculat Now!!!


HARD WORK
H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11=
98%

KNOWLEDGE
K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5=
96%

LOVE
L+O+V+E
12+15+22+5=
54%

LUCK
L+U+C+K
12+21+3+11=
47%

Is it MONEY?.....NO!!
M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25=
72%

LEADERSHIP ?
L+E+A+D+E+R+S+H+I+R
12+5+1+4+5+18+19+9+16=
89%


ATTITUDE
A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+21+4+5=
100%

It is OUR ATTITUDE towards Life and work that makes OUR
Life 100%!!!!!

ATTITUDEIS IS EVERYTHING

Saturday, January 29, 2011

Motivasi Hari Ini


DOA Sudahkah anda memohon kepada ALLAH agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan meredhai usaha anda dalam apa saja yang anda lakukan????


USAHA Sudahkah anda benar-benar telah berusaha semaksima atau segigih yang mungkin???

IKHTIAR Adakah anda seorang yang komited dan bersungguh-sungguh?sentiasa berusaha tanpa putus asa serta memikirkan cara-cara terbaik untuk memajukan diri anda???

TAWAKAL Adakah anda telah berserah diri? dan yakin kepada ALLAH serta bantuan???

( " barang siapa yag bertaqwa kepada ALLAH nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluanya sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusanya, sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tipa-tipa sesuatu " )

( ayat : 1000 dinar )
( At-Tholaq 2-3 )

Friday, January 7, 2011

Warkah buat sahabatku Noy Scura!!!

my dear noy scura @ sakura..hahaha..
awys miss u geng..
selamat kembali ke tanah tumpahny darahmu..

tetiba pula...rindu tahap gaban kat ko..
hihiii, wateva pun jng nakal2 tau...
nnti jdi bini urang...jaga laki btul2...jng kasi mkn sardin jak..

kenangan abadi selamanya...

geng!!! walaupun rumah mu d tingkt 6..aku d tingkat 1 d cemara dulu..
ndak juga jdi pnghalang tuk kita lepak2...jalan2..hihihihi..
bnyk kenangan manis geng...knal ko..

1-kita ikut g umah kak wati time kenduri ( warden cemara ),

2-kita camping di kampung pantai kat N9... ikut sama c atuk..(amore)

3-Lepak d L.mall..

4-yang paling best..time puasa, aku datang g umah mu ..sahur ta sama2

5-aku dtg umah mu masak..pastu sayur yng ku masak tu tlbih masin, bab salah blacan geng
(blcn dari perlis)...ndak pula ku tau masin
blcn tu...ko ngn c wini makan juga ..

6-kita sama2 g bukit jalil ..ad ' progrm remaja
bebas jenayah peringkat kebangsaan '

7-Hari wanita sedunia...d KLCC, sempat g kita
jumpa ngn kakak ku ( Siti nurhaliza )

8-masak bubur aym tuk ko ..hihihi, ndak pl ku
sangka time tu ko sakit...

9-kita mam dbilik ku, mkn sardin ngn syur..n
air bandung geng....

10-kita wat puding d umah kak wati..

11- Lepak d pasar mlm LYL...

Bnyk lagi la........muaxxx..luv u noy..
akan ku kenang wat slmnya..
klu ada umur..nnti kita jodohkn ank kita..
ceh!!! jdi besan kita arrr...hahahaha..

Saturday, January 1, 2011

TUTORIAL PRINT SCREEN

Setiap keybord nie ...mesti ada benda nie, jika ada penjenayah or sesiapa yang nak hantar sms ke apa ke yang terus ke skrin laptop ada.....tak yah nak ambik camera then capture, nampak mudah je tapi masih lagi ada orang yang tak tahu nak buat ....

1-  Langkah pertama tengok ...ada tak benda nie kat keybord anda, kalau tak ada sila beli yang baru
nampak print screen tu...tekan sekali je...tekan banyak kali pown tak apa..



2- Lepas tu.....tekan START dan klik kat PAINT







3- Dah buka PAINT.......anda akan jumpa macam ni kan...dan klik kat PASTE




4- Lepas tu SAVE macam biasa....
Selamat mencuba !!!

TUTORIAL _ BACKGROUND BLOG


Assalamualikum wtb,
Mencari identity sendiri di_blog masing – masing, susunan layout , background blog merupakan gambaran identity pemilik blog…comot blog, comotlah orangnya, kemas blog kemaslah orangnya…hahaha pandai – pandai jak kan aku, sebenarnya ia melambangkan ke_kreatifan seseorang itu…dulu aku pun banyak juga rambu ramba yang menyangkut kat blog aku, aku tak tahu pula kadang – kadang ia menyusahkan, lambat betul..!!! dan lagi yang tak bestnya kalau background blog kita ada kembarnya…

Jadi Jie pun nak buat sesuatu untuk blog Jie sendiri….dan hasilnya, lihatlah background blog ku ini..hua, hua….tidak ada duanya, kalau ada yang sama juga Jie tak tahulah siapa tiru siapa…apa yang Jie tahu design nie, Jie yang buat sendiri…ada yang tanya mana Jie dapat background yang boleh diketegorikan kepada ok jugalah…

Kadang – kadang ada juga rakan blogger yang tanya macam mana nak buat, ajar pun …masih kurang faham, senang cerita minta email dan paswad blog korang ..lepas tu bila dah siap…ikut korang  kalau nak buat email atau paswad yang baru…dun wori, Jie tidak menyalahgunakan atau mengkhianti blog anda..InsyaAllah..lagipun Jie pelupa manalah nak ingat semua paswad…kadang-kadang email Jie sendiri pun selalu salah…

Firstly Jie nak bagitahu …Jie buat nie, pakai Photoscape….boleh juga kalau nak pakai adobe photoshop , ini tutorial yang first Jie buat, kalau ada salah dan silapnya serta kurangnya sila betulkan dan maafkan..

_______________________________________________________________________

1.  Buka PhotoScape dan klik MENU untuk membuat picture yang baru, dan saiznya ikut suka hati tapi disarankan agar TIDAK memilih saiz yang besar …untuk tutorial ini Jie pailih saiz untuk WIDTH 300 manakala HEIGHT 480 . Pemilihan warna…mestilah ikut warna yang korang suka





















      2.   Setelah itu sila  DESIGN…motif yang anda suka, kalau nak letak gambar pemandangan , atau cartoon dan sebaginya pun boleh ..terserah anda ..boleh minta kat pakcik Google, untuk tutorial ini Jie pilih design seperti diatas…simple


3.            Langkah seterusnya …COMBINE_kan gambar tersebut seperti berikut…


4.       Setelah combinekan klik pada EDIT, lepast tu pandai – pandailah kemaskan apa yang patut……


5.      Sila…cantikkan, kemaskan  dan tambah apa yang patut ….dah puas hati dengan apa yang anda buat …..silalah SAVE




6- Langkah seterusnya log in ke blog anda....KLIK pada DESIGN ....dan klik  TEMPLATE DESIGNER rujuk picture dibawah 







7- Langkah seterusnya ...akan kelihatan gambar rajah dibawah nie pula













8 - Klik ( 1 )Background .....lepas tu klik yang no ( 2 ) untuk uplod pic yang anda telah buat tadi...


9 -  Choose File untuk uplod gambar yang ada telah siapkan tadi.....dan sila tekan DONE



10 - Langkah terakhir APPLY TO BLOG....then, bolehlah buka blog anda......


SELAMAT MENCUBA !!!!

Friday, September 24, 2010

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai
Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.":::Suara Hati:::

Tuesday, August 3, 2010

:: KISAH BOYFRIEND YANG TAK GUNA ::

Hello sayang..kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abang col hanset sayang tadi??
jangan la sayang merajuk lama sangat, betul...abang tersangatlah rindulah kat sayang..
walaupon muka abang nie agak macho dan comel..janganlah sayang jelous kat abang kalu-kalu ade awek lain yang asyik pandang2 dan senyum2 kat abang masa kita dating.. biasalah tu..




apa???..tak muat?? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi..apasal lak tak muat pulaks?? janganlah sayang risau..duit cincin yang sayang bayarkan tadi, esok2 abang bayarlah kat sayang..sayang pon sedia maklum, abang bukannye tak de duit..tapi duit tu abang dah belikan graphic card baru kat pc abang..RAM pon abang dah beli yang baru..tambah lagi sekeping..kasi power skit.. tu belum masuk nak tukar hard disk baru la gitu!!..



abang tau sayang marah sebab abang yang selamba katak jer, melompat longkang depan kedai apek tu tadi..tanpa menunggu sayang melintas titi.. bukan abang tak gentlemen, tapi abang cuma memeriksa kalu-kalu ade bahaya diseberang sana.. maafkan abang.. tobat.. lain kali abang tak buat lagi..



kes masa kat kedai mamak tu tadi, sorri la..abang ingatkan nak test jer ar mee goreng sayang tu.. soksek soksek...masa sayang g toilet tak perasan pulak, dah habis..sedappppppp!!!! .. tp kan abang dah ganti dgn roti canai kosong abang, tak sedap ke roti canai kosong tu???? udahlah tu... jgn lah merajuk lame2. oh ya!!! hanset kite nie, kita tukar dulu lah ye... abang pinjam jap hanset sayang.. nanti abang tukar lah balik..sayangkan ade handbeg besar, senang nak simpan hanset abang yang besar tu..heheheehee.. hanset sayang kecik, boleh abang simpan dalam kocek abang.. betul!!! semalam abang dah booked tiket citer salon tu, abang ingatlah kan cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la, pasal tu lah tiket dah habis.. 


lagi satu, sampin dan songkok ayah sayang yang abang pinjam untuk hari raya hari tu, kira pinjam terus lah ye.. boleh la gak guna masa hari nikah kite esok2... bukan abang tak nak beli baru, tapi sayanglah... menda elok lagi..buat ape nak beli baru kan.. tapi sayang jangan bagitau kat ayah sayang pulak, ayah sayang sure tak pasan punye sebab nanti abang dye la sampin tu ngan colour lain. .buat masa nie, moto abang masih dalam workshop, entah ape tah pomen tu buat tak ciap2 lagi.. jadi gen 2 sayang nie, kira abang pakai dulu lah ye, utk pergi kerja..




tempat kerja abang kan jauh, sayang pergi la kerja naik LRT pon boleh!!! lagi satu, besok sampai kat opis sayang nanti, sayang tolong bank in kan RM300 kat acount abang ye... bukan ape, gen 2 sayang nie kuat menterkedarah minyak betui.... moto kapcai abang pon tak mcm nie.. ok lah sayang dah cakap lame nie, jangan lupa topup kan prepaid abang nie, esok2 senang... abang nak col sayang lagi..
bye, bye...

Wednesday, April 28, 2010

Bef Day Dia


Kesana Kesini...jie cari kedai kek..
dah la ujan...huhu seram sejuk di buatnya..
Ap y 10sionny...Jie x pakai cemin mata tau cntc lens..
ngt kuar kejap je..tp dah x jumpa kedai tu tpksa la jg...g jauh sikit..
nk baca nama kedai pun susah..nk balik uma, malas la pl..

DUGAAN SETERUSNYA !!!!


Jie dah jumpa kedai tu, ( ala...x jauh dekat LYL je..)
Jie pun masuk la kedai tu...cari2, ade lak y bekenan..
Nak byar...duit x berapa nk cukup...
nk byar pakai kad...kedai tu lak x le..
Tpaksala jg Jie g cari ATM...

ALAMAQ!!!!!!!

ATM...out in servis pl.....
Huhuhu....run2, g L.MALL......
Dah sampai sana, pas mbik duit g pusing2 kat L.MALL dlu..
Kot2 ade y bekenan...ade, tp x sodap kot!!!
Pusing2 sana sini..jpala 1 kedai kek..hu...
besau2 keknya...dah mcm kek majlis kawin jew...

LYL....
Dah xde y bkenan, Jie g balik kat LYL..
Beli la kek tu...mula2 nk bl y wana putih...
Tetiba, npak y coklat..hahaha, ape byar trus la....
beli ap y patut.....

DIHARI KEJADIAN...!!!!

Semangat nk tggu B`day dia....
Kul 12....ctla la jg wishhhhh...kat dia..
huhuhuhu...tp ade sambadi dah mendahului Jie...
Huhu..x kisah coz dia bestfrd dia ( Tahir )
.....

Nak happy2...time tu la demam datang menyerang lak..
dah x excitd sngt...ttp tetap msg ngan dia...
hari tu Jie x g kuliah...dah tau demam dia datangla melawat..
hehehe...

Bagi kek kat dia...
nnyi tuk dia....
hihihihi...
happy sngt bila dia happy...
Tu la kali petama dlm dup Jie...sambut bday
seseorg y istimewa dalam idop Jie......

happy befday cayang!!!
Luv u...