Friday, June 15, 2012

Updates (^_^) JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA

Assalamualaikum wtb dan salam sejahterah...


Kesibukan melanda diri ini, banyak report yang kena siapkan sebelum gi holiday.....nak pasing kat my boss, dah bersawang blog saya nie, Niway...semoga sihat2 selalu (^_^)


eksen nak tayang braces ....hihihi bukannya nampak pown!!!!



Now setelah pakai braces hampir 2 minggu, sakit tahap gaban sudah x dirasai (^_^) dengan jayanya boleh makan sesuka hati..cuma masih kurang selesa, sekali suap makanan rasa macam semak jak kat dalam mulut, paling best dan tak boleh blah, hari keempat pakai braces....disebabkan tak tahan sangat dengan kesakitan, Jie tarik braces sampai ada yang tercabut...OMG, jangan tiru aksi tersebut kerana ia akan menganggu rawatan... (^_^), untuk rujukan Jie selalu tanya orang yang dah lama pakai braces...doctor Philips dan staff nurse ( Afiqah )......

Tiba2 aku dapat sms nie dari adik ku...

" (^_^) aq mngis tnda gmbira, kakak q bgia ...lucu tau, bpa gna handfre,
 g dgr, ngn aq skli, xfham dah pck ckp " ( aku menangis tanda gembira, kakak ku bahagia...lucu, bapa guna handfre bagi aku dengar , tak paham sangat pakcik cakap )

Hal ini berlaku ..ada sedikit perbincangan antara family saya dengan my BFF, cerita orang tua..malas nak masuk campur....tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, just tunggu keputusan family yang lain..hik3x...
...(^_^), hajat pakcik dah lepas nak sembang wit my father, pada mulanya pak cik selalu tanya saya
" ayah faieza, paham tak kalau pakcik cakap " (cuba saja la, belum cuba belum tahu, ) 
akhirnya DONE!!!, anda semua dibenarkan bertandang ke Sabah !!! Now masing2 tengah sibuk buat persediaan...nak sambut tetamu dari jauh...(^_^), dan tentunya aku pun sibuk survey sana sini, beli 2 3 4 5 barang yang aku suka untuk raya nie.....hik3x 

Jom layan....

:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

Tnx sebab sudi membaca,
sekian ...

wassalam...

Tuesday, May 22, 2012

Senyuman Komuniti Braces Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Persediaan untuk say hi kepada Braces...


Nampak GIgi Saya yang tak reti beratur dengan lurus ...


Firstly sebelum nie saya tak pernah terfikir pun yang saya akan memakai pendakap gigi, tetapi disebabkan beberapa faktor menyebabkan saya tergerak hati nak pakai pendakap gigi, sebelum ni nampak orang lain pakai pendakap gigi, takdalah hati kata pelik..biasa jak

izinkan saya membahasakan diri saya dengan " Aku "

Niat ??

Niat ?? disebabkan tanak kutuk aku....." gigi senget ", dulu x seberapa senget ....tapi sejak keempat-empat gigi bongsu tumbuh serentak ( firstime aku rasa sakit gigi..bukan sebab gigi rosak, disebabkan gigi bongsu baru tumbuh )...sakit sesangat, sampai tak lalu nak makan...Disebabkan tumbuhnya keempat-empat maka ia menyebabkan gigi atas aku makin tertolak kedalam...risau juga, sampai malu nak buka mulut..kadang-kadang bapa tegur " awat gigi makin biut ".....selain itu, aku nak mengurang sikap ketagih aku yang suka mengunyah ais batu...( kalau tak makan ais batu dalam sehari, boleh sawan aku dibuatnya.......) selain itu tujuan perubatan..

Terfikir nak cabut semua gigi bongsu, dengan harapan gigi akan kembali kpd kedudukan asal..namun sia-sia, sebab TAKOTTTT....nak cabut 4 batang gigi sekali, 1 batang gigi sama dengan RM500-600, bergantung kepada senang atau tidak gigi tersebut dicabut...OMG!!! tapi Alhamdulillah lepas beberapa kali menahan sakit gigi tunggu nak tumbuh sepenuhnya.....gigi bongsu kini dah besar dan sihat!!!

Petua tuk meghilangkan sakit " letak air garam ditempat yang sakit tu "....bila dah ok , gigi depan pula yang ada masalah....

Sebab nak cantik ??? itu bukan faktornya, sebab gigi aku tak teratur pun orang tetap kata senyuman aku manis...aku minta pendapat kat orang lain tentang nak pakai pendakap gigi...

Mama : Tak perlu lah..nanti sakit ...( tak bagitau kat bapa, sure bapa tak izinkan )
My BFF : Tak payahlah , kita tak kisah pun...awak tetap cantik ( ni bukan masalah nak cantik !!! )
My ex-lecturer : Kenapa nak buat, dah cantik pun...gigi saya lagi senget....( menyesal cakap kat dia !!!)

Akhirnya aku buat keputusan yang aku nak pakai juga, timbah ilmu kat internet tentang braces...dari pelbagai aspek...kaji sedalam2nya, disamping itu aku dah mula survey kat mana nak buat, Doktor ditempat aku kerja ada offer dengan member dia ....masa tu, baru nak mula berjinak2 nak tau sal braces nie, selain survey tempat  kenalah juga tengok harga...kos nya agak tinggi juga...RM3000 keatas...jenuh juga nak fikir...

Bila dah bersedia...dari segi mental fizikal...dan juga dari segi kewangan , aku cekalkan hati.....bertemanakan en azxforces..kesana sini cari...klinik gigi, kebanyakan tempat yang kitaorang pegi banyak office hour...datang je , dah tutup...aku keje pun opis hour je....aku cuti, klinik gigi pun tutup lor, sabar memanti...nak pergi buat kat gov...jangan harap!!!!

Akhirnya dapat!!!! 18 mei 2012
Lepak dengan en azxforces, tak terasa lapar ( biasanya dia melawat aku, if aku nak makan !!! )....
masing2 nak cari idea , tetiba tergerak hati nak pegi 1 klinik nie..kat taman LenSen Cheras...dengan harapan klinik tu tak tutup lagi...bukak je pintu nampak 3 orang berdiri kat kaunter...dua orang pekerja dan sorang tu sure doktor gigi...tetiba mulut aku jadi ringan ....

Aku : Hi Doctor tak sangka jumpa kat sini, doctor apa khabar???
Doctor : Hi..im fine, rasanya I pernah jumpa awak sebelum nie, macam biasa nampak...
Aku : Saya radiographer kat bla...bla...bla..
Doctor : Yes...i rememba dear...( doctor tu mmg frendly ),

Doktor tu , regular patient kat tempat aku bekerja...kalau tak dia sakit, family or staff dia yang datang...aku ingat bebonar Doctor tu, then aku cakapla apa tujuan aku datang situ...then terus je doctor tu periksa gigi aku...then dia xplain lor...GIGI AKU TAK PERLU CABUT, GIGI ATAS SAJA YANG PERLU BUAT, GUD GIRL GIGI TAKDA LUBANG....PROBLEM GIGI DEPAN SAJA YG YANG KEBELAKANG SIKIT  then...doctor tu bagi pilihan nak buat yang mana 1....dalam kepala hotak dah ada, just cakap kat dia saja...dah siap xplain tentang apa yang patut...nak pakai yang ada colour2...hihihi..

Harga Pula...
Aku dah set dalam kepala semua kos lebih kurang dalam RM3000 lebih....nak tau Doctor tu kata apa ??
" Patient saya datang biasa tuk gigi atas saja saya bagi RM4000 or lebih...but for U, i boleh bagi RM3000 rawatan dan termasuk retainer sekali " . Deposit I bayar RM1000 je...yang lain tu bayar semasa buat setiap kali buat rawatan...mudah kan??? . Untuk xray gigi aku buat kat tempat lain....OPG kat klinik lain....siap doctor tu kata " she is radiographer...no need 2 xplain bout xray..esy for me..."
( sambil kitaowg semua gelak...)

Conslt untuk firstday tu pun, Doctor kata tak payah bayar....rasa macam lapang hati tau...semoga dipermudahkan....amin!!! ye la bajet RM3000 lebih...now dah save sikit, buleh beli barang kahwin..hihihihi (^_^)...... ha..ha..ha ( gelak jahat !!!)

Bila dah masing-masing bersetuju, buat appoitment lain pula then sure time aku offday... , Doctor siap pesan balik nanti makanlah puas2, kalau dah pakai nanti susah nak makan....


Now meniti hari nak say Hi to my braces....

Tuesday, April 10, 2012

Perlukah Aku Rasa Tergugat

Assalamualaikum dan Selamat Pagi




Hujung minggu yang menceriakan , maaf diatas entry merapu nie....harap-harap korang tak marah hihihi....pernah tak korang hadapi situasi yang jawapanya berakhir dengan " Mengapa aku perlu rasa tergugat " , senang tak dengan situasi kehidupan korang sekarang...mudah tak tuk korang rasa tergugat disebabkan hal - hal yang remeh temeh...?? ayyaaaa berapa banyak soalan la..

Firstly .....adakalanya sikap itu buat kita akan lebih berhati - hati, aku pernah alami situasi tersebut ..namun kesimpulan yang aku dapat..." perlukah aku rasa tergugat ?? " aku pernah mengalami situasi tersebut dengan sibling aku sendiri...dunia bagai milik ana yang punya bila my darling ( bapa ), umumkan bahawa aku anak yang paling teratas, selama ini aku tengok my darling nie, serius saja orangnya ....time itu, memang agak menyentap hati adik2 ku yang lain...bila aku jauh dari family, ditambah pula aku nie jenis yang jarang hubungi mereka...kalau ye pun, asyik nak cakap dengan adik aku yang second je....hahahaha, bila bapa tahu aku merajokkk ( mengada-ngada )...bapa call aku, rasa tergugat la juga..sebab sejak jauh dari family my parent lebih take care adik aku....tapi naluri ke_kakak_an ku, tetap mendidik aku untuk lebih jadi kakak lor....parents mana yang tak sayang anak ..

Second....lumrah hidup bukan, ada saja yang tak senang atau tak puas hati... pedih juga telinga nak dengar, hari - hari aku Sms mama, untuk motivasikan diri ...mohon doa mama agar aku awys dilindungi dari segala kejahatan...( walaupun aku rasa , aku dah telebeh manja ) buat saja, janji aku happy...ditempat kerja awys ada masaalah bukan...begitu juga dengan aku, tapi aku rasa bukan masaalah kerja...lebih kepada masalah remeh temeh...hihihihi, tak perlu rasa tergugat lor...

Hidup dengan dia pasti , ada yang memandang...lumrah hidup kan., setiap orang tu ada yang berkenan.....kalau bukan sorang, mesti berjuta lemon hahaha...bila aku tahu ada orang cuba dekati , atau usik dia...selalunya aku cepat naik angin..( oh no, itu habit yang tak baik jangan tiru ), tapi itu tak bermakna lagi, sebab pada aku...perlu ke? aku rasa tergugat dengan perangai senteng sesetengah orang yang tak faham bahasa??? OMG kasarnya bahasa ...soriiiii

Moral dari cerita ini

Yakinlah pada diri sendiri...hidup ini penuh cabaran, aku mengamalkan sikap " ADA KU KISAH ??? " hihihihi tidak perlu gentar dengan omongan yang cuba menghancurkan diri atau kerjaya mu, kau punya segalanya..jika dibandingkan dengan mereka ( konon hihihihi ), apa yang penting selalu berfikiran positif ...baik untuk diri sendiri, mahupun orang disekeliling kita.....hihihi terima kasih sebab sudi membaca..


Jom layaaannnn....Penyakit Yang Tidak Boleh dibendung Bila Jumpa Camera dan Mereka


 wit Ridzwan Idris, aku panggil dia.....adik Aroon Aziz, happy go lucky orangnya , sekarang makin comel dan bulat.....


En azxforces , kadang2 aku terpanggil dia sayang...kadang2 awak...dan kadang2 " kau, aku " je bila kitaowg gaduh, bestfriend aku yang paling gemox merangkap driver aku...kuat sesangat merajuk tak padan dengan badan....tapi baik..(^_^)



Adik ku yang paling comelll , Shah Daus.....sekali marah, tambah comel...dua kali marah tak tau nak kata apa....merangkap gurutari ( linda jasmeen )...masa aku study dulu, satu perkara yang aku tak puas hati kat Shah nie...emmm dia tinggi sangat, dah pakai kasut 8 inci pun ...endak juga bole sama tinggi ma dia..(>_<)



Dah jodoh , walaupun kau di Mahkota Cheras.... aku di S.Long ...dalam Jucso Cheras Selatan kita jumpa balik, hahaha....lepas waktu keje, terus merayau....



Oppsss...lupa nak intro, si adik manis itu...adalah Fifie, walaupun time study dulu dia tak join group kitaorang..tapi festime jumpa dia, dah macam bertahun - tahun dah kenal...



Semua - semua diorang ni, orang Sabah Bah!!! en Azxforces jak tu sesat dari Utara


Majulah sukan untuk negara...!!!
Sekian.

Saturday, January 14, 2012

Aku Tak Nak Jadi Seperti Bunga Raya

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

 
Buang yang keruh ambil yang jernih....dear ratu segala B****, Sorry sebab marah - marah awak ri tu......kite gtau kat Mama ( bajet anak manja )...mama kata " sabar " jak la....jumpa di akhirat nanti lor, kat dunia nie tak da masa nak cari awak...tapi di akhirat nanti awak sendiri yang datang jumpa kite walaupun kite tak minta...get ready je la nak jawab apa nanti...pissssssss (^_^)v


Aku tak nak jadi seperti bunga raya...??
kenapa ??

Bunga yang kembang mekar dan cantik itu jarang yang wangi, begitulah orang yang cantik jarang berbudi…Apabila si gadis dipuji dengan kata – kata “ awak ni cantiklah ” maka akan menguntumlah sebuah senyuman lebar sampai ketelinga….Tersipu – sipulah dia, siapa yang tidak seronok dikatakan cantik dan lawa ? Begitulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain pula bagi si mukmin yang berasa dirinya miskin dengan TuhanNya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘ perasaan ’ kerana sedar dirinya punya kelebihan, kata orang …wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya . Dia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya . Kemana diarah kesitulah perginya…alangkah dayusnya dia. Tapi apa jadi kalau isteri dia tak cantik ?? malu membawa isteri jumpa teman-teman la..apatah lagi nak ke majlis dinner . Terbiar isteri terbongkang dirumah jaga anak ….

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai , mengugut, merajuk hendak balik kampung minta cerai. Alangkah indahnya jika isteri yang cantik rupawan itu tadi, mengunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin…sejuk mata mak memandang…Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi , lebih – lebih lagi isteri yang cantik dan derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya . Cantik warnanya harumnya tiada…

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, mentaati suaminya dan kedua – dua orang tuanya , malah sentiasa mencari keredhaan –Nya ..ibarat bunga cempaka, tiada rupa tapi harumnya memikat jiwa .Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang ..kasihan sibunga raya tidak dijual atau dipakai orang..tapi di Malaysia bunga raya merupakan bunga kebangsaan…

Bersyukur dengan segala nikmat yang tuhan berikan , baik buruk cantik hodoh itu adalah pemberian-Nya . Yang cantik ataupun hodoh sama-sama perlukan persediaan . Akan tiba saatnya wajah yang cantik itu dikerumuni ulat – ulat , ditimbusi tanah yang bersalutkan cacing ..berdindingkan liang lahad yang gelap dan sunyi . Tatkala itu bersandinglah si cantik dengan kematian, tidak lagi kelihatan wajah yang cantik dan hodoh, semuanya menjadi hidangan cacing.Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Kenangilah nasib diri dihari penghisaban .Segala pinjaman Tuhan itu, kemana dan untuk apa kita gunakan nikmat Allah yang berikan..

P/s : Wahai sicantik jelita sentiasalah merendahkan hatimu. Lunakan hati, tenangkan perasaan . Lihatlah keseluruh penjuru alam,  dimana saja mata menjurus pasti ada kebesaran ALLAH . Donggakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah kebumi hijau..kompom pening sekejap hahaha…dan pasti itu berlaku hanya dengan izin ALLAH SWT.

Sekian aku merapu...

Saturday, January 7, 2012

Jodoh Pertemuan ditentukan ALLAH

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera...
Alhamdulillah sehingga kesaat ini kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan 



Semua orang tahu jodoh pertemuan ditentukan ALLAH dan kita sebagai hambaNya , hendaklah berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik...orang selalu kata, macam mana suaminya begitulah isterinya....aku kenal suaminya walaupun tak kenal si isteri...kalau dia dah bersuamikan si polan bin si pondan, xyah nak kenal la...kalau dah banggang...bangganglah jawabnya

Apa yang dikatakan jodoh pertemuan ...tidak semestinya kita akan selamanya bersama orang tersebut, bila - bila masa saja jika ALLAH mengkehendaki kita putus jodoh dengan individu tersebut, maka terputuslah dan itu biasa orang panggil " Tak da jodoh "....nak buat macam mana, syukurinya jangan tangisinya...kerana dia bukanlah yang terbaik untuk kita...sebab tu kita tak da jodoh dengan dia...tapi kalau dah ade yang baik pas tu ko buat hal...itu kira ko g jahanam lor..

Tetiba aku teringat kisah pagi tadi....

Bermulanya kisah aku dengan Dr ****
Pagi tadi, sebaik saja aku melangkah masuk kebilik farmasi sebab nak punch card, kebetulan Dr ada disitu...tengah gosip lah tu...hahahaha, dengan selamba katak aku say morning kat dia macam yang selalu kat Dr lain... lepas tu lepak2 kejap dengan staff farmasi, biasalah pagi - pagi patient tak ramai lagi.....aku perasan Dr tu asyik pandang aku je, macam memikirkan  sesuatu...aku tengok die dan terus senyum ....sepanjang aku kerja kat situ , itu first time aku tengok Dr tu...Dr LOCUM tuk sehari je....

Akhirnya tercetus juga apa Dr tu nak cakap 
" Saya macam pernah jumpa awakla " Dr tu kata
aku jawab lor " Ye ke Dr kat mana ?? "

Dr tu makin banyak tanya pula....
" Sebelum ni awak, pernah kerja kat mana ? "

Aku sebut je kat mana aku pernah posting time study...dalam banyak2 aku sebut tu...xde satu pun yang menarik perhatian Dr tu...

" Mungkin orang lain kowt Dr...." aku cakap kat dokter tu...

walaupun perbualan kami terhenti...otak aku terus berfikir, aku macam pernah jumpa Dr nie..tapi kat mana ya...fikir punya fikir, lepas lunch baru aku ingat aku jumpa Dr tu kat Hospital Kajang...3 kali buat appoitment dengan beliau, siap beliau ingatkan aku balik...sepatutnya 1 satu lagi appoitment aku ngan dengan beliau nak bagitahu result darah aku...tapi aku tak pegiiii...pown buat suspen je aku ada sakit jantung hhahaha..Tak sangka pula benda tu dah tiga tahun berlalu ...Allah temukan kami kembali sebagai rakan sepasukan dalam tugas...

Jodoh pertemuan ditentukan Allah,
kadang - kadang jodoh kita adalah orang kita tidak sangka - sangka , mamat ni la yang aku kutuk - kutuk dulu tak sangka pula jadi laki aku....pernah dengarkan ayat seumpama itu....

Tidak kurangnya orang kata ...tempat kerja untuk mencari jodoh atau pun dalam kata lainya bertemu jodoh ditempat kerja......dan lagi orang selalu kata tempat kerja adalah medan untuk mencari pasangan...hahahaha, tidak semestinya, kebanyakkan berlaku memang macam tu la......si suami kerja dihospital ini..tub tab...tub tab si isteri pula jadi HR ditempat yang sama.....yang lagi best kalau dua2 Dr, bizinya tak tahu lah macam mana....ada yang suami kerja dilandang....tub tab..tub tab isterinya pula jadi kerja kat syarikat yang sama...itu kan jodoh yang telah ditetapkan ALLAH, sama - samalah kita berdoa agar kita berusaha untuk terus maju kehadapan...

Sekian aku merapu malam ini....
Tnx ..

Saturday, December 10, 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aksi Mulut Terlampau !!!






Alam berubah kerana manusia, manusia berubah kerana manusia, jadilah seperti perut jangan jadi seperti otak, sebab kalau perut ia akan mengeluarkan segala benda yang tidak baik dalam perut, kalau makanan yang basi atau tak baik, perut tidak akan menyimpan lama, kerana perut tahu jika disimpan terlalu lama ia akan memudaratkan perut. Tidak seperti otak….otak akan menyimpan segala yang baik malah yang buruk dalam dirinya dan akan menyimpannya untuk diingat ..dipusing-pusingkan dalam otak dan jika ia menyakitkan maka sakitlah hati..

Seperti yang kita tahu, mulut yang celaka akan membinasakan diri sendiri..bak kata pepatah KERANA MULUT BADAN BINASA . Oleh itu jagalah setiap bait perkataan yang kita tuturkan, bagi padangan Jie memang sangat celaka mulut yang suka mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Mulut yang celaka juga ..adalah mereka yang suka menyibuk hal orang lain, tak da angin tak da ribut tetiba nak menyamar jadi orang lain…Apa yang lebih mengecewakan kalau individu tersebut adalah otang yang kita kenali ..huhu. Sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ketanah, tidak perlu menyamar sebagai sesiapa atau sebagai pencarian hakiki …carilah diri kamu dalam sarang kedengkian mu…

Mulut celaka…memang celaka tahap ninja bila seorang anak melemparkan kata – kata kesat terhadap ayah atau pun ibu mereka, kalau ada dalam family Jie macam tu…tak kisah adik ke abang ke, kakak ke..memang Jie akan bagi pengajaran secukupnya…tapi tu la setakat ini, tidak ada seorang pun lagi adik – adik atau cousin bercakap kurang ajar terhadap ibubapa masing – masing. Jie rasa sedih dan terkilan dan terfikir apa yang ada dan bagaimana perasaan anak – anak yang berani mengeluarkan kata- kata kesat terhadap ibubapa mereka…

Amat celaka bagi mulut yang suka menuduh orang lain tanpa usul periksa, bayangkan sebab mulut saja orang boleh saja berkelahi…buang karan betul !!! lain kali kalau nak tuduh orang lain siasat dulu betul – betul kalau sudah terbukti apa lagi…serang lor, hahahaha…..tapi kalau dah ada bukti yang awak tu curang, hahaha jangan nak menafikan dan tuduh orang lain pula…scenario masyarakat ,memang bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang , tapi selalulah kita muhasabah diri agar kita dapat mengawal diri kita daripada berbuat sesuatu yang tidak berfaedah, macam menyibuk hal orang lain, mengutuk orang lain wal hal kita sendiri belum tentu baik…entah – entah lebih buruk daripada orang yang kita kutuk. 

Pernah tak Jie kutuk orang ??? Bukan manusialah kalau Jie kata tidak pernah….Jie selalu saja membalas kutukan orang dengan mendiamkan diri, bila apa yang mereka katakan itu tidak benar…rasa macam nak senyum sampai ketelinga..kalah doraemon!! ??? doraemon ??? berikan ciri – ciri doraemon…doraemon gemuk, pendek, berwarna biru ( iklan semata – mata ). Jangan kerana mulut doraemon bertukar jadi warna merah !!

Amat mengecewakan juga bila cerita kita ditokok tambahkan, tak sabar pula nak berhadapan dengan orang – orang yang macam tu, bila jumpa nanti nak buat apa ya ??? Senyum padanya lor, biar dia malu dengan dirinya sendiri….sekali lagi nak bagitahu entry kali ini bertajuk KERANA MULUT BADAN BINASA , Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH swt yang sentiasa mendengar doa – doa hambaNya. Kebenaran muncul dikemudian hari…

P/s : Sama – samalah kita perbetulkan diri, berhentilah daripada melakukan kerja – kerja yang tidak mendatangkan faedah, aku punya segalanya…aku punya ALLAH, aku punya family yang sangat bahagia walaupun kami miskin, aku bahagia dengan hidup ku yang penuh warna warni…walaupun kadang – kadang duka bertandang, aku bersyukur kerana aku punya keluarga yang sangat mengambil berat terhadapku, nak kata aku nie anak emas tak juga . YES!!!! Aku perlu buktikan. Mana yang baik itu jadikan teladan mana yang sebaliknya jauhilah .


BODOH BOLEH DIAJAR, MULUT JANGAN KURANG AJAR , KALAU MASIH KURANG AJAR, NANTI KENA PENAMPAMPAR.

Sekian,

Saturday, November 19, 2011

Cinta Jarak Jauh..... Best ke???

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Hi semua…saja buat tajuk konon gempak...hihihihi, semoga anda semua sihat walafiat ya, dah lama tak on9 hihihihi…apa – apa pun syukur Alhamdulillah , malam nie Jie berkesempatan nak update blog . Alhamdulillah kini Jie berada disamping bapa dan mama, adik beradik ..serta family lain, rindu terhadap family sudah pun terubat…tapi rindu lain pula yang bertandang …mood : happy nak membulatkan diri kat umah Mama ....Tq so much pada yang sudi singgah di_blog Jie hiihihi...InsyaALLAH lepas selesai kenduri nikah adik sepupu Jie akan aktif semula ber_blogging , sekarang nie agak sibuk sedikit ...InsyaALLAH Jie akan membalas kunjungan rakan - rakan blog yang lain ...

Sekadar penyeri n3


Setakat nie tidak ada apa – apa yang menarik sangat pun, Cuma nak share jer…kalau menyampah sila pandang kanan laptop anda, lepas cari butang CLOSE …dan selamat jalan romeo hahahahaha…..Dipagi raya haji yang mulia, En azxforces la yang hantar Jie dan adik ke LCCT..dengan mata bengkaknya, pipi tembamnya jam 5 pagi, kami dah bertolak ke Airport…Uhu sedihlah juga sebab nak tinggalkan beliau sorang – sorang kat KL, tapi ada baiknya jugala…hihihi, sebelum masuk kebalai pelepasan tu, sempat sembang dengan ayah en azxforces ( bapa dia pesan kalau nak betolak call beliau )…Alhamdulillah sempatlah sembang dengan beliau dan kali ini sembang melalui phone dah dapat tangkap apa yang beliau cakap…



wit my Miebey...di airport Tawau


Bercinta jarak jauh ok tak ??? Ada sesetengah orang kata OK dan sebaliknya…Macam – macam dugaan la…kemungkinan tak kekal la, Mula berubah, putus ditengah jalan….itu sering kita dengar, paling yang kurang enak didengar “ Kau dah sampai situ, kau dah berubah ” . Tapi Jie tegas dan tetap pada prinsip Aku percaya dengan kau, tapi sekali kau khianati aku, yang betul-betul menyakitkan aku..AWAS!!!! selamanya aku tak akan merubah keputusan ku untuk meninggalkan mu..hua..hua..hua.. Kasihku hanya untuk yang benar – benar ikhlas bukan untuk dipersendakan… buat apa nak sayang sangat pada orang yang belum pasti jadi milik kita??? Tapi jujur Jie percayakan en azxforces sebab Jie kenal beliau bagaimana…apa yang penting restu orang tua InsyaALLAH jadi pendorong kepada kesetiaan kami. 

Jom layan Lirik lagu ini :_ nak mengembalikan mood kenduri nikah my ex lecturer...di Felda Besaout

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Mood : happy jumpa semua family dikampung...sehati dan sejiwa semua pakai pink, Tiada yang lebih penting dalam hidup Jie melainkan mereka2 yang Jie kasihi (^_^) cuma kecewa sedikit sebab tak dapat jumpa dengan Fafa Fazila...niway ..love u all...MARI BERJALAN DIATAS TITI, KORANG SEMUA TETAP DALAM HATI

Thursday, November 3, 2011

Menangis Kerana Mereka dan Hidup

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Kamu sering membuat ku menangis, dengan itu sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya
Dalam hidup nie, kita berhadapan dengan bermacam - macam jenis orang yang pelbagai tingkah....masing - masing menjalani kehidupan dengan cara tersendiri . Meskipun rambut sama hitam, sama perang namun hati tetap akan lain - lain . Kadang - kadang Jie terfikir, macam manalah agaknya si Polan ini menjalani kehidupannya.....Tidak dinafikan adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan tingkah laku seseorang yang kita tidak gemari atau senangi, tapi disebabkan hal yang tertentu atau pun tugas...akhirnya kita terpaksa juga berhadapan dengan orang tersebut....

Untuk kali ini, Jie nak share_kan mengenai insan - insan ataupun mereka - mereka yang sama ada Jie kenal atau pun tidak yang akan membuatkan Jie rasa sebak dan terharu bila melihat....bagi Jie walaupun Jie tak mengenali mereka, cukup apa yang Jie saksikan menunjukkan kebesaran ALLAH yang telah menjadikan setiap mahluknya.....dan sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya...

Pertama sekali melihat lelaki yang berserban..
Why : Sebab akan terkenangkan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw, terkenang keperibadian baginda...dan membuatkan Jie insaf hihihihihi.....Yang kedua, menatap wajah ibu dan ayah Jie sendiri....lebih - lebih lagi ketika mereka sedang tidur, semoga Allah memberikan kekuatan yang berpanjangan agar Jie dapat membuat mereka sentiasa bahagia... Yang ketiga , mendengar tangisan bayi...Why : Kerana Jie tak rasa apa yang sedang bayi itu rasakan , adakah ia sedang menanggung sakit ataupun sedang rasa ...

Seterusnya melihat orang makan ...uhuhuhu lebih - lebih lagi lelaki, tak tahu kenapa...apa yang pasti Jie tak tahu adakah lelaki tersebut memang makan macam tu atau adakah dia benar - benar lapar dan mesti dia letih sebab kerja demi diri dan keluarganya. Jie...memang tabik dengan lelaki yang berkerja keras ...lelaki sahaja...sebab Jie tak pernah tengok perempuan makan macam lelaki makan...tak ingat dunia...hahahaha...
Lepas tu, menyaksikan perpaduan, ataupun kerjasama ....sebagai contoh mereka - mereka yang beraksi diatas pentas dengan bersungguh - sungguh...sampaikan dato Siti Nurhaliza buat persembahan pun Jie jadi boleh sebak tau...melihat kesungguhan beliau...untuk mencari rezeki, dan pemain bola sepak...huhuhhuhu kesian, kesana sini kejar bola...dah dapat bola tendang balik, selain itu melihat penderitaan saudara islam di negara yang bergolak...tengok gambar je pun mata dah boleh bocor...tak tahu la kalau menyaksikan depan mata...semoga usaha dan kegigihan yang telah dibuat akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan membuahkan kejayaan yang terunggul.







Seterusnya mereka yang mencari rezeki dilaut....buatlah apa pun perkerjaan didunia nie, masing - masing mempunyai risiko..tapi Jie paling tak tahan melihat mereka yang mencari rezeki dilaut ataupun spesis air nie....Jie pernah ikut kelaut dengan bapa masa sekolah rendah dulu la...pengalaman itu amat berharga buat diri Jie, bukan senang rupanya menangkap ikan dilaut...kalau Jie balik kekampung bapa diPulau Larapan Semporna....( naik kapal family ) sementara menunggu ketibaan keluarga yang lain datang dari daerah masing - masing...sempatlah tengok anak - anak kapal, mempersiapkan diri untuk berlayar menangkap ikan, disamping melihat nelayan- nelayan kecil menangkap ikan...uhuhu semoga urusan mereka dipermudahkan...




Dan mereka yang lepak - lepak duduk ditepi jalan ataupun tangga....rasa uhuhu, hanya tuhan saja yang tahu...bagaimana kehidupan mereka, semoga mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup
meskipun pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi...

Oleh itu sambutlah kehidupan sebagaimana mestinya .....
Pelbagai ragam, inilah keadaan dunia yang kurang sempurna kelazatannya, banyak tuntutannya ..pelbagai jenis warna dan corak kehidupan, dicampur dengan kemewahan serta kesusahan, berbaur dengan kesulitan dan akhirnya kita lelah untuk menghadapinya. Kita tidak pernah memperolehi seorang anak, suami/isteri serta teman - teman , pekerjaan , pangkat melainkan didalamnya terdapat banyak perkara yang dapat meresahakan dan kadang - kadang menyakitkan hati pun ada juga...Oleh yang demikian bersabarlah menghadapi kehidupan yang kita jalani ....

Sekian terima kasih...

Sunday, October 30, 2011

Kalau Ada Jodoh Kita Jumpa Lagi!!!


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Teringat dialog MiaSara dalam cerita sekali lagi, kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye en Hail Amir ...upss bukan bertemu jodoh dengan jejaka dalam gambar ini, iklan semata - mata....jodoh pertemuan , ajal maut ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajati, apa yang penting berdoalah kepadaNYA agar kita diberikan yang terbaik....Jie percaya pada jodoh yang telah ditentukan ALLAH.

Berkat kilat dan ribut kat UiTM , tak pasal2 jumpa en Hail amir ...emm kebetulan baju sedondon lak tu, dia tiru Jie kowt, Jie memang suka pakai jubah warna hitam (^_^) motif gambar : nak kalahkan cemin mata en hail amir.....









Basket is raga, wood i kayu
Bila I terjaga, I terus ingat U
This is kulit Kerang , jumpa tepi kayu
I cakap terus terang, I rindu gila kat U

Hai semua....siapa yang kena belasah semalam?? lepas perlawanan habis....huissshhhh macam - macamkan kerenah manusia nie, kalau yang kalah bakar bendera yang menang ok juga ( tapi tak disarankan )  ...tapi ini yang menang pula pergi bakar bendera yang kalah.... Kan dah kena belasah, moral dari cerita ini...belajarlah menghormati negeri ataupun orang lain . Maaflah Jie bukanlah peminat bola sepak hiihi.. TAHNIAH buat pemenang ya...(^_^). menang kalah adat bertanding ....

Ok, sekian untuk laporan bola sepak kali ini ...

Tips bagi mereka yang ada pakwe yang selalu menyakitkan hati...

Ini bagi kaum wanita atau sebaliknya yang sayang tahap gaban terhadap pasangan masing - masing ...tapi yang selalu dikhianati....dan seolah2 kalau putus " ibarat dunia sudah berakhir, bila kau putuskan aku !!!" tanak keluar bilik la, tanak makan la..tanak mandi la...ehh..busuk la tak mandi.....!!! walaupun korang sayang tahap gila2, belum tentu dia jodoh anda!!!! sekali dua boleh dimaafkan, tapi kalau dah berkali - kali ?? ok jangan putus asa cuba buat nie...Selepas solat ...dan setiap kali anda disakiti atau dikhianati berdoalah kepadaNYA : 

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Ya Allah ya tuhan Ku, Jika dia bukan jodoh ku dan bukanlah yang terbaik untuk ku, jauhkanlah diriku dari dirinya dan hilangkanlah perasaan kasih ku terhadapnya amin ya rabbal alamin  ...

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”
Allah Maha mendengar setiap doa2 hambanya

Single is simple , couple is trouble!!!

Bila dah dipertemukan dengan yang baik, silalah hargai.....bukan senang nak cari yang baik zaman sekarang nie, bincang elok - elok ...rancang betul - betul dan ambil kata sepakat...hargailah mereka yang menghargai diri kita ....pesanan ini dibawakan khas oleh celcom....berhati - hatilah dijalan raya, pandu dengan cermat ingatlah orang yang tersayang (^_^) kalau jatuh...sila bangun sendiri ok!!!!  dun wuri..." mari berjalan diatas titi, awak tetap dalam hati "  P/s : Kata hati ku, tak salah jika anda meminati Jie cuma apa yang Jie harapkan jangan disalah ertikan teguran yang Jie berikan....Jie tetap sayang korang, hormat menghormati itu penting...sekali kita bersahabat....selamanya ia kan kekal bersahabat, Jie hargai (^_^) Mood : hilang ingatan 24 jam, tiba-tiba ada orang ***********



Sekian Terima Kasih....

Thursday, October 27, 2011

Nak Ambil Hati Bakal Mertua ?

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..






Tips sempoi nak Ambil Hati Bakal Mertua :-


  1. Cukup menghormati beliau ataupun orang lain sebagai orang yang lebih tua daripada kita
  2. Curahkan kasih sayang kepada mereka .
  3. Kalau dah sayang pada anak, familynya pun kena sayang juga
  4. Sentiasa menjaga kata - kata ( cakap perkara- perkara yang baik )
  5. Bila beliau ajak berbual sila beri perhatian yang penuh....
  6. Sentiasa senyum...( jangan senyum sorang2 pula !!!)
  7. Apa yang penting jangan bersikap pilih kasih ( tafsir sendiri ok!!!! )
  8. InsyaALLAH kalau dah jadi family jagalah kebajikan mereka
  9. Dan penting jangan biarkan mereka rasa terabai
  10. Sentiasalah jaga hati mereka dan membuat mereka selalu tersenyum, girang dan gembira....



Sila ikuti tips diatas, kalau nak cepat berumahtangga....HAHAHAHAHAHAHAHA....I, i love you like a love song baby, And i keep hitting repeat-peat-peat-peat-peat-peat . Mood : tengah angau dengan lagu Selena Gomez hihihi.....

OK dah...tamau Sedeh2x.....!!!

Dikesempatan ini juga Jie nak ucapkan kepada Ema Suraya ( betul ke nama dia ) yang festime jumpa....sangat chomel muka dia, ada iras2 kak ngah en azxforces....hihihi..seronok duduk2 depan Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM sambil menyaksikan kilat sambung menyambung , hujan yang lebat tahap gaban..sementara menunggu cik Su  habis konvo.....lepas tu pusing2 kat Shah Alam cari jalan pulang....


Label : Lawak,happy, sedeh, gatal nak nikah, Shah alam, Selena Gomez.
Sekian....

Monday, October 24, 2011

Tag_dari CTK jom jawab soalan

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Terima kasih sebab sudi datang membaca soalan dan jawapan disini, terima kasih kepada CTK yang telah meng_tag Jie tuk jawab soalan dibawah (^_^) enjoy!!!!!,







SOALAN - yang hitam soalan ..yang merah jawapan ....hihihi

1)  Nama gelaran kamu apa?yang negatif..hihi
 Burung hantu / helang !!!

2)  Time besday kamu.apa adiah yang kamu harapkan?*jwpn jangan mlmpau n xmasuk dek akal :P
Package percutian mengelilingi dunia...!!

3)  Makanan dan minuman yg kamu gemar? (ini soalan budak2 tp penting lau ct nk blnje nanti ! :D)

Suka makanan spesis kentang!!

4)  Apa yang kamu rasa nak beli tapi xtercapai lagi?n berikan sebab knp x mencapainya? :P


Nak beli mesin jahit, kenapa tak dapat lagi....tunggulah 1 hari nanti, sebab sekarang pakai mesin jahit Mama je..

5)  Kalau kamu gadoh ngan bf kamu,apa kamu buat?merajuk xnk layan or lawan balik? :D
Kalau ?? Akan merajuk sekejap...lepas tu dia pujuk , ok balik hahahaha.....


6)  Sapa artis yang kamu betul2 nak jumpe? :)
Dah jumpa ...Dato Siti Nurhaliza ( jumpa kat klcc time ada majlis hari wanita kebangsaan )

7)  Apa hObi kamu bila kamu rasa bosan sangat? saje nk nyibuk :P

Blogging ...kalau tenet tak ada ? akan membuat sesuatu yang boleh memuaskan hati, memasak atau buat kuih

8)  Apekah 'something' yang kamu dah buat untuk banggakan mak ayah kamu?
Tak tahulah pula, cukup dengan melihat Mama dan bapa happy tersenyum.

9)  Kalau saya xlawat blog kamu sebab xder mase or mungkin terlupe..sudi x kamu datang jenguk sendiri? *sOalan cepumas

InsyaALLAH

10)  Kamu adew kucen x? bape ekOr? :D

Ada...sekarang tinggal seekor jew!!

11)  Lagu apa yang kamu  suka dengar setakat neh? :)

Semua lagu Nancy Ajram   

Soalan saya (soalan berani mati ?? )

  1. Tujuan anda ada blog ?
  2. Warna baju yang anda sedang pakai ketika menjawab soalan ini ?
  3. Siapa individu yang kamu percayai untuk berkongsi suka duka?
  4. Apa perkara yang boleh membuat kamu bahagia atau gembira?
  5. Sayur yang anda suka ?
  6. Jika dibagi pilihan mana yang akan kamu pilih ikan atau ayam ..kenapa?
  7. Nak nikah nanti , nak pakai baju warna apa ?
  8. Kejadian yang ngeri bagi kamu yang pernah berlaku ?
  9. Bila melihat sesuatu yang sepatutnya berlaku, apakah tindakan kamu ?
  10. Apa yang anda akan kata sekiranya kamu telah dipertemukan dengan orang yang sombong?
  11. Komen kamu tentang perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia ?

Jie nak tag mereka sebab Jie nak tahu jawapan dari mereka :Daripada ditag, ini game sebenarnya kamu kena buat 11 soalan dan tag pada 11 orang dan begitulah yang ditag akan buat perkara sama .Selamat Menjawab
kepada :-
  1.   Miza LafvaLiSz ( Jie suka nick name die ...manarik!! )
  2. Fifie6288 ( Nama sebenar adalah Shariffah Fairuz Fifiazlizah nak tahu yang lain pula ) 
  3. Miss N ( Pernah jumpa tuan punya blog, tapi x perasan dia pemilik blog Miss N's World )
  4. D'sayang GMA ( Blog adik Jie yang pemalas sangat nak update)
CUKUP 4 ORANG DULU...YANG SELEBIHNYA AKAN MENYUSUL
SETERUSNYA JIE NAK TAG blogger yang ke5 untuk jawab soalan iaitu :-
5. En FADZLI AMIR
sebab TAG die ? Terkasima dengan gambar header beliau.....so, hihihi nak kenal lagi bole tak? ..hiiihhii

Kalau rajin dan kamu memang nak tahu jawapan dar kawan kamu join lah games ni..copy banner comey tu dan teruskan permainan best taw! bolehla kita mengenali rakan blog kita..kalau tak nak join tak mengapa, tolong jawab soalan Jie pon da ok..copy paste je pastu jawabsebagai penyeri je neh :D untuk jawab soalan Jie ikutlah nak jawab kat mne2 pon..hehe kat entri baru kamu ke kat ruangan komen Jie ke asalkan jawab ..TERIMA KASEH ATAS PERHATIAN ANDA:)....100% copy paste ayat CTK dan nak copy dari sini pula sila tekan ctrl C ye...

Sekian..

Tuesday, October 18, 2011

All about RINDU !!!!!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua..

Rindu tahap gaban ngan mereka - mereka  yang pernah buat hidupku bahagia dan ceria...apa yang pasti, saat ini dan detik ini, rindu sesangat kat Mama dan bapa yang berada disepang, dan pada masa yang sama rindu sesangat terhadap Ibu dan ayah yang berada diLenga Pagoh ya ALLAH ya tuhan ku berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan,berikanlah mereka semangat untuk meneruskan hidup ini,amin ya rabbalalamin sayang Mama, bapa, Ibu dan Ayah.....motif : hati berbunga - bunga...kalah bunga matahari 



Jie rindu adik - adik Jie lebih2 lagi yang ada diSabah huh tak sabar rasanya nak balik kampung, huargggghhhh rindunya kat sepupu - sepupu Jie, lama tak jumpa diorang....rindu serindu...rindunya.......!!!!!!! Jie rindu sahabat - sahabat Jie...Wini, Arabela, edok, Juna, Aloy, Azroi, Jan, Yan ,Wan....Leleys, Ruth, Noy...Ina, Anna, K.Ida...huarggggghhh dan banyak lagi lor...Jie rindu nak gelak ramai - ramai, nak nangis ramai - ramai....huuhuhuhu, Ya ALLAH ya tuhan ku syukur Alhamdulillah keranaMU menghadirkan insan2 yang terbaik dalam hidupku.....Jie ada ramai rakan - rakan blogger yang baik-baik, boleh tak kalau Jie nak gigit korang semua...huargggggghhh GERAM NI!!!!!!!!!!!

Motif : Hilang ingatan sekejap.....

Friday, September 23, 2011

Lepas ini Nak Beli and Makan tak??

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua 

APA AKAN JADI..... Kalau binatang ada facebook .. agak2 apa status mereka ?
 
NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi .. kenyang burp, alhamdulillah
CICAK : Isteriku tersepit kt celah pintu .. sobs~
KUCING BETINA: Anak I yg ke-5 baru tanya sape bapaknye. I bingung nk jwb ape. I sendiri lupa bapaknye sape..
AYAM : Kawan .. klu esok aku xupdate…b'erti aku udah digoreng….I luv u all… jgn lupe wat kenduri arwah untuk aku ye…
NYAMUK lagi : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa~             
KUCING Jantan : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
BABI : Aku bengang btol la...dye gi pijak taik kucing tapi nama aku yangg disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yg berak kt depan umah ko .. tension2..
Hi...nasib baik binatang tak ada facebook, itu hanya iklan semata - mata..ni nak cerita sal ais krim yang orang selalu orang jual kehulur hilir (*_*) yang biasa terjadi di kawasan kampun - kampung , bandar pun ada juga la...semua orang suka makan kan3x.....sedap, lagi sedap kalau makan dengan roti kaya ..apa yang Jie nak kongsi disini, adalah....mengapa Jie memilih dalam pencarian ais krim seperti ini..maksudnya makan tu ....makan juga, tapi tengok penjualnya dulu.
Terlebih dahulu, nak bagitau orang yang dalam pic diatas
tidak ada kena mengena dengan n3 ini, ini gambar Jie skodeng kat google




Nak tahu apa ceritanya?? 
Kejadian ini, belasan tahun yang lepas.....yang menyebabkan kesannya sampai sekarang, Jie tinggal kat kawasan FELDA, so adalah orang jual benda nie, pusing-pusing keliling kampung dulu harganya 50sen 1 kon tu....sekarang tak tahu la pula...Jie tak pernah nampak atau jumpa lagi orang perempuan jual benda ni, selalu lelaki, bercerita pasal lelaki....apa yang korang fikir ??

Straight to the point....tetapi sebelum itu ( sila baca ayat seterusnya hanya dengan 1 nafas )
Dalam perjalanan dari kampung A ke kampung B...tetiba penjual terasa nak buang air, dah tak ada tandas ...sepanjang jalan singgah sekejap kat bawah pokok...lepas tu tak basuh apa pun termasuk tangan, sambung balik perjalanan...dalam perjalanan sampai kat kawasan perumahan, lupa dah apa yang dia buat tadi ( bukannya nak pergi cari toilet/atau singgah tumpang rumah sesiapa nak basuh tangan )...jalan - jalan pusing kampung sambil bunyi tit...tit..tit, maka banyak lah orang nak beli tambahan pula kalau musim panas....lupa dah penjual tu tadi buang kan??? mestilah dia pegang, pas tu tak basuh tangan....jual ais krim pula ,kalau nak masukkan krim dalam kon tu, tangan mana yang akan pegang kon tersebut???

Tobat!!!!!! hehehe, Jie just nak share je kadang - kadang ada juga sahabat Jie tanya dan kata Jie memilih mengada2 tebiat nak mampus !!!, nak juga ais krim yang dah siap kena bungkus (entah bersih ke tidak !!)...kalau kalau pesen macam ini, atau kat Mcd ke...tengok orang tu pakai cover hand ke tidak hehehe. So lepas ni jangan tanya mengapa Jie mengada - ngada , walaupun tak sama dan tak semua orang macam tu, namun sejarah tetap sama dan tak akan berubah ...

n3 ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan mana2 syarikat aiskrim...hahaha..
Sekian,

Wednesday, September 7, 2011

Melatih Diri Untuk Tidak Menjadi Sombong



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera semua


Menjauhkan diri daripada sifat sombong dan meninggi diri...bila ada org memberi pujian maka jawabla dengan merendah diri , seperti tercatat dalam hadis sejahat-jahat manusia adalah manusia yang tidak mengerjakan solat dan sombong, kadang - kadang kita tidak sedar akan setiap bait perkataan yang kita ucapkan...memek muka atau tingkah laku kita membuatkan kita jadi sombong secara disengajakan ataupun tidak ..




Contoh situasi dan jawablah


1- Awak ni catiklah, sweet sangat...jawablah emm pakai bedak, cuba tak pakai kamu pun takut nak tengok
 
2- Wah besarnya kereta kamu, kereta baru ye ...jawablah Ye..tu pun kereta bank, tiga bulan tak bayar dia tarik la balik.

3- Subhanallah merdunya suara kamu jawablah.... Suara ni Allah bagi pinjam je, bila2 masa je kena tarik balik.

4- Bestlah kamu naik pangkat dapat jawatan baru hebat!! jawablah ..Best kamu kata, esok lusa akhirat nanti Allah tanya tanggunjawab aku ni.. 

5- Wah kamu lulusan luar negeri, pandai2x...jawablah ( Ilmu saya nie pun, orang lain bagi...xde orang mengajar , xdalah ilmu saya pak Ji )

6- Cun la, awak nie ..masuk campus ngan kereta sendiri ..jawablah ( Kereta Ayah I la, I guna..my father yang bayarkan )


Macam mana kita nak tahu diri kita atau orang lain sombong 


Situasinya :-


1- Cantiknya kereta kamu Mat, dijawab pula.....( Tengoklah kereta siapa ?? ) cuba orang lain kata eh buruknya kereta kamu....dia sendiri pun tak akan mengaku itu keretanya


2- Alooo pendeknya kakak dia, mana 1 kakak mana 1 adik nie...adik menjawab ( Hihihihi...itu pun buat-buat rendah, cian akak )......


3- Sedaplah suara kamu...orang sombong akan menjawab ( Itu baru sikit...belum tarik lagi..)


4- Aku tengok anak kamu yang no 2 tu...makin besar makin cun pula....orang sombong akan kata ( Semua anak2 aku memang cun2 belaka, hang takda dua puluh ribu hang diam )




Jika ada org yang meninggi diri,bolehla kita juga meninggi dari dihadapany agar org itu tidak lagi meninggi diri dan x terus bangga diri..contoh ayat dan situasi  :- (Ni tuk ketogeri makcik2 or sesiapa yang suka cakap lebih2 )


Cik Kiah : ni ha, anak aku beli kereta besar...x tau keta ape, belakangnya pad pad...alpad kalau tak silap, tak tau muat ke jalan kat kampung ni, nk juga beli kereta besar...


Senah : emm anak ada duit, anak sy yang no 2 tu lagi 1 , dia beli helikopter..tak tau la nak mendarat kat mana ..kat padang la kowt..... ( insyaAllah orang tu xkan sebut lagi pasal alpad tu dengan niat kita, tak mahu Cik Kiah akan terus dilebal " Joyah "...)
Tetapi sombong yang digalakkan dalam islam dan sebagai wadah kehidupan adalah sombong seorang isteri ...sombong yang bermaksud " Tegas "...sedar bahawa diri sudah bersuami, begitu juga dengan seorang suami yang baik (^_^).Banyak lagi ni nak kongsi...tapi hari ini cukup setakat ini dulu ya....Semoga ALLAH menjauhkan diri kita daripada sifat sombong dan angkuh...

Tuesday, July 5, 2011

Tips Untuk Kening yang Macam Sabut Kelapa

Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera.....
Dihari yang penuh ceria ini...Jie nak kongsi sedikit tip kecantikan yang tak berapa nak cantik untuk anda....
tak banyak pun, cuma disini Jie ingin berkongsi bersama anda...Macam mana nak buat kening tak jadi serabut...pendek kata ' kemas ' ...la, lebih - lebih lagi yang kaum hawa, penampilan diri kena jaga .....

Orang selalu kata kat Jie
" Kening awak hitam sangat la "
" Kakak pakai celak ( pelukis kening ) ya "
" Hitam pula kening mu tu "
" Kening Jie tak ya cukur dah tebentuk pun " ( kalau ada show )
" Kemasnya kening akak, senang kerja sy kak "....
kadang-kadang tu siap tonyoh - tonyoh kening Jie nak tengok ade kesan pelukis kening ke tidak...

Pedulikan dengan ayat mereka tu, ya Allah ya tuhan ku sesungguhnya pujian itu hanyalah milikmu, hindarkanlah hatiku dari dari perasaan riak...Tipsnya sungguh mudah, tapi SILA JANGAN TERKEJUT OK!!!!....mungkin bagi yang firts time dengar mesti fikir, pengotornya ...tak ada cara lain ka?? . Dulu kening Jie serabut juga macam sabut kelapa...

Tip untuk kemaskan dan hitamkan kening

Rajin2kan tolak atau angkat kening menggunakan jari anda,(macam dalam gambar disebelah nie ) amalkan selalu tau....lepas tu kalau nak hitamkan lagi kening tu, selepas mandi dengan menggunakan jari letakkan pada lidah sehingga jari basah kemudian kemaskan atau sapukan pada kening anda....


InsyaALLAH....akan menampakkan hasilnya, Jie amalkan cara nie, sejak dibangku sekolah menengah lagi...petua dari nenek Jie, dan juga Ayah ( ayah amat prihatin dengan Jie ngan adik2 ).......semua adik2 Jie mengamalkan cara yang sama, sebab tu bila orang tanya cukur kening ke?? OH TIDAK!!!!!....

Pengotor????.... ala air liur sendiri juga, bukan suruh ambil liur orang lain pun, hahaha.....Masa tinggal diasrama dulu, kalau pagi - pagi tu, nak bersiap pegi sekolah, masing - masing depan cermin, adalah juga orang tegur...lama-lama dorang pun join berkaki- kaki...Hana pun sama, kata Jie pelik...pelik tu la yang bagus..

Selamat mencuba, InsyaALLAH kalau anda selalu amalkan hasilnya akan memuaskan hati, Jie amalkan benda nie sejak dibangku sekolah lagi lebih kurang 10 tahun yang lalu, so kalau korang mula sekarang 10 tahun akan datang korang akan nampak hasilnya....kalau umur anda ketika ini, 10 tahun...umur anda 20 tahun nanti cantiklah kening anda...kalau umur korang dah 90 tahun sekarang..agak-agak 10 tahun lagi anda masih hidup tak?? jangan marah gurau jak...

Sebenarnya nak tunggu hasilnya tak adalah sampai begitu lama, yang penting korang rajin amalkan InsyaALLAH nampaklah perubahanya..tak perlulah tunggu bertahun-tahun lamanya


Sekian Terima kasih..jumpa di_n3 yang lain...:)